Entry: Dunia Ini Sederhana Kecil - Bahruddin Bekri Monday, June 23, 2008




Judul: Dunia Ini Sederhana Kecil
Penulis:
Bahruddin Bekri
Penerbit: PTS One
Genre: Metropolitan
Bintang: ***1/2



Kata perempuan berlesung pipit,"Cinta itu umpama menunggu bas. Kita perlu memilih bas yang tepat pada masa yang sesuai. Sekiranya tidak, kita tidak akan selesa meneruskan perjalanan kita. Sebab itu, saya masih menggunakan kereta."

Kata Riduan pula, " Aku cakap dengan kopi di dalam gelas aku. Orang bukan tidak sayang, cuma orang tidak nampak dan lupa."

Kata ibu, "Hidup manusia ini seperti roda. Kadang kala di atas, kadang kala di bawah. Tidak penting kamu berada di atas ataupun di bawah, yang penting, kamu sebenarnya bergolek di mana? Sama ada jalanan itu berlumpur, berduri ataupun kamu bergolek di padang - padang rumput yang indah."

Lelaki gempal kata, " Hidup manusia juga seperti tingkap. Apabila tingkap itu ditutup, maka manusia tidak dapat hidup kerana tiada ruang dan peluang."

Kata lelaki muka berminyak pula, "Pelangi, warnanya bukan hanya hitam dan putih. Begitu juga dengan hidup."


Dari Kacamata Carrie Kirana:

Novel ini disyorkan kepada saya oleh seorang peminat buku. Katanya, novel ini lain daripada yang lain. Tentunya, perasaan ingin tahu saya meluap-luap.

Membaca Bahruddin Bekri buat kali pertama membuka mata saya kepada satu dimensi penceritaan. Cerita ini bukan cerita cinta. Lain dari kebiasaan, sudah semestinya lalu ianya mendapat ruang dalam laman peribadi saya ini.

Dunia Sederhana Kecil menyingkap kisah Syamir yang mula bertapak di kota - mencari pekerjaan setelah tamat universiti. Cerita ini penuh dengan adegan-adegan humor - pendek kata penulis membukukan segala rasa dalam 'Dunia Sederhana Kecil'nya.

Karya mantap daripada seorang penulis baru ini yang ternyata amat berbakat dalam bercerita. Walau ia hanya kisah seharian. Walau ada kala itu ada adegan yang menampilkan watak-watak yang agak pendek akalnya. Tetapi, setiap adegan membawa mesej tersendiri. Penulis tahu apa yang hendak disampaikan kepada pembaca melalui cerita-cerita dalam Dunia Ini Sederhana Kecil lalu karya ini begitu terserlah dalam genrenya sendiri. Watak-wataknya begitu esentrik - satu lagi faktor tarikan karya Dunia Ini Sederhana Kecil. Pembangunan watak-wataknya begitu bersahaja tetapi masih mampu membawa pembaca dekat dan mesra dengan mereka.

Yang pasti saya terhibur! Syabas buat Bahruddin Bekri - bakat baru yang digilap oleh PTS One dalam genre yang semakin menjadi minat saya sejak kebelakangan ini - genre cerita alternatif.


Siapa yang akan gemar cerita sebegini?

Mereka yang sukakan cerita-cerita santai yang digarap dari perspektif berlainan.

   15 comments

michael kors handbags outlet
November 26, 2012   09:19 AM PST
 

This type of Michael Kors Purses Outlet is http://www.michaelkorsonlinestore.org without a doubt common which it can magnificence to be able to every person. with this write-up I am planning to try out to shift in surplus of the essential functions basically the difficulties in which set up this kind of bag apart from the other individuals.
michael kors handbags outlet
October 29, 2012   05:47 AM PDT
 
I want all the stuff about Season 3 and I want no more loan comments! Now-se!,162401,http://novelcintamelayu.blogdrive.com/archive/159.html
air jordan shoes for women sal
October 11, 2012   07:08 PM PDT
 
I'd be interested in hearing. The TOS seems rather clear that it is not unless expressly approved by Amazon. I guess if the library got it in writing then they would be ok. ,548965,http://novelcintamelayu.blogdrive.com/archive/159.html
Name
September 25, 2012   02:56 AM PDT
 
I'm going home tonight to take a pick, i'm very excited about this (clearly you see how sad and crazy i am about shoes.) Will post the picture,314329,http://novelcintamelayu.blogdrive.com/archive/159.html
timberland 2012
September 25, 2012   01:47 AM PDT
 
your artical looks like food taste so delicious, much information is very useful to me. thanks,966074,http://novelcintamelayu.blogdrive.com/archive/159.html
Amzar
April 12, 2011   11:11 AM PDT
 
best!!!
Liusin Gani
February 27, 2011   04:31 PM PST
 
Saya mmg x suke baca buku... terutamanya novel... tpi, apabila membaca buku nih, saya dah mula minat membaca buku... buku ni bkn buku biasa aku jumpa yg sangat memboringkan... buku nih bnyak memberi motivasi kepada aku dalam menjalani kehidupan ini... lbih2 lgi sesetengah perwatakan syamir dalam buku nih serupa dgn perwatakan ku... sperti... pemalu, tidak pandai bercakap dgn wanita dan bnyak lgi... skali lgi aku berterima kasih kpada pengarang novel ini iaitu Bahruddin Bekri... :)
UMAIRA
February 22, 2010   10:25 AM PST
 
sy blum baca agie buku nie tapie lepas sy baca sinopsis trus sy skewbuku nie .sy sgt kagum dgn buku yg baharuddin bekri buat .doa utk aku sgat best giler superb
nini
September 1, 2009   03:21 PM PDT
 
bagi sy buku ni mnarik.xsume owg ley ulas cerita tentg dunia cam yang dugambarkan penulis..hope penulis dapt menghasilkan buku yg lebih baik...peace!!!!
FuhGawz
June 21, 2009   10:29 PM PDT
 
da besh book kekeke
atikahsharikh
April 4, 2009   05:52 PM PDT
 
bagi saya,membaca novel ni adalh memenatkn kerana kitorang 1 dorm xhenti2 ketawa..
'dunia ini sederhana .kecil' penuh dgn humour tp banyak pengajaran di sebaliknya
nur_salsabila
October 31, 2008   10:55 PM PDT
 
saya belum baca buku ini tapi lepas ni akan cari juga insya Allah. sebabnya dah beberapa pengulas buku saya jumpa ulas pasal buku ni. memang pengulas buku di alam maya ni mempunyai pengaruh yang besar untuk orang membeli sesebuah buku / novel..termasuklah saya ;) tq cK :)
azim
July 28, 2008   11:30 PM PDT
 
Saya suka sangat bace novel ni. lain daripada yang lain.walau still tak lari dari cerita cinta. sume citer berkait rapat ngn kehidupan kita. walu banyak sangat kebetulan yang direka, tetapi logik n dekat ngn kehidupan kita. Untuk carrie. Ader novel lain ker dari Bahruddin Bekri?
Elyna
July 28, 2008   02:07 AM PDT
 
Sejujurnya sy dah lama berhenti baca novel melayu sebab kecewa; lagi2 cinta!tapi ntah knapa sy trtarik dgn 'dunia ini sederhana kecil'.bg sy inilah novel melayu trbaik yg prnah sy baca!segalanya cukup sempurna.tahniah pd penulis!sy menanti karya anda yg seterusnya ;)
baha
July 23, 2008   12:39 PM PDT
 
Carrie.

Tq :-)

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments