|
Judul: Panggil Aku Dahlia
"Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!" puji ayah tiba-tiba.
Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah? Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya! Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya. Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar? Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?
Panggil Aku Dahlia, novel kelapan Noor Suraya yang menyingkap permusuhan dua keluarga sejak turun-temurun- keluarga Puteri Dahlia Megat Qais dan Wadi Hanna Dato' Ma'arof. Syarikat teh milik keluarga mereka menjadi seteru sejak zaman kolonial di Cameron Highlands untuk merebut pasaran jualan teh dan pemilikan teh di tanah tinggi itu. Kisah cinta dan benci ini disulam dengan insiden-insiden mencuit hati. Dalam Panggil Aku Dahlia, Noor Suraya menggunakan pendekatan berbeza daripada novel-novel lain dengan kata ganti diri pertama dan ketiga yang bertukar ganti. Oleh itu, pembaca yang sudah biasa dengan stail Noor Suraya pasti dapat mengikut kisah yang dilatari dengan haruman teh dari Cameron Highlands ini. Syarikat Teh Timor milik keluarga Dahlia diancam kewujudannya dengan langkah agresif Teh Sutra milik Wadi yang mahu membalas dendam. Permusuhan bapa mereka, Megat Qais dan Dato Maarof diturunkan kepada Dahlia dan Wadi supaya mereka tidak berkawan seperti yang lain-lain. |
| Noor Suraya April 16, 2009 12:20 AM PDT Salam Carrie, Terima kasih untuk review Panggil Aku Dahlia :) | ||
| Leave a Comment: |