Entry: Hijab Sang Pencinta - Ramlee Awang Murshid Monday, September 08, 2008




Judul: Hijab Sang Pencinta
Penulis:
Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf21
Genre: Epik Thriller
Bintang: ***1/2 (Berbaloi dijadikan koleksi peribadi)

Sinopsis
RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.


Dari Kacamata Carriekirana:

Cerita yang mantap selalunya mengandungi peperangan/konflik di antara kebaikan dan kejahatan. Intipati ini sering menjadi esen kisah-kisah popular sepanjang zaman seperti meletupnya cerita Harry Porter karya J.K. Rowling. Walau kisah Harry Porter berkisar di alam ahli sihir yang satu ketika dulu pernah mencetus kontroversi di kalangan umat Islam tetapi saya lebih melihat keunikan cerita ini daripada perspektif yang lebih terbuka - kebaikan selalunya mengatasi kejahatan. Intipati ini juga diadun dengan kukuh dalam Hijab Sang Pencinta - trilogi pelengkap kepada kisah epik thriller Bagaikan Puteri.

Genre epik thriller ini berjaya dihidupkan dengan baik dalam kisah Hijab Sang Pencinta. Genre ini jarang-jarang dipelopori oleh penulis-penulis tanahair tetapi sejak akhir-akhir ini PTS juga mengorak langkah cergas menerbitkan kisah-kisah epik thriller yang ditujukan khas untuk remaja lelaki.

Gabungan elemen cinta dalam Hijab Sang Pencinta walau tidak diterokai secara mendalam tetapi masih mampu memaniskan kisah Hijab Sang Pencinta. Watak Saifudin sebagai seorang ahli sufi kelihatan begitu realistik sekali dengan kelebihan yang dikurniakan kepadanya oleh Tuhan Maha Pencipta.

Banyak ilmu-ilmu berguna yang diturunkan oleh RAM dalam kisah ini yang wajar dijadikan pedoman. Kali ini, gabungan fakta dan fiksyen lebih "lembut" jika dibandingkan dengan karya-karya RAM terdahulu lalu saya tidak merasakan saya membaca artikel dokumentari.

Hijab Sang Pencinta mempunyai auranya tersendiri dan sebenarnya trilogi Bagaikan Puteri ini sesuai untuk dizahirkan dalam medium tv.

Bagi peminat RAM, karya ini adalah karya yang harus menjadi koleksi peribadi. Selepas membaca karya ini, fikiran saya masih lagi berputar memikirkan mesej yang cuba diserap dalam trilogi Bagaikan Puteri. Memang plot ceritanya menguja saya untuk terus mengikuti kisah ini tetapi jiwa cerita ini lebih kuat sebenarnya dalam Cinta Sang Ratu.

Wallahualam.

   15 comments

shortermemory
November 30, 2009   11:49 AM PST
 
" AWAN..KALAU DAPAT KU CAPAI MAKA SAKTILAH HAMBA" dari Novel Bagaikan Puteri

^_^
shahirah
April 20, 2009   05:06 PM PDT
 
mmg bes nvl ni...ramlee awang mushid mcm novelis j.k.rowling...kedua2 nye bagus....
shahirah
April 20, 2009   05:01 PM PDT
 
mmg bes nvl ni...sya bgaikn berada dlm wtk ni ble m'bce nye...hrp ad la smban nvl ni..rase mcm t'gntng ble abs bce nvl ni...sy pn tertnya2 adakn laksamana sunan wujud???
Ani
January 22, 2009   09:55 AM PST
 
Trilogi Bagaikan Puteri best. Tp buku akhir ni - Hijab Sang Pencinta agak mengecewakan saya, sebab tak ada "feel" mcm buku bagaikan puteri dan cinta sang ratu. rasanya buku ke 2 lagi best. tapi tidak bermakna ia tak menarik, ia tetap menjadi pujaan. tapi kan, betul ka laksamana sunan yg hebat tu wujud dlm sejarah. Tak jumpa pun maklumat pasal dia. Kena cari pengarah yg betul2 bagus utk filemkan criter ni. kalu tak buat sakit hati ja tengok nanti.
Khar
November 29, 2008   10:03 AM PST
 
maaf lupa nk bagi alamat blog kami ...

http://mekmulong.blogspot.com/
Khar
November 29, 2008   10:03 AM PST
 
Salam,

Saya Khar dari Pekan Ilmu Publications. Saya amat teruja dengan ulasan2 buku di sini. Mohon dapat mengulas buku2 kami sama untuk tujuan promosi. Dengan itu saya pohon agar alamat sdri dikirimkan kepada saya untuk saya hantar mana-mana buku yang dirasakan sesuaikan.

Mohon emelkan nama, no hf dan alamat penuh sdri di mekmulong@gmail.com
Kami akan hantar secara pos nanti secara percuma.

Terima kasih.
ejal
November 24, 2008   12:55 PM PST
 
nak tau laksamana sunan memg wujud ke pade zaman dahulu??sy t'tnya2
spectacularwave
October 17, 2008   04:25 AM PDT
 
setuju sangat.. trilogi ni kalau difilemkan memang boleh jadi grand... saya juga peminat setia karya-karya RAM, bukan sahaja trilogi bagaikan puteri, malah karya-karya beliau yang lain juga..

eVy-D-YaNa
October 10, 2008   06:54 PM PDT
 
Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu & Hijab Sang Pencinta - semua sangat BEST! =)
sab
October 10, 2008   11:09 AM PDT
 
Dulu.. Sab takut sangat nak beli novel RAM.. disebabkan oleh genre yg dipilih utk novel2 beliau.. pastu.. ada sorang kawan suruh baca Bagaikan Puteri + Cinta Sang Ratu.. lepas jer baca dua novel tu.. Sab terus cari karya RAM yg lain.. yg paling seronok dan berulang kali baca.. Hatiku di Harajuku.. Sekarang ni br mula membaca Hijab Sang Pencinta.. teruja nak turn dari satu page ke penghujungnya!
Bonda
September 25, 2008   01:59 PM PDT
 
Kalau Trilogi Mr RAM ni mahu di visualkan, rasanya penerbitan di bawah Tiara Jacquelina je yang mampu dr segi kewangan dan garapan cite. Cuba lihat karya Tiara & Krew dlm PGL. Rasanya kriteria penerbitan sedemikian mampu mengangkat trilogi ini menjadi kumpulan filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat sepertimana karya JK Rowlings - Harry Porter. Setuju tak?
Web Sutera
September 22, 2008   08:43 AM PDT
 
Salam sahabat,

HSP sampai sekarang masih belum habis dibaca, walaupun dah hampir 3 minggu, hihihi.

Thriller yang diterbitkan oleh PTS bukan sahaja untuk remaja, malah ia juga untuk pasaran dewasa, macam saya :-)

Salam Ramadan & selamat menyambut Aidilfitri dari Web Sutera
akimsensei
September 20, 2008   12:03 AM PDT
 
ai kak... sependapat ng akak, csr lg menyengat.. td akim beli bp ng csr.. wah2, dh cetakan ke7.. gempak bangat seh.. tp memg hsp melgkpkan sglanya.. terjwb sudah prsoalan manggala.. tp, kagum sgt, cmne la abg ramlee leh dpt idea kaitkan ng yu nak tu.. memg den xbajet lgsg.. btw, den memg suka bangat seh karya abg ramlee.. harap sgt igauan maut akan direpublish semula oleh alal21, xkisah la kalau jadi novel nostalgia mcm tuk cai atau ranjau spnjg jalan tu.. one more thing, citer adam dh dienglishkan.. yea, pasni leh baca english version lak la.. dh la hrga agak murah, rm15 je.. adios..
yusnita_csting
September 18, 2008   11:19 AM PDT
 
Carrie, Saya tak setujulah karya nie diadaptasikan ke bentuk lakonan. Still remember cerita Tangisan Bulan Madu...? Bila dijadikan drama alamak spoil moodlah...biarlah ia dalam bentuk penulisan..jika dizahirkan kedalam lakonan, kenalah pulak pelakon yang tak best (jenis yg syok sendiri/over acting...kan ke spoil mood?)
yusnita_csting
September 15, 2008   10:53 AM PDT
 
Cerita Hijab Sang Pencinta terasa sayang untuk dihabiskan...memang perfect! Tengah ulang baca Bagaikan Puteri + Cinta Sang Ratu...baru puas!

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments