Entry: Suri Hati Mr Pilot Monday, April 17, 2017



Assalamualaikum. Lama sudah saya tidak menulis di blog ini. Lima tahun menghilang kerana tuntutan kerja sepenuh masa dan keluarga. Bukan mudah untuk kembali mewarnai dunia Novel Cinta Melayu kerana trend pembaca sudah berubah. Teknologi media sosial di samping blog banyak mendekatkan penulis dan pembaca buku. Saya juga semakin jauh meninggalkan dunia novel ini. Saya masih lagi mengikuti perkembangan semasa penulis-penulis yang menjadi idola saya melalui Facebook, Instagram dan Twitter. Tetapi, saya tidak lagi membuat ulasan. Tetapi, saya terpanggil untuk kembali ke sini. Hanya kerana satu. Suri Hati Mr. Pilot. Sebelum drama Suri Hati Mr Pilot muncul di kaca TV, saya ternampak rakan pejabat post gambar novel ini. Ini membuat saya tertanya-tanya. Pada 10 Oktober, 2016 lepas, episod pertama Suri Hati Mr Pilot mula disiarkan. Saya sebenarnya terlepas menonton episod pertama. Saya hanya mula menonton episod kedua kerana seluruh keluarga saya sibuk bercakap tentang drama ini. Adik lelaki saya yang selalu balik lewat malam kini balik awal ke rumah keluarga kami hanya kerana Suri Hati Mr Pilot. Apa istimewanya drama adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot? 1. Neelofa Neelofa sememangnya sudah mempunyai jumlah pengikut yang besar di Instagram. Lalu, peminat-peminatnya sendiri ternanti-nanti untuk menonton drama ini. Tambahan lagi, Neelofa sudah mempunyai tribe beliau sendiri kerana beliau sendiri sudah mempunyai produk tudung - NaelofarHijab. 2. Fattah Amin Pelakon baru ini sebenarnya sudah berlakon dalam beberapa drama sebelum ini. Tetapi, entah mengapa, aura beliau sangat menonjol dalam novel ini. 3. Pilot Ramai wanita mengimpikan untuk mendapat suami pilot. Hehehe. 4. Pengarah Michael Ang mempunyai kreativiti sendiri untuk memperkemaskan lagi plot novel ini. 5. Penulis novel Jika tidak kerana Dila Dyna yang menulis novel ini dan mendapat sambutan di kalangan pembaca novel, novel ini tidak mungkin diangkat sebagai adaptasi drama. Fenomena Suri Hati Mr Pilot gabungan Neelofa dan Fattah Amin menjadi resipi terhebat hasil adunan Michael Ang. Lalu, saya sendiri juga teruja untuk mencari novel Suri Hati Mr Pilot.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments