|
Judul: L.U.V.E.
Sinopsis Novel:Dipetik dari laman web The Love. The Other Girl. The Old Flame. The Other Guy Siapa yang harus dipilih? Untuk sekian waktu, Uthman Huzir, si pekerja di kedai buku sukar menentukan pilihannya! Sama ada untuk memilih The Love atau The Other Girl ataupun The Old Flame. Semuanya membelit Uthman Huzir, dan memutarkan hidupnya 360° secara total. Apa yang berlaku, bukan pintanya! Dia hanya mendambakan The Love, sepenuh cinta. Namun keadaan semakin sulit, masih ada The Other Girl dan The Old Flame... dan dirinya sendiri. Dilemanya berterusan, The Other Girl mengejar dia; The Old Flame inginkan dia kembali; The Other Guy mahukan The Love. Lalu bagaimana? Namun untuk ‘I love you’? Jawapan yang pasti untuk The Love. Tapi.... + + + + + + Benarkah penulis lelaki menyembunyikan rasa cinta dalam tulisan mereka? Pernyataan itu tentunya salah sekiranya anda membaca romantis-komedi L.U.V.E dari hati seorang Pingu Toha!
Dari Meja Carriekirana:
L.U.V.E. adalah karya urban yang segar tentang cinta. Plotnya mudah. Kisahnya adalah kisah cinta tiga segi biasa-biasa saja. Namun, kisah cinta tiga segi yang diangkat di atas platform L.U.V.E. ini memperlihatkan bakat semulajadi Pingu, satu permata terpendam yang digilap oleh Jemari Seni.
"People can't just DECIDE to fall in love! Hearts can't be prompted like computers!" Uth, awal terlalu istimewa buat saya. Awak cinta pertama saya. Tak mungkin saya dapat lupakan cerita cinta kita. Walau penyudahnya tak seperti fairy tale... Akhirnya, saya sedar, cinta bukannya mengikat. Cinta itu membebaskan. Awak tak lagi terikat dalam penjara cinta saya. Hati saya tak lagi sakit, dirobek dari dalam sebab awak nak lepaskan diri. Maafkan saya. I pray you all the love in the world. "...veni, vidi, vici. Tapi, aku tak akan dapat takluk Lara, bukan hatinya atau cintanya atau sekadar tubuhnya. Aku cuma mahu cinta Lara..." |
| fire extinguisher manufacturer June 30, 2009 11:18 AM PDT aku malas la kalau gaduh pasal cinta | ||
| fire suppression June 29, 2009 03:41 PM PDT aku pening gak dengar cinta tiga segi ni | ||
| malaysia web design June 29, 2009 12:31 PM PDT TAK MUNGKIN JUGA MENAMBAHKAN | ||
| malaysia web design June 29, 2009 10:59 AM PDT AKAU SUKA CERITA NI | ||
| nursalju May 19, 2009 10:06 AM PDT yup agree with u. cerita ni lain dari yang lain. fresh! recommended. :) | ||
| Leave a Comment: |