|
Judul: Tunggu Teduh Dulu
Sinopsis Belakang Buku Kata Salsabila Fahim, ini cerita kecil, Kata Teh Sofia, ya, Kata aku, Tuhan akan menunjukkan Apa kata kau ?
"Orang tak boleh pandang kita lemah. Kita perempuan Islam yang ada kekuatan dan maruah."
Agak lama juga saya biarkan Tunggu Teduh Dulu terperam di atas rak buku saya. Beserta deretan novel-novel lain yang menunggu saya membaca mereka. Saya dihujani permintaan daripada sesetengah novelis yang mahukan saya mengulas novel-novel mereka. Saya terharu kerana didatangi oleh mereka yang mengharap. Jika ada kudrat dan masa yang seluas jagat raya ini, saya akan cuba sedaya-upaya memenuhi harapan. Jika tidak, saya cuba sedaya boleh saya untuk mengulas mana-mana novel yang saya rasa sesuai untuk blog ini. Saya terpaksa menjadi selektif - mengikut acuan selera saya. Karya ini adalah satu karya yang sangat bagus - digarap oleh seorang penulis yang saya kira genius. Karyanya ada isi, ada mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca - sesuai dengan selera saya yang inginkan pembacaan yang lebih memenuhi tuntutan minda saya. Bahasa yang digunakan mudah sahaja, semua golongan boleh membacanya. Faisal melakar satu perjalanan Salsabila yang begitu puitis - ada kisah cinta terselit tetapi tidak terlalu membuai perasaan, ada agenda tersembunyi untuk menggagalkan impian Salsabila melalui watak adiknya yang tidak habis-habis beriri hati, ada hikmah yang digaris menuntut Salsabila kembali meyakini bahawa Allah jua yang menentukan qada dan qadar setiap hamba-Nya. Karya Tunggu Teduh Dulu adalah perjuangan tauhid seorang Salsabila, (sebatang sungai yang mengalir di syurga) , membanting tenaga dan tulang empat keratnya , mengusahakan tanah peninggalan ayahnya untuk tanaman betik. Karya ini lebih mengupas budi manusia kepada tanah dan segala halangan dan dugaan yang melanda Salsabila, mengganggu-gugat kesabarannya tetapi kesedarannya untuk kembali mengadu dengan Allah, Tuhan semesta Alam diadun dengan begitu halus tetapi menyentuh jiwa. Dakwah yang cuba disampaikan juga digabungjalin dengan baik sehingga kita tidak terasa seperti dihujah. |
| dayew May 7, 2009 01:39 PM PDT saya suka membaca,tapi jarang dapat baca sesuatu yang berkualiti menurut saya bahasa dan lenggok kata yang Faizal Tehrani gunakan amat bersahaja namun berilmu sepanjang hidup saya,saya berkesempatan membaca satu sahaja cerpen dari Faizal Tehrani tapi ceren itulah memberi erti yang besar mungkin selepas ini lebih banuak karya beliau akan saya cari selepas banyak mendengar komen yang begitu baik . | ||
| zaza February 23, 2009 03:56 PM PST TUNGGU TEDUH DULU MEMANG WORLD. BAGIKU SEMUA KARYA FAISAL TEHRANI MEMBERIKAN SATU MAKNA YANG AMAT MENDALAM DAN ILMU YANG CUKUP LUAS YANG TAKKAN SEMUDAH ITU UNTUK KITA CARI. CUBALAH KARYANYA MANIKAM KALBU, BEDAR SUKMA DAN 1515. CUKUP MANTAP | ||
| Abang Long January 7, 2009 05:32 AM PST Sudah terlalu lapar dengan sentuhan Carrie. | ||
| Leave a Comment: |