Entry: Selagi Ada Dia - Aisya Sofea Sunday, April 27, 2008




Judul: Selagi Ada Dia
Penulis:
Aisya Sofea
Penerbit: Alaf 21
Genre: Cinta Romantis
Bintang: ***1/2



Dari Kacamata Carriekirana
Buah tangan terbaru Aisya Sofea ini pasti mengubat rindu peminat-peminat setianya. Apa yang dapat saya kongsi tentang karya terbaru Aisya Sofea ini ? Saya suka sentuhan Aisya yang kembali segar dalam Selagi Ada Dia dan ini membuatkan saya teringat novel terdahulu yang berjaya mencuri hati peminat-peminatnya dan menjulang namanya dalam genre cinta romantis - Sehangat Asmara. Selamat kembali Aisya Sofea kerana setelah lama menyepi, Aisya Sofea menggarap sebuah kisah cinta romantis dengan olahan yang menjadi trademarknya dalam genre ini. Buktinya - saya sudah lama tidak membaca novel cinta romantis kerana kebanyakannya menjadi terlalu klise dan saya tidak dapat menyelami gaya penulisan tersendiri kebanyakan novelis cinta romantis. Tetapi, hati saya begitu teruja untuk membaca Selagi Ada Dia. Gerak hati saya mengatakan ada sesuatu yang istimewa dalam novel ini lalu tanpa saya sedari, saya menghabiskan novel ini dalam masa satu hari!

Permulaan cerita Selagi Ada Dia sangat menarik. Itu juga menjadi faktor saya terus mahu tahu apa yang berlaku selanjutnya. Aisya menggunakan teknik flashback dengan berkesan sekali dengan menggunakan setting yang tidak pernah saya jumpa dalam karya-karya novel romantis yang lain ( atau saya mungkin terlepas pandang novel-novel lain yang barangkali menggunakan teknik ini ). Tetapi, teknik inilah yang menjadikan Selagi Ada Dia istimewa.

Selagi Ada Dia adalah sebuah kisah cinta biasa- seperti juga uniknya kisah-kisah cinta yang lain, ianya terletak pada olahan kreatif penulis itu tersendiri.

Cuma apabila saya membaca kesudahan Selagi Ada Dia, saya ada rasa sedikit kecewa. Ini adalah kerana plot kesudahan cerita Selagi Ada Dia bagaikan satu dejavu. Saya rasa saya pernah membaca novel terdahulu yang juga menggunakan jalan cerita yang serupa tetapi saya masih tidak ingat novel yang saya baca itu. Bagi yang banyak membaca novel genre cinta romantis ini, pasti mereka juga akan mengalami dejavu yang sama.

Pada keseluruhannya, sebenarnya Selagi Ada Dia ini adalah karya Aisya yang lebih baik daripada Adam dan Hawa. Karakter-karakter dalam kisah ini lebih dekat di hati. Jalan ceritanya tidak berbelit, disulami dugaan dan rentetan rencah kehidupan yang normal tetapi masih menghiburkan.

Siapa yang akan suka novel ini ?

Peminat-peminat setia Aisya Sofea kerana karyanya kali ini yang lebih mantap pengisiannya. Peminat novel cinta santai dan romantis yang ingin membaca sebuah kisah yang "straightforward".

 

   19 comments

Links of London Outlet
April 28, 2012   05:28 PM PDT
 
I found that most people choose as your website, I believe that this site has very good writing. I often come here to visit, be grateful.,154286,http://novelcintamelayu.blogdrive.com/archive/155.html
hati
September 21, 2011   04:02 PM PDT
 
saya rse kk aisya sofea...the best larh!!...novel dye sume sy ade....best..
shima
May 13, 2011   07:17 PM PDT
 
sye xprh lg bce novel kak aisya..tp ble dgr komen yg baik dr org rmai, trase nk beli plak sbuah karyanye.. insyaAllah
roslaili binti hashim
January 23, 2011   02:15 PM PST
 
salam,saya sangat sangat meminati novel as.dari jauh hingga masih setia disini saya meminta agar kau untukku disambung,krn watak ellina mati disitu saja.cadangan saya hasilkan novel mengenai rumah tangga fuad dan umairah,cabarannya ellina dan azhar.'kau untukku'novel yang pertama kali saya membacanya dan terus menjadi peminat2 setia aisyah sofea yang mengandungi mesej keluarga,cinta cabaran2 hidup dan masyarakat sekeliling.semoga bejaya.
mimiRx
December 5, 2010   07:41 PM PST
 
bg sy, aisya sofea seorg penulis yg sgt b`bkt. stp novel yg aisya garapkan, sy seolah-olah boleh memainkan nya seperti sebuah filem di dalam minda sy.sungguh b`kesan, m`buai perasaan dan m`beri kesan yg mndalam.keep up d good work!
didie
October 25, 2010   09:10 PM PDT
 
Sambung lah citer selagi ada dia..Buatlah sambungan Ari & Idris dapat anak..macamana Idris show dia punya sayang pada Ari...sambunga kisah Haris yang menghilangkan diri..
didie
October 25, 2010   09:08 PM PDT
 
Sambung lah citer selagi ada dia..Buatlah sambungan Ari & Idris dapat anak..macamana Idris show dia punya sayang pada Ari...sambunga kisah Haris yang menghilangkan diri..
yann
December 15, 2009   02:37 PM PST
 
erm..sume cite dia best.'jauh' even 1st novel dia pun dah sedap giler
zana
December 1, 2009   12:21 AM PST
 
salam.. yup. ending yg seperti pernah saya baca dlm novel lain. tapi sungguh tak ingat novel yg mane.

but still refreshing! :d
puteri_kota
September 16, 2009   03:52 PM PDT
 
smmngnye karya kak aisya sofea 'power'..sy bleh mrsai stiap wtak..ia seolh2 bnde itu t'jdi pde sy..ape2 pon thniah sy ucapkn pde kak aisya sofea, krne b'jya mmbuat stiap pmbce nvel kak aisya sofea 'menangis'..i love you, kak aisya sofea..
nas
June 4, 2009   08:05 PM PDT
 
sya mmg suka sgt novel yg kak aisya tulis..plg best bg sya ialah novel jendela hati....tahniah..
azanur omran
May 26, 2009   12:45 PM PDT
 
salam buat kak carrie. setakat ni sumer novel kak aisya dah ada dlm simpanan saya. majoriti watak2nya amat terkesan di hati saya. klu lah ahmad fuad & fikri "jauh" benar2 ujud, saya lah umairah sayalah ika.. x sabar tggu buah tangan terbaru kak aisya.
atikahsharikh
April 4, 2009   06:16 PM PDT
 
saya suka aisya sofea dan sume novelnya tp sehangat asmara paling best..nk nangis pun de gak
atiqah_ukm
March 26, 2009   03:24 PM PDT
 
sememangnya karya aisya sofea mendapat tempat di hati saya..seawal lahirnya novel ini di muka pasaran,saya sudah mendapatkannya..kerana tidak mahu melepaskan salah satu koleksi penulis kegemaran hati..:)..semoga saling berkongsi mengenai novel aisya yang terbaru ya...
fatinur iman
March 24, 2009   12:41 AM PDT
 
hmmm... interesting... saya belum baca lagi novel selagi ada die... dalam proses nak beli... tapi, novel adam dan hawa , pada kaca mata saya amat menarik!
Nalee
October 9, 2008   04:51 PM PDT
 
Saya baca novel ni selepas membaca'kau kekasihku' dari Anis Ayuni dan terasakan kedua2nya mempunyai pengakhiran yang sama....adakah satu kebetulan? dan kedua-dua novel ini dipasarkan lebih kurang pada waktu yang sama...tapi memang karya ni amat mengecewakan bagi saya..mungkin saya amat teruja atau hasil karya Aisya Sofea sudah semakin stereotaip...
Norabella
May 26, 2008   03:36 PM PDT
 
Carrie...rasanya saya tau...bagaikan akhir novel Jauh...
yusnita_csting
May 26, 2008   10:07 AM PDT
 
Hai Carrie...saya baru saja mendapat stok nie...maklumlah orang bintulu (sarawak) 'terlambat'lah pulak dpt novel TERBARU...
pada hari Jumaat yg lalu barulah novel nie selamat sampai kat tangan saya...jgn tak tahu pulak, ni novel paling hit kat sini...menduduki carta teratas lagi...TOP 5...no.1...Tahniah kak Aisya kerana hasilkan novel yg bisam embuat jantung saya berdetak dgn kencang dan membuai hati saya...ummm dah lama tak membaca novel sebegini...semangat membaca novel nie memang tinggi...dan dalam masa 1 1/2 hari dah tamat...syukur....carrie...keep it up... ;)
sayangR
May 6, 2008   01:44 PM PDT
 
Salam, Hai Carrie! SayangR dah beli novel `Selagi Ada Dia' di Pesta Buku yg lepas tapi belum berkesempatan lagi nak membacanya..tiada masa terluang & mood yg membangkitkan `rasa jiwa'....

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments