|
Judul: Aku Mahu Popular ( Buku 1 Siri "Aku Mahu")
Sinopsis: Mengisahkan dua orang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Sri Bangsar yang cemerlang dalam pelajaran tetapi tidak dikenali di sekolah itu. Bermula daripada rasa tidak puas hati dengan glamor dan populariti yang dikecapi oleh tujuh gadis lain yang menggelar diri mereka The Wannababes, Farah dan Ina bertekad merancang strategi untuk menjadi popular dan diminati. Pelbagai insiden berlaku dalam proses untuk meletakkan diri mereka dalam kelompok pelajar glamor. Satu daripadanya bermusuhan dengan The Wannababes.
Dalam buku pertama siri "Aku Mahu" - Aku Mahu Popular ini, Farah dan Ina adalah gadis "wallflower" di Sekolah Menengah Sri Bangsar yang mahu mengikut trend semasa supaya mereka diminati ramai seperti ahli The Wannababes. Plot yang santai dan gaya penulisan yang mantap ini tidak hairanlah menarik ramai remaja untuk memilik siri "Aku Mahu" Ain Maisarah, Siri "Aku Mahu" tulisan penulis "teen" novel PTS yang dikenali, Ain Maisarah sebenarnya sudah lama berada di pasaran. Setakat ini, promosi novel-novel Ain Maisarah untuk Pesta Buku Antarabangsa kali ini yang saya kira paling menarik hati saya. Dekat di hati golongan peminat setianya, Ain Maisarah mencipta ikon pop "teen" melalui watak-watak yang digarap dalam Sekolah Menengah Sri Bangsar, Kuala Lumpur ala-ala versi Sweet Valley High. Kewujudan kelab peminat Ain Maisarah, laman web interaktif, promosi-promosi menarik adalah inisiatif-inisiatif yang diusahakan untuk menjana permintaan terhadap novel-novel "Aku Mahu" dan ini patut dicontohi oleh penulis-penulis yang mahukan angka jualan bukunya meningkat. Dibantu oleh pengurusnya iaitu suami Ain Maisarah ini, pelbagai aktiviti dan acara semasa diatur untuk menarik lebih ramai peminat Ain Maisarah mengikuti perkembangan penulis kesayangan mereka.
Dari Pena Carriekirana: Sempena pesta buku yang berlangsung hari ini, saya mengambil peluang untuk menghidupkan kembali laman saya dan berkongsi maklumat tentang novel-novel yang saya rasa menarik untuk dibeli bagi tahun ini. Saya sedar saya sudah lama tidak mengulas - saya rindukan rumah saya ini tetapi saya ada misi yang perlu diselesaikan sebelum hujung tahun ini. Insya Allah, selepas misi saya itu selesai, saya akan kembali mengulas seperti dahulu. Saya rindu untuk mengikuti kisah-kisah yang dibukukan... Pastinya saya akan sering ke pesta buku ini seperti sebelum ini, meninjau ribuan cerita yang dipasarkan untuk peminat buku. |
| Name August 15, 2009 08:59 AM PDT saya suka buku kakak | ||
| yana August 13, 2009 09:53 AM PDT saya suka novel kak ain.. semuanya best2.. tp, saya nak cari novel impiana3, tak bisa memilihmu dgn aq mahu ke new york3. betulkah ada aq mahu kenew york 3, kak ain?? | ||
| NUR ZAHIRAH July 22, 2009 02:11 PM PDT HAI KAK AIN APA KABO,SAYA AMAT MENYUKAI NOVEL KAK AIN TAPI MASALAHNYA SAYA TRPKSA MEMBELINYA DI KUANTAN BUATLAH PROMOSI DI TEMERLOH JADI JIMAT KOS AND WANG | ||
| NUR ZAHIRAH July 22, 2009 02:07 PM PDT HAI KAK AIN APA KHABAR,SAYA AMAT MENYUKAI NOVEL2 KAK AIN. TAPI MALNGNYA SAYA TERPAKSA MEMBELI NOVEL DI KUANTAN SAYA DUDUK DI TERMELOH PAHANG. BUATLAH PROMOSI DI TEMERLOH JIMAT WANG DAN KOS.TAK PAYAHLAH SAYA PRGI KE KUANTAN | ||
| NUR ZAHIRAH July 22, 2009 02:05 PM PDT HAI KAK AIN APA KHABAR,SAYA AMAT MENYUKAI NOVEL2 KAK AIN. TAPI MALNGNYA SAYA TERPAKSA MEMBELI NOVEL DI KUANTAN SAYA DUDUK DI TERMELOH PAHANG. BUATLAH PROMOSI DI TEMERLOH JIMAT WANG DAN KOS.TAK PAYAHLAH SAYA PRGI KE KUANTAN | ||
| iqa July 19, 2009 05:35 PM PDT saya suka baca buku ain maisarah, tapi mahal sangatlah kak ain. buatlah promosi macam aku mahu new york 1 dan aku mahu new york 2. | ||
| eifa June 10, 2009 05:28 PM PDT saya ske bce bku ain maisarah.tp,taon ni sy akn menghdpi upsr.so, my parents xkasi bli..........cedihnyer........ | ||
| farah April 25, 2009 04:27 PM PDT wah..buku kak ain diulas oleh carrie.. | ||
| AinMaisarah April 23, 2009 02:58 PM PDT Salam Carrie, Ain sudah melaporkan ulasan Carrie di www.ainmaisarah.com Terima kasih daun keladi, Lain kali rebiulah lagi. =D Salam Hormat, AinMaisarah | ||
| Leave a Comment: |