Entry: LANGSIR BIJI REMIA Thursday, December 01, 2011



Mana perginya tinta tujuh warna untuk dibalas sepucuk surat pada dia?

Sinopsis boleh klik di sini: Langsir Biji Remia


Dari Pena Carriekirana:

Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman membaca Langsir Biji Remia nukilan Noor Suraya. Langsir Biji Remia adalah salah satu novel yang diterbitkan dalam siri Si Manis 17 keluaran Jemari Seni. Tajuk-tajuk novel dalam siri ini sangat "catchy" menggamit Carrie untuk mencerna mesej yang cuba disampaikan melalui siri ini. Novel pendek dengan ketebalan muka surat 262 ini menyingkap kisah si Duha Hafa yang berjiran dengan Umair. Cinta monyet yang tersemat dari kecil semakin subur apabila mereka menginjak dewasa tetapi akibat tragedi yang berlaku dalam hidup Duha, mereka semakin menjauh.

Kisah ini adalah kisah ringan. Boleh dikatakan ini adalah karya paling ringan yang pernah dihasilkan oleh Noor Suraya yang berkisar tentang cinta sesama manusia berbanding novel-novel beliau terdahulu. Pun begitu, Noor Suraya tidak lupa untuk mengajak pembacanya menyelami erti cinta kepada Tuhan yang sepatutnya lebih agung dan tinggi peringkatnya berbanding cinta sesama manusia.

Saya sukakan novel ini kerana bahasa yang digunakan bersahaja. Bagi mereka yang sibuk tetapi dahagakan novel fiksyen untuk merehatkan minda, Langsir Biji Remia menepati citarasa. Cukup rencahnya - tidak terlalu berat hingga menyesak fikiran tetapi masih mampu menarik pembacanya mengikut Duha mengintai di sebalik Langsir Biji Remia.

Rating: ****(Boleh dijadikan koleksi peribadi)

Ralat: Langsir Biji Remia adalah terbitan JS Adiwarna, ahli keluarga Jemari Seni.

   4 comments

Louis Vuitton Speedy
April 24, 2012   10:30 PM PDT
 
Hi, My name is christine,and I am one of the owners of Futures Best Nursery Academy in Fort Lee.I would like to Let you know about our summer program. Each week has a " theme", for example our first week, July 5th-9th is western week. One day will be having square dance lessons another will be making a wagon and so forth. We also have picnic days and sprinkler days daily. Please feel free to call or stop by to see all the other creative and exciting things we have in store for our kids this summer.,326008,http://novelcintamelayu.blogdrive.com/archive/172.html
Pandora Sale Charms
April 24, 2012   10:30 PM PDT
 
For this statement, Jochen Zeitz argued that a considerable part of the product had being through wind and rain to counter the trend of fail for decades,962065,http://novelcintamelayu.blogdrive.com/archive/172.html
carriekirana
December 1, 2011   11:26 AM PST
 
Kak Su,

Saya memang suka baca tulisan kak su dan bahasa kak su yang membuai perasaan. Mungkin generasi muda lebih sukakan bahasa santai tapi saya masih suka lenggok bahasa kak su yang puitis itu. :))
Noor Suraya
December 1, 2011   10:06 AM PST
 
Salam Carrie,

Sudah lama tak baca ulasan Carrie, dan rasa gembira itu berganda sebabnya, Langsir Biji Remia (keluaran JS Adiwarna) macam terpilih untuk 'membuka panggung'... Carrie yang sudah menyepi.

Sayang,
- kaksu -

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments