Wednesday, July 27, 2005
Mimpi Kita Serupa - Siti Hasneza Abdul Hamid



Aku tidak mampu berlari lagi. Rindu ini telah lama mengekori......


" Cinta tak semudah itu, Mira.... Tak semudah Mira menerima Hakim hanya kerana Mira digosip dengannya. Bukan semudah itu cinta, Mira. Kalau Mira sanggup gadaikan kebebasan zaman remaja Mira dengan satu percintaan, bercintalah! Cubalah! Tapi, kalau Mira masih nak nikmati persahabatan, masih nak berdegil mempertahankan sesuatu pendapat kalau bertarung, masih mahu bebas tanpa perlu memikirkan soal hadiah hari lahir atau surat cinta atau warna baju yang sedap dipandang mata si dia, atau minyak wangi mana yang sesuai, jangan! Satu percintaan boleh menghilangkan itu semua....."

"Biarkan bunga berkembang atas tangkainya...
Janganlah dipetik tangkainya nantikan merana
Bunga berkembang di dalam hati,
tak mungkin aku dapat menghindari
Kasih dan sayang telah bersemi
Diriku seakan bermimpi...."

"Pernah tengok bulan yang ditabiri awan? Bulan yang mengambang hanya dipuji jika tidak ditabiri awan, tapi jika lihat bulan yang ditabiri awan, akan ada satu perasaan yang halus. Satu rasa rendah diri, tenang dan sayu, semuanya bercampur-baur..."

"Manusia yang hanya tahu menghargai bulan mengambang yang tidak ditabiri awan ialah manusia biasa. Tapi, manusia yang masih dapat menghargai bulan mengambang yang ditabiri awan ialah manusia luar biasa...macam Fawwaz, istimewa, " tambah Yang Hasmira.

" Kita tidak ada alasan untuk suka atau cintakan seseorang. Kita jatuh cinta macam tu saja. Sampai kadang-kadang kita tak sedar kita sebenarnya mencintai orang itu sampai orang lain beritahu kita....."

"Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai..."



Mimpi Kita serupa, karya kedua Siti Hasneza ini lebih tertumpu kepada cinta tiga segi antara sepasang kembar, Syafiq dan Fawwaz dengan Yang Hasmira Yang Muhammad. Perkenalan dari kecil membibitkan rasa cinta di hati kedua kembar ini namun bagi saya kisah cinta mereka lebih kepada cinta abstrak. Pembaca harus bijak membaca tafsiran cinta yang cuba digarapkan oleh Siti Hasneza dalam Mimpi Kita Serupa ini kerana jika tidak, pastinya, pembaca akan termangu-mangu dalam kekeliruan.

Walaupun Siti Hasneza masih mengekalkan sentuhan kreatifnya, namun saya rasakan sentuhannya kali ini tidak sehebat Cemburu Seorang Perempuan yang lebih mengusik emosi. Saya rasa sedikit kecewa.

Sentuhan Siti Hasneza yang lebih berunsurkan metafora dalam Mimpi Kita Serupa ini sebenarnya menguji saya dalam memahami erti cinta dan erti persahabatan. Agak berat untuk dijadikan bahan bacaan santai. Seperti juga dalam Cemburu Seorang Perempuan, Siti Hasneza banyak menyelit maklumat bersangkut-paut dengan Islam terutama yang melibatkan soal hati, suami isteri dan masyarakat umum.

Rating: ***(OKlah jugak tapi kena betul-betul menghayati ceritanya)  

Posted at 03:00 pm by carriekirana
Comments (6)  




Tuesday, July 19, 2005
Saat Cinta Bersemi - Damya Hanna


Saat Cinta Bersemi merupakan karya ketiga penulis Alaf 21 yang boleh dikatakan popular, Damya Hanna. Saat Cinta Bersemi merupakan untaian kisah Nur Dhuha yang tinggal bersama abangnya Badrul, yang sering memukulnya. Nur Dhuha bertemu kembali dengan musuh lamanya Syamir yang kebetulan merupakan bos tempat dia bekerja. Syamir ingin membalas dendam kerana satu insiden semasa mereka masing-masing menuntut di sekolah yang sama. Insiden demi insiden berlaku menyebabkan Dhuha melarikan diri untuk mencari identitinya yang sebenar. Pergolakan perasaan Dhuha dalam Saat Cinta Bersemi lebih banyak berkisar kepada pergolakan perasaan seorang gadis yang masih mencari-cari intipati perasaannya sendiri. Barangkali, ia tidak begitu sesuai dengan jiwa saya yang sukakan karya-karya yang lebih matang.

Seperti yang saya duga, tiada banyak kelainan dalam karya Damya kali ini. Damya suka memaparkan kisah cinta tapi benci ini sejak zaman Bicara Hati lagi. Karyanya kali ini banyak berbentuk stereotype yang boleh diagak jalan ceritanya meskipun belum sampai ke titik penghabisan kisah. Plot ceritanya juga banyak diwarnai dengan terlalu banyak kebetulan yang saya kira agak mencacatkan sedikit mood saya untuk mengetahui perkembangan kisah ini.

Saya pernah membaca Bicara Hati tidak lama dulu tapi saya merasakan plotnya seakan-akan sama dengan plot cerita Kau Yang Satu karya Nia Azalea yang diterbitkan dahulu sebelum Bicara Hati. Situasi yang sama juga saya dapati dalam Saat Cinta Bersemi di mana kisah Dhuha diselamatkan oleh Syamir dari Fendi, kawan abang Dhuha, Badrul dan kemudiannya ditempatkan di apartmen Syamir seakan kisah Izzah dan Hafiz dalam Ombak Rindu!

Damya Hanna mempunyai potensi untuk menjadi seorang penulis yang mantap dengan gaya penulisannya yang bersahaja tapi saya rasa dia harus berani mencuba resipi yang lain dari yang seperti biasa dipaparkan. Bakatnya sebagai penulis sebenarnya sudah terserlah cuma mungkin daya kreativiti itu harus diasah untuk menghasilkan karya yang unik dan mampu menarik minat kami untuk membacanya. Sebagai seorang pembaca, tentunya kita tidak mahu dihidangkan dengan dua "masakan" yang sama oleh dua tukang masak yang berlainan.
Bagi yang gemarkan kisah cinta remaja, mungkin Saat Cinta Bersemi lebih sesuai untuk santapan di waktu bersantai.

Rating: **1/2 (Biasa-biasa saja-tiada kelainan)

Nota Kemas kini : Pada awal peringkat ulasan saya, saya terlepas pandang mengenai bagaimana Dhuha bermimpi dia berada di dalam majlis perkahwinannya sendiri. Ketika itu, saya rasakan plotnya mengelirukan. Mungkin sebab saya buat "speed-reading", saya tidak perasan peralihan masa mimpi Dhuha ke alam realiti. Membacanya pun di saat sebelum tidur dan hampir-hampir terlelap ! Maaf saya pinta. Terima kasih Antu Buku kerana mengutarakan isu tersebut. Malam tadi, saya membaca kembali Saat Cinta Bersemi dan terjumpa dengan apa yang saya terlepas pandang itu.

Posted at 09:48 am by carriekirana
Comments (14)  




Monday, July 18, 2005
Dia Lebih Mengerti - Norhayati Berahim


Tajuk Novel Diulas : Dia Lebih Mengerti
Penulis : Norhayati Berahim
Terbitan: NB Kara Sdn. Bhd.
Harga:RM20.90


Sudah lama saya tidak meninjau karya-karya terbaru Norhayati Berahim. Apabila ada pengunjung setia mencadangkan kepada saya tentang novel Dia Lebih Mengerti , terbitan pertama syarikat Norhayati Berahim yang ada sedikit kelainan berbanding novel-novel NB yang lain, saya teruja. Lalu, saya mencuba untuk menilai novel ini. Barangkali, novel ini pasti yang paling istimewa buat Norhayati Berahim kerana inilah hasil sulung kesungguhan Norhayati Berahim menulis, menyunting dan menerbit novel. Seperti yang diberitahu oleh Norhayati Berahim dalam novel ini, bukan mudah untuk menulis dan menyunting karya sendiri. Pada pendapat saya, Norhayati mempunyai ruang yang lebih luas untuk berkreatif dalam Dia Lebih Mengerti tanpa perlu akur pada standard yang ditetapkan oleh penerbit-penerbit yang pernah menerbitkan karya-karyanya selama ini.

Novel ini sebenarnya tertumpu kepada watak utama, Umairah yang harus menangani konflik keluarganya dan juga kehidupan peribadinya. Novel ini bukan novel cinta yang berat tapi lebih kepada cinta kekeluargaan yang biasanya menyatukan satu-satu keluarga yang mempunyai ahli-ahli yang berlainan prinsip dalam menjalani kehidupan. Umairah digambarkan sebagai satu watak yang begitu tabah mengharungi kehidupannya meskipun ditimpa kesulitan. Ketabahan Umairah sebenarnya menjadi kekuatan dan tarikan Dia Lebih Mengerti. Syed Abid datang menagih cinta tapi tidak banyak yang disentuh secara mendalam mengenai bagaimana perhubungan Umairah dan Syed Abid dikembangkan dalam perjalanan cerita Dia Lebih Mengerti ini. Cita-cita Umairah untuk mewujudkan sebuah ladang anggur di atas tanah pusaka neneknya sebenarnya menjadi plot utama dalam Dia Lebih Mengerti. Banyak maklumat berguna yang didapati dalam novel ini yang jelas menunjukkan Norhayati Berahim banyak melakukan kajian dan penyelidikan untuk menyiapkan Dia Lebih Mengerti. Satu elemen yang paling saya suka apabila saya membaca novel Melayu.

Jika Norhayati mahu menyelitkan ayat-ayat berbahasa Inggeris dalam novelnya, tatabahasa dan nahu (grammar) Bahasa Inggeris itu harus disemak dengan pakar dalam bahasa berkenaan supaya ayat perbualan dalam Bahasa Inggeris tidak kelihatan begitu janggal apabila dibaca. Saya dapati terlalu banyak "gramatical error" berkaitan ayat dialog Bahasa Inggeris yang saya rasa harus dikemas kini untuk cetakan seterusnya. Saya memandang serius penggunaan bahasa Inggeris dalam novel-novel Melayu ini kerana peranan novel-novel Melayu ini sangat besar bukan sahaja dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia tapi juga meningkatkan penguasaan ilmu dalam bidang-bidang yang berkaitan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kerana novel-novel ini dibaca oleh sebilangan besar masyarakat, penggunaan Bahasa Inggeris dalam sesetengah bahagian novel ini juga harus digunakan dengan betul supaya pembaca dapat menimba ilmu yang tepat berkenaan penggunaan Bahasa Inggeris dalam perbualan harian.

Saya juga dapati bahasa yang digunakan oleh Norhayati agak "kasar" ala Nass Alina Noah dalam novel-novelnya tapi mungkin ini adalah stail tersendiri Norhayati dalam membangunkan karya-karyanya.

Seperti novel-novel Norhayati yang lain, kelebihan Dia Lebih Mengerti ini terletak pada struktur plot yang kukuh dan kemas, gaya penulisan Norhayati yang sememangnya sudah mantap walaupun kadang-kala sakit juga mata saya melihat terlalu banyak "typo error" meskipun naskah yang saya baca sudah masuk cetakan ketiga! Sebagai seorang pembaca yang membayar harga bukan murah untuk sebuah novel sekarang, kualiti penyuntingan haruslah setara dan berbaloi dengan harga yang sudah dilaburkan.

Bagi saya, secara peribadi, Norhayati Berahim lebih terserlah bakatnya dalam penulisan kreatif, maka dia harus menyerahkan kerja suntingan karyanya kepada editor yang lebih berpengalaman dalam menyunting karya novel. Penulis dan editor adalah dua entiti yang saling memerlukan antara satu sama lain. Kejayaan seseorang penulis menerbitkan karya mereka juga bergantung kepada komitmen editor yang dapat mengesan bakat penulis tersebut supaya karya penulis itu diterima oleh peminat novel. Editor ibarat sebuah jambatan sebenarnya yang menghubungkan antara penulis dan pembaca kerana editor lebih dekat dengan para pembaca. Penulis biasanya lebih tertumpu kepada alamnya sendiri untuk menghasilkan karya, maka dia memerlukan "mata" yang lain untuk menilai karyanya samada boleh diterima oleh masyarakat umum. Sememangnya, tidak salah jika penulis mahu menyunting karya mereka sendiri. Saya akui menulis sendiri bukan mudah begitu juga menyunting. Tapi, jika penulis menjadi penyunting, fokus untuk berdaya kreatif bagi menghasilkan karya dengan lebih berkesan akan berkurangan.

"Do what we do best. If fiction writing is what we do best, then stick to it, and leave the rest."

Walaupun begitu, saya sebenarnya kagum dengan kerajinan Norhayati Berahim dalam berkarya sehingga sampai ke tahap mampu menerbitkan novel-novelnya sendiri. Perjalanan yang saya kira  sukar untuk seorang penulis yang sudah mencapai tahap profilik. Jelas, minat dan kesungguhan Norhayati Berahim yang konsisten dalam berkarya wajar dicontohi oleh penulis-penulis yang lain. Penulis juga seperti artis, harus terus berkarya untuk mengekalkan nama supaya sentiasa diingati olen pencinta novel.

Harapan saya semoga Norhayati akan sentiasa terus gigih berkarya untuk mewarnai dunia novel tanahair. Anggaplah isu yang saya utarakan ini sebagai isu membina untuk memantapkan lagi karya-karya akan datang.

Rating: *** (OK - Banyak maklumat berguna dapat ditimba dalam novel ini)

Posted at 09:04 am by carriekirana
Comments (18)  




Sunday, July 17, 2005
Novel-Novel Melayu Di Pasaran

Carrie ingin mengucapkan terima kasih kepada yang sudi mengundi untuk Novel-Novel Melayu di pasaran. Teruskan mengundi dan mencadangkan novel yang meninggalkan kesan mendalam di hati anda! Informasi mengenai novel-novel yang bagus wajar dikongsi dengan semua peminat fanatik novel cinta yang Carrie rasa bukan sedikit berada di luar sana.

Di bawah ini,  Carrie sertakan keputusan undian pelayar web Novel Cinta Melayu untuk tatapan umum. Terima kasih Nora atas input yang diberi!

Novel Melayu yang meninggalkan kesan mendalam di hati seperti yang diundi dalam "mini survey" di laman Carrie :

1.    Ombak Rindu - Fauziah Ashari (Alaf 21)                        25 undi
2.    Bicara Hati - Damya Hanna   (Alaf 21)                            8 undi
3.    Manisnya Cinta -Anis Ayuni  (Alaf 21)                             6 undi
4.    Sehangat Asmara - Aisya Sofea (Alaf 21)                       6 undi
5.    Kau Untukku - Aisya Sofea (Alaf 21)                              5 undi
6.    Kau Yang Satu - Nia Azalea (Alaf 21)                             4 undi
7.    Biru Ungu Cinta - Noorsuraya  (CESB)                           4 undi
8.    Buat Yang Terakhir - Sabariah Araur  (CESB)                 4 undi
9.    Tangisan Bulan Madu - Shamsiah Md Noor (CESB)          4 undi
10.  Cemburu Seorang Perempuan - Siti Hasneza (CESB)      3 undi
11.  Pergilah Sepi - Fauziah Ashari (Alaf21)                           3 undi
12.  Mahligai - Salina Ibrahim (CESB)                                   2 undi
13.  Sepi Tanpa Cinta - Damya Hanna (Alaf 21)                     2 undi
14.  Dia Lebih Mengerti - Norhayati Berahim (NB Kara)           2 undi
15.  Jauh - Aisya Sofea  (Alaf 21)                                         2 undi
16.  Cinta Pertama - Norhayati Berahim (Alaf 21)                  2 undi
17.  Pesanan Terakhir Seorang Lelaki - NB  (CESB)               2 undi
18.  Sutera Kasih - Sirhan Ansari  (Alaf 21)                           2 undi
19.  Rindunya Kian Membara - Noorsuraya (CESB)                2 undi
20.  Tanah Andriyana - Noorsuraya  (CESB)                          2 undi
21.  Gemersik Kalbu - Anis Ayuni   (Alaf 21)                          2 undi
22.  Jendela Hati - Aisya Sofea  (Alaf 21)                              2 undi
23.  Setia Menanti - Fauziah Ashari (Alaf 21)                         2 undi
24.  Nilai Cintanya - Rozita Abdul Wahab (CESB)                   1 undi
25.  Sayang Tak Terucap - Norhayati Berahim (Alaf 21)         1 undi
26.  Sukma Rindu - Fariza Zuliana (Alaf 21)                          1 undi
27.  Kau Milikku - Aisya Sofea (Alaf 21)                                1 undi
28.  Setulus Janji - Aina Emir (Alaf 21)                                 1 undi
29.  Hartini - Aziz Afkar (CESB)                                           1 undi
30.  Why Me - Zuraidah Othman (Ghostwriter)                      1 undi
31.  Inferior - Norhayati Berahim (CESB)                             1 undi
32.  Putik - Aziz Afkar (CESB)                                             1 undi
33.  Pelarian - Abdul Talib Hassan (CESB)                            1 undi
34.  Khailee - Abdul  Talib Hassan (CESB)                            1 undi
35.  Mayang Sari - Jessy Mojuru (Rhythm)                           1 undi
36.  Keranamu Ain - Noorsuraya (CESB)                              1 undi
37.  Biarkan Bunga Itu Layu - Liana Afiera Malik (CESB)        1 undi
38.  Dan Mimpi Pun Berguguran - Liana Afiera Malik(CESB)    1 undi
39.  Putik-putik Rindu - Dilla                                                1 undi
40.  KL Di Mana Suamiku - Sri Diah (Alaf 21)                        1 undi
41.  Bila Sena Kembali Berbunga - Amaruszati (CESB)          1 undi
42.  Emosi - Norhayati Berahim (CESB)                               1 undi
43.  Tombiruo- Ramlee Awang Murshid (Alaf 21)                   1 undi
44.  Kemelut Kasih - Manera Muhamad (Rhythm)                  1 undi
45.  Sesuci Cinta - Aina Emir (Alaf 21)                                 1 undi
46.  Bisikan Cinta - ?                                                          1 undi
47.  Selamat Tinggal Sayang - Ma Lee Chuswan (CESB)        1 undi
48.  Nota Cinta Buat Mu - Norhayati Berahim (Alaf 21)           1 undi
49.  Kesturi - Fatinilam Sari Ahmad (CESB)                           1 undi
50.  Bila Sena Berguguran -                                                1 undi
51.  Hati Seorang Wanita - Norhayati Berahim (Alaf 21)         1 undi
52.  Gelora Jiwa - Aisya Sofea (Alaf 21)                               1 undi
53.  Terima Kasih Kekasih - Norhayati Berahim (CESB)         1 undi
54.  Seredup Kasihmu - Nia Azalea (Alaf 21)                        1 undi
55.  Tak Seindah Mimpi - Sharifah Abu Salem (Alaf 21)         1 undi
56.  Bila Sena Kembali Berbunga 2 - Amaruszati                   1 undi
57.  Tunggu Teduh Dahulu - Faisal Tehrani                            1 undi
58.  Mereka Yang Tertewas - Hasanuddin Md Isa                   1 undi
59.  Bermadu Dalam Cinta - Hanani Daud (CESB)                 1 undi
60.  Nabila - Hendan Yahya (CESB)                                      1 undi
61.  Seindah Derita - Norhayati Berahim (CESB)                   1 undi
62.  Assyida - Liana Afiera Malik (CESB)                               1 undi
63.  Dendam Semalam - Zaifuzaman (Alaf 21)                      1 undi
64.  Sembilu 2005 (Novel Layar) - ?                                     1 undi
65.  Pergilah Lara - Nor Erny Othman                                   1 undi


Posted at 12:03 pm by carriekirana
Comments (112)  




Wednesday, July 13, 2005
Megalomania - Fatinilam Sari Ahmad



"Kebahagiaan dan kegembiraan bukan selama-lamanya milik insan"


"Hati kau itu keras..belum tersentuh dengan kelembutan cinta. Nanti, kau tahulah bila cinta dan rindu datang mengetuk hati kau. Saat itu, engkau rasa macam nak terbang...terbang mencari"

" Aah..kau buat aku merasakan kembali manis dan indahnya cinta. Setelah sekian lama aku tak merasainya. Aku gembira...aku gembira kerana kau yang menggerakkan hati dan naluri ini untuk merasai nikmatnya cinta...Kau gadis manis..."

" Dulu abang tak mahu bertemu. Abang terlalu ingin pertemuan tercipta lantas membentuk keakraban yang tak mungkin dapat dipisahkan. Tapi, abang harus menjaga hati orang lain, biarpun harus melukai hati abang sendiri..."

" Abang, dah lama abang tak hubungi saya. Abang benar-benar mengotakan kata-kata abang itu. Apakah wajar rasa rindu dendam yang menghimpit dada ini diluahkan pada abang bilamana saya tahu saya tak berhak untuk hidup di sisi abang ?"

Cincin permata jatuh ke rumput,
Jatuh rumput dibilang-bilang
Ditempuh, dilanda jangan,
Rumput pahit bersela-sela,
Dari mata tidaklah luput,
Di hati tidak mahu hilang,
Siang jadi angan-angan
Malam jadi mimpi pula.


Saya rasa sentuhan Fatinilam Sari Ahmad dalam Megalomania ini agak kurang menyengat berbanding novel-novel lainnya yang saya sukai seperti Kesturi dan Cenderawasih. Kisah romantik suspens ala novel Inggeris dan mungkin lebih sesuai untuk pembaca novel yang lebih dewasa berpusat kepada watak utama, seorang peguam muda, Sheila dan dua orang jejaka dalam hidupnya, Salim dan Andy Farhan. Satu lagi kisah cinta tiga segi yang tipikal cuma kali ini ia banyak dikuatkan dengan gaya penulisan Fatinilam yang saya kira mantap.

Sheila ingin menjejak susur alur asal usulnya lalu kembali ke Mentakab, menjawat jawatan penting dalam syarikat guaman Salim. Beberapa siri pembunuhan telah berlaku dan Andy Farhan ditahan reman. Pergeseran berlaku di antara Salim dan Andy Farhan kerana merebutkan hati Sheila yang masih menyimpan perasaan kepada Andy sejak kecil.

Bagi saya, elemen yang menghidupkan plot Megalomania terletak pada kreativiti Fatinilam menyulamkan kisah pembunuhan dengan kisah cinta. Jika tidak, pastinya mengantuk saya dibuatnya membaca Megalomania.

Begitupun, Fatinilam Sari Ahmad masih mengekalkan sentuhan "berbisanya" dalam menggarap kisah Megalomania ini.

Rating:***1/2(OK)


Posted at 12:07 pm by carriekirana
Comments (2)  




Tuesday, July 05, 2005
Tak Seindah Impian - Haizal


Tajuk Novel Diulas: Tak Seindah Impian
Penulis : Haizal
Penerbit: Rhythm
Harga: RM17.90

"Haruman kasihmu peneman setia....sesetia cintaku padamu"


Sinopsis Novel

Nurul Atikah dikurniakan kecantikan, kebijaksanaan, kasih sayang, keluarga dan rakan-rakan serta masyarakat sekitarnya. Namun, segala kurniaan-Nya itu punah kerana cinta. Nurul Atikah terleka dengan cinta Ismail sehingga dia lupa kepada keluarga dan pelajarannya. Akhirnya, dia diperkosa oleh kekasihnya itu sehingga dia mengandung. Keengganannya menerima Ismail sebagai suami menyebabkan Ismail melacurkannya dan menderanya secara seksual. Nasib menyebelahinya apabila dia diselamatkan oleh sahabat baik Ismail. Dia menukarkan namanya kepada Siti Norlida agar tidak dapat dikesan oleh Ismail. Dia bekerja sebagai GRO untuk membesarkan anaknya, Nurul Huda. Pertemuannya dengan Rohaimi telah memberi sinar baru dalam hidupnya. Rohaimi mengambilnya sebagai isteri walaupun mengetahui kisah silamnya. Namun, kebahagiaan hanya sementara. Dia difitnah oleh ibu mertuanya sendiri dan Rohami menceraikannya. Dia pulang ke kampung dan secara kebetulan bertemu dengan Micky, kenalannya sejak zaman remajanya. Micky melamarnya dan dia menerimanya. Rohaimi muncul semula dan menagih cintanya. Dia keliru antara cinta Rohaimi dan kasih Micky. Sanggupkah dia menggadai kasih suaminya demi meraih cinta kekasih hatinya? Pasrahkah dia mengharungi pelbagai liku dan dugaan hidup mendatang yang perit?


Saya tertarik untuk membaca Tak Seindah Impian selepas membaca ulasan Kak Wynn dalam Bicaraku. Memang selama ini, hanya novel-novel keluaran Creative dan Alaf21 yang menjadi pilihan saya namun saya rasakan perlu juga untuk meninjau novel-novel keluaran penerbit yang lain seperti Rhythm. Tambahan lagi, saya kira, novel ini lebih kepada cinta metropolitan yang berselang-seli dengan kisah yang benar-benar berlaku di dalam masyarakat kita sekarang.

Tak Seindah Impian mempunyai gaya tulisan dan bahasa yang santai. Saya sendiri mengambil masa 1 1/2 hari untuk menghabiskannya. Plotnya agak kukuh dan dikembangkan secara perlahan di awal cerita, namun teknik flashback yang sering digunakan oleh Haizal dalam kisah ini kadang-kala mengelirukan.  Kadang-kadang, saya tidak pasti samada saya masih di landasan "flashback" atau berbalik ke landasan utama. Yang mengecewakan saya ialah walaupun plotnya agak kukuh pada permulaan namun beberapa sub-plot yang muncul di penghujung cerita mengoyahkan keteguhan plot utama Tak Seindah Impian ini.

Pembaca harus pantas membaca perjalanan fikiran Haizal dalam olahan cerita ini jika pembaca mahu tahu rentetan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada Nurul Atikah. Mungkin kalau Haizal mampu menggarap teknik "flashback" dengan lebih kemas, cerita ini tidak menjadi begitu keliru.

Kadang-kadang saya rasa watak-watak yang dibangunkan dalam Tak Seindah Impian ini tidak begitu realistik dan lebih banyak mengikut acuan Haizal yang mahukan watak sedemikian supaya perjalanan ceritanya lebih lancar. Sebagai contoh, Siti yang digambarkan sebagai gadis yang dibesarkan di Mersing, tidak bertutur seperti seorang gadis 16 tahun malahan percakapannya lebih kepada seorang yang dewasa.

Haizal lebih gemar menggunakan gaya tulisan rencana dalam Tak Seindah Impian berbanding dialog. Tidak banyak dialog yang digunakan dalam cerita ini dan jika ada, dialog-dialognya lebih berupa satu karangan kecil dan lebih berat berbanding dialog harian biasa yang lebih ringan.

Namun begitu, garapan Haizal sebenarnya berjaya menarik saya menghayati perjalanan cerita Tak Seindah Impian sehingga ke akhir cerita. Itulah kekuatannya. Saya kira Haizal sebenarnya lebih banyak menfokus pada perkembangan plot dari perkembangan watak-watak utamanya.

Rating: ***(Oklah - Untuk bacaan santai)


Posted at 09:10 am by carriekirana
Comments (5)  




Monday, July 04, 2005
Dari Kacamata Carriekirana

Carrie ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Karangkraf umumnya dan Alaf 21 khasnya kerana sudi menjemput kami, pengulas novel-novel Melayu yang berada di pasaran khususnya genre cinta, melawat pejabat Karangkraf di Shah Alam, Selangor pada hari Jumaat tempoh hari.

Selama ini, sememangnya Carrie lebih selesa menggunakan pseudonim untuk mengulas novel-novel yang berada di pasaran kerana Carrie sebenarnya mahu orang mengenali Carrie melalui ulasan-ulasan yang dipaparkan. Tujuan utama Carrie mewujudkan blog ini juga ialah untuk berkongsi pengalaman membaca novel-novel dengan peminat fanatik novel yang juga dahagakan kelainan dalam setiap pembacaan mereka. Memang impian Carrie supaya Novel Cinta Melayu menjadi platform pembaca untuk memberikan maklum balas yang membina kepada penerbit bagi meningkatkan lagi kualiti novel-novel yang terbit di pasaran.

Namun, Carrie juga rasa terharu kerana ada penerbit buku seperti Alaf 21 yang menyedari tentang pengaruh blog dewasa kini khususnya di kalangan peminat buku yang semakin popular sebagai medan pertukaran maklumat di antara penerbit buku dan peminat buku/pembaca dan cuba merapatkan jurang dengan mengadakan majlis suai kenal seumpama ini.

Carrie akui penerbit buku yang dinamik seharusnya reseptif terhadap perkembangan teknologi tanpa sempadan dan pertumbuhan populariti blog-blog yang bebas membicarakan mengenai isu-isu semasa , dalam kes ini, novel cinta.

Carrie ada menerima pandangan negatif dari sesetengah pihak yang mengklasifikasikan novel-novel bertema cinta sebagai novel yang tiada mempunyai nilai sastera. Alangkah sempitnya pemikiran golongan ini. Selagi ia bernama buku, selagi itu, ia mempunyai nilai ilmu yang tersendiri. Itu adalah prinsip Carrie. Sedikit sebanyak, novel-novel ini dapat membantu pembaca-pembaca meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dengan lebih baik walaupun kebanyakan pembacaan lebih berbentuk kepada pembacaan santai. Sekurang-kurangnya, pembaca novel picisan ini membaca daripada tidak menyentuh sebuah buku pun.

Carrie juga menggemari dan menghargai novel-novel yang mempunyai nilai sastera yang tinggi. Novel-novel sebegini memang memperkayakan lagi khazanah budaya bangsa dan menjana budaya pemikiran pembaca-pembacanya. Tapi, secara peribadi, Carrie lebih menggemari novel-novel yang mempunyai elemen cinta. Dan, Carrie rasa, Carrie lebih selesa mengulas novel-novel yang Carrie minati. Maka, itulah wujudnya Novel Cinta Melayu.

Dari satu sudut yang berbeza, kita sebenarnya tiada pilihan lalu terpaksa akur dengan kehendak pasaran. Majoriti pembaca mahukan novel-novel yang sedikit sebanyak menyelitkan unsur cinta. Penerbit buku terpaksa mengikut gelagat pembelian (buying behavior) para pelanggannya maka lahirkan puluhan novel bertema cinta di pasaran. Bagi Carrie, setiap novel di pasaran sebenarnya mempunyai elemen cinta dalam acuan yang berbeza. Cinta pada keluarga, cinta pada karier, cinta pada kemusnahan, cinta pada pembunuhan dan sebagainya. Skop cinta itu sebenarnya luas, tidak hanya merangkumi cinta antara Uda dan Dara, atau Laila dan Majnun.

Carrie sebenarnya sudah lama bercita-cita untuk melihat penerbitan buku dan majalah dengan lebih dekat lagi dan banyak ilmu dan pengetahuan yang ditimba pada hari Jumaat lepas. Memang, Carrie menyedari hakikat bahawa jika Carrie hadir di majlis berkenaan, Carrie juga harus mendedahkan identiti Carrie yang Carrie simpan rapi selama ini.

Bagi yang mengenali Carrie di majlis berkenaan, salam perkenalan Carrie hulurkan. Carrie ini memang tidak banyak bercakap tapi sebenarnya Carrie gembira dapat bertemu dengan rakan seangkatan yang lain. Carrie lebih banyak menulis sebenarnya dari bercakap.

Kepada Kak Sri Diah, terima kasih Carrie ucapkan kerana sudi meluang masa untuk berbual dan bertukar pendapat. Setahun lebih lamanya, kita selalu berhubung melalui blog masing-masing tapi tidak pernah ketemu.

Kepada Tuan Haji Hishamuddin dan En. Norden, orang kuat Karangkraf dan Alaf 21,  terima kasih yang tidak terhingga di atas layanan mesra yang diberikan kepada kami sepanjang lawatan kami tempoh hari.

Tidak lupa juga warga Alaf 21 yang begitu ramah dan mesra dan bertungkus-lumus menjayakan acara di hari Jumaat dan semua yang terlibat.

Terima kasih kerana mengiktiraf sumbangan kami yang tidak seberapa ini kepada dunia novel tanahair - Carriekirana.

Posted at 09:17 am by carriekirana
Comments (6)  




Friday, June 24, 2005
Tanah Andriyana - Noor Suraya



Cinta tidak semestinya memiliki...


Apa guna pasir setambun,
Kalau tidak setinggi duduk,
Apa guna kasih setahun,
Kalau tidak seumur hidup.
Yana.

Apa khabar nasi di daun,
Nasi di talam bagai nak basi,
Apa khabar tinggal setahun,
Tinggal semalam bagai nak mati.
Ku Fitri.


Tanah Andriyana ini ialah naskhah yang teristimewa buat saya atas sebab-sebab tersendiri. Sudah lama saya memerapnya lantaran desakan tugas. Secara kasar, saya menyukai inti pati Tanah Andriyana walau kadang-kala perjalanan ceritanya agak perlahan. Kisah ini sebenarnya lebih banyak menyelitkan unsur-unsur sejarah yang mencoretkan kisah keturunan Puteri Jawa berdarah campuran Belanda, Raden Andriyana Daeng Ali dalam menatari hidupnya di Jawa dan pelariannya ke Langkawi semasa penjajahan Belanda di Indonesia sampai ke penghujung. Teknik "flashback" dalam bentuk diari Andriyana menyingkap kisah cintanya dengan sepupunya Ku Fitri Ku Arif di Langkawi.

Plot cerita Tanah Adriyana juga dikuatkan dengan kisah cinta yang berkesinambungan melangkaui generasi dan kali ini, kisah itu berkisar di antara Aliya Ali Hakeem, cicit Andriyana dan Ahmad Fitri Hadi, cucu Ku Latifah. Kerana sengketa keluarga yang bermula sejak zaman Andriyana, percintaan Aliya dan Hadi mendapat tentangan hebat dari ayah Aliya dan ibu bapa Hadi.  Manjalara, nenek Aliya yang juga kakak kepada Ku Latifah tapi berlainan ibu, mengambil langkah untuk memastikan wasiat Andriyana dipenuhi. Agak kompleks juga kisah keluarga Aliya dan Hadi namun ia tidak menjejas perasaan ingin tahu saya untuk mengetahui kesudahan Tanah Andriyana.

Bagi yang menyukai gaya penulisan Noorsuraya secara peribadi, novel ini pasti tidak mengecewakan.

Rating: ***1/2 ( Best - boleh dibuat koleksi peribadi ) 


"Cinta tak semestinya saling memiliki. Mencintai dan mengenangnya dah memadai buat Aliya. Rasa manis ini Aliya akan simpan seumur hidup, nana."

"Aku sudah mula mengenal rindu bila berjauhan."

"Kenapa ya cinta tak pernah setia? Lalu hatiku berbisik, bayang-bayang pun tidak pernah setia, datang gelap, hilanglah ia."


Posted at 10:13 am by carriekirana
Comments (4)  




Tuesday, May 31, 2005
Rahsia Perindu - Ramlee Awang Murshid


Berhati-hatilah dengan realiti...kemungkinan ia mungkin sebuah fantasi.......


Novel yang saya baca kali ini memang berlainan sekali dari puluhan novel cinta yang selalu saya baca. Dalam ertikata lain, novel ini memang mencabar minda saya untuk mencari jawapan di sebalik plot cerita Rahsia Perindu. Ada sesetengah pembaca lebih gemar mengklasifikasikan novel ini sebagai novel thriller tapi saya tetap mengganggap Rahsia Perindu sebagai satu novel cinta yang dilihat dari perspektif yang ekstrem iaitu aspek cinta yang lebih menuju ke arah "kegilaan" perasaan yang membawa kepada perlakuan melampau oleh watak-watak utama, Maria, Amylia, Leopard, Julia, Haris, Rashdan, Liza, Junaidah, Jefry, Tuan Haji Yahya . Saya rasa watak Dr. Azlan lebih kepada watak yang dicipta oleh Ramlee untuk mewakili perspektif Ramlee dalam kisah ini.

Tapi, saya lebih suka menyarankan pembaca yang ingin membaca Rahsia Perindu supaya sekurang-kurangnya mempunyai ilmu asas dalam psikologi kerana tanpa pengetahuan asas dalam psikologi sudah pasti tidak semua teori Ramlee dalam Rahsia Perindu dapat difahami sepenuhnya. Kadang-kala, saya terasa seperti membaca buku ilmiah psikologi di sebalik rentetan peristiwa demi peristiwa yang berlaku di dalam Rahsia Perindu.

Tidak adil bagi saya memperincikan segala yang berlaku dalam Rahsia Perindu kerana ini akan melenyapkan keinginan yang lain untuk membaca Rahsia Perindu.

Namun, saya akui daya kreativiti Ramlee sememangnya tinggi dalam merangka satu plot cerita yang begitu kompleks. Bukan mudah untuk membina sebuah plot dengan watak-watak yang mengalami tekanan jiwa dan perasaan. Konfliknya lebih kompleks. Jelas novel ini mempunyai latar belakang kajian yang amat mendalam - satu ciri yang sememangnya saya sukai dalam mencari novel yang bagus. Ciri ini juga saya dapati terserlah dalam novel-novel kegemaran saya yang lain seperti Arjuna Hati- Norzailina Nordin, Rindunya Semakin Membara -Noor Suraya dan Mahligai - Salina Ibrahim.

Kadang-kala, Rahsia Perindu mengingatkan saya kepada novel-novel Inggeris thriller yang juga membuatkan saya rasa teruja. Pun, begitu, Ramlee berjaya menarik saya menggemari karyanya dengan gaya tulisannya yang kemas, plot yang pantas dan karyanya yang memang mencabar minda saya. Syabas Ramlee!

Rating: **** ( Memang best dan berbaloi dijadikan koleksi peribadi)

Posted at 05:13 pm by carriekirana
Comments (3)  




Tuesday, May 24, 2005
Gemersik Kalbu - Anis Ayuni


Mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian boleh digapai?



Anis Ayuni mempunyai kelebihan beliau sendiri dalam mencipta mood yang sesuai pada permulaan cerita untuk menarik pembaca-pembaca setianya membaca karya ini. Seperti resepinya dalam Manisnya Cinta, Gemersik Kalbu juga mempunyai stail resepi Anis Ayuni yang sama.

Saya menyukai perkembangan cerita Gemersik Kalbu atas beberapa sebab:
  1. Gemersik Kalbu memaparkan kisah perjuangan guru yang mendidik anak bangsa. Satu plot cerita yang saya fikir wajar dijadikan sebagai contoh pengorbanan guru dalam bergelumang antara tanggungjawab terhadap anak didik mereka dan masyarakat sekeliling. Begitu besar peranan guru ditonjolkan dalam Gemersik Kalbu. Yang nyata di sini, Anis Ayuni mengikut satu prinsip penulisan yang saya rasa banyak menjadi panduan penulis-penulis novel - " Write what you know ". Dan biasanya, apa yang kita lebih ketahui ialah personaliti kita dan karier yang kita ceburi. Karier Anis Ayuni sebagai seorang guru dan pendidik terbukti digunakannya sepenuhnya untuk melakar suasana seharian di sekolah dan berjaya membawa saya menghidupkan kembali suasana persekolahan saya di mana cuaca panas melambatkan proses "serapan" ilmu pengajaran, kantin yang hingar-bingar, staff room yang tidak pernah sunyi dengan perbualan guru-guru mengenai keletah anak murid, ragam ibu bapa, sukatan kurikulum dan bebanan tugas memangku jawatan sebagai guru persatuan (Nota: Carrie tahu ini semua kerana Carrie membesar dalam suasana sekolah sebab mak Carrie pun seorang guru ).
  2. Watak Raihana yang mempunyai latar belakang yang agak menyentuh hati saya. Raihana dibesarkan oleh nenek lantas dia terasa tersisih dari perhatian ibu dan bapanya sendiri. Konflik kekeluargaan yang menjadi perkara lumrah dalam masyarakat Melayu. Garapan Anis Ayuni mengenai topik ini dalam Gemersik Kalbu mengusik emosi saya.
  3. Percintaan Raihana dan Wan Arifin yang saya kira agak romantis dan bersahaja. Tidak keterlaluan dan tidak terlalu sempoi.

Kekuatan Gemersik Kalbu ini saya kira terletak kepada garapan Anis Ayuni yang bersahaja. Saya sukakan stail tulisannya dalam novel-novel karyanya terdahulu dan terbaru ini. Namun, ada yang saya rasa kurang rencahnya. Kesimpulan kisah Raihana ini tidak begitu menarik emosi saya supaya menghayati kesudahannya. Ini juga saya dapati dalam Manisnya Cinta.

Saya rasa mungkin pada peringkat ini, Anis Ayuni sudah tidak "sabar-sabar" untuk menyudahkan kisah Gemersik Kalbu lantas tidak "mengendahkan" samada kisah ini akan meninggalkan bekas di hati pembaca. Saya juga agak terkilan dengan cara Anis Ayuni menangani konflik kekeluargaan yang dihadapi oleh Raihana. Saya rasa Anis Ayuni mampu mengolah konflik ini dengan lebih bermakna namun ianya tidak seperti yang saya harapkan.

Penghujung Gemersik Kalbu juga lebih bersifat "klise" sepertimana novel-novel cinta yang lain. Hanya satu kesudahan yang biasa saya baca dalam puluhan novel-novel lain. Ini cuma pandangan peribadi saya. Hanya penulis itu sendiri tahu keadaan moodnya di hujung cerita. Saya pasti jika Anis Ayuni kreatif dalam menyimpulkan "tali terakhir" dalam novel-novel beliau, pastinya novel-novelnya akan meletup.

Saya masih teringat betapa "Manisnya Cinta" namun "Gemersik Kalbu" juga tidak kurang hebatnya.

Rating:***1/2 ( Best jugak)

Posted at 08:20 am by carriekirana
Comments (11)  




Previous Page Next Page


CARRIE KIRANA

Kuala Lumpur
10 Julai/Cancer
Tulis, baca, masak, muzik, tonton wayang, melancong
Ungu, Maroon, Hijau Pucuk Pisang
Maggi goreng, nasi ayam, tiramisu, blueberry cheesecake
Ice lemon tea, green tea
Hubungi/sembang dengan saya di:carriekirana2@yahoo.com

Saya bukan siapa-siapa, hanya seorang hamba Allah yang mencari ruang di alam maya ini untuk melakukan satu perkara yang menjadi sebahagian daripada saya - menulis.


"BACAlah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia mencipta manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya." - Terjemahan Ayat 1-5, Surah Al Alaq.

"Books showed me there were possibilities in life, that there were actually people like me living in a world I could not only aspire to but attain. Reading gave me hope. For me, it was an open door."-Oprah Winfrey

"You know you have read a good book when you turn the last page and feel as if you have lost a friend"-Anonymous.

LATEST ADDITION TO MY TREASURE TROVE OF BOOKSTORES

Times Pavilion - This is a new bookstore in town for booklovers and of course my new favorite place to find books. Excellent promotion for members - get 3 books for 2 - on top of that 5% for each book on discount; a lounge for members to enjoy chilling out and free WiFi
Borders- If you are lucky, you can get three books for the price of two books - Worth going
Times KLCC - I like Times very much because of the 10% off if you are a member , new arrivals - you can enjoy up until 25%- worth going
Popular, Ampang Point - Even better, sometimes you can get 20% off selected titles or the new arrivals
Kinokuniya KLCC - Check out some good promotions they have - new arrivals 20% off if you purchase another book of the same value or less
Minerva, Jalan TAR - a haven for Malay novel enthusiasts, attractive 20% off the wide range of Malay novels of your choice
MPH, Midvalley Megamall- Paling kedekut - you can only get points and once in the blue moon, you will get the red carpet specials but being a member doesn't get you much discount like the rest.



Bacalah seribu buku jika anda mahu menulis sebuah buku.


aku menulis bukan kerna nama... di sini aku coretkan pengalamanku, menjadi Cinderella Cinta, mengembara ke alam-alam cinta yang dizahirkan oleh deretan novelis... adakalanya perjalananku dihiasi denganGurindam Jiwayang indah dan telus; Pada satu ketika, aku juga dilambungOmbak Rindu. Aku terasa betapa Manisnya Cinta Yang Terindah dan Hangatnya Asmara. Adakalanya, cinta itu menjadi tragis lalu ia menjadi Rahsia Si Perindu. Kadang-kadang, hatiku tercuit... terusik... mengenangkan Epilog Cinta. Bila sampai masanya, air mataku juga bisa mengalir... Sesekali, ayat-ayat cinta yang indah kusimpan, untukku menulis rasa hatiku dalam ... diari dan surat... emel ? barangkali. Sudah jauh pengembaraanku... Mencari erti Cinta di bawah Bulan Yang Berbisik... di sebalik Bayangan Rindu... kadangkala aku terasa Bagaikan sang Puteri... menelusuri Labyrinth kehidupan namun sejauh mana aku pergi...aku hanya tahu yang satu...bahawa Syurga cinta akhirnya letaknya Di hati. - Carriekirana



.



   





<< April 2014 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30














































Name :
Web URL :
Message :

















Counters




Layang-layang- Koleksi Sajak Carriekirana

Bookrack - Carriekirana's Reviews on English Novels

Carrie's Column

Kolum Bintang Carriekirana



****1/2
Setulus Setia Seindah Nama - Siti Hasneza Abdul Hamid
Moga Kau Mengerti - Lily Haslina Nasir
Epilog Cinta - Lily Haslina Nasir
Hatiku Di Harajuku - Ramlee Awang Murshid
Nyanyian Tanjung Sepi - Noorsuraya
Tunjukkan Aku Satu Bintang - John Norafizan
Cenderawasih - Fatinilam Sari Ahmad
Cemburu Seorang Perempuan - Siti Hasneza Abdul Hamid
Arjuna Hati - Norzailina Nordin

****
5 Tahun 5 Bulan - Hlovate
Andai Kumiliki Semalam- Syamimi Aminolah
Percayalah - Ruby Hazri
Buatmu Kekasih - Aisya Sofea
Secebis Kasihmu - Syamimi Aminolah
Hati Yang Terusik -Nia Azalea
Pergilah Lara - Nor Erny Othman
Belaian Jiwa-Nor Erny Othman
Takagi Sayang - Nor Erny Othman
Yang Terindah - Anis Ayuni
Angin Dingin Dari Utara - Siti Hasneza Abdul Hamid
Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Aku Cintai-Nor Erny Othman
Bagaikan Puteri-Ramlee Awang Murshid
Sempadan Tanpa Seri-John Norafizan
Rahsia Perindu-Ramlee Awang Murshid
Biru Ungu Cinta-Noorsuraya
Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim
Kesturi - Fatinilam Sari Ahmad
Mahligai-Salina Ibrahim
Rindunya Kian Membara-Noosuraya
Tiada Indah-Ras Adibah Radzi
Bisikan Kasih-Norhayati Abdul Malek
Rindu Yang Pergi-Fazie Hanna
Kasihku Abadi - Shanika Latisha
Selamat Tinggal Sayang - Ma Lee Chuswan

***1/2
Surat Ungu Untuk Nuha - Noorsuraya
Relevankah Aku Di Hatimu - Rnysa
Jangan Biarkan Aku Menangis - Norhayati Berahim
Syurga Di Hati - Salina Ibrahim
Lelaki Terakhir- Sabariah Araur
Kau Laksana Bulan- Aina Emir
Kasih Antara Kita - Aleya Aneesa
Tanpamu Di Sisi - Puteri Andalas
Getaran Rindu - Norzailina Nordin
...Dan Mimpipun Bersatu - Izza Aripin
Semalam Ku Bermimpi - Aina Emir
Sutera Biru - Nor Rafishah Md Hassan
Kau Kekasihku-Anis Ayuni
Satu Janji - Ramlee Awang Murshid
Suara Hati-Anis Ayuni
Bukan Cinta Biasa - Izzul Izzati
Megalomania - Fatinilam Sari Ahmad
Tanah Andriyana-Noorsuraya
Gemersik Kalbu - Anis Ayuni
Untukmu Hana-Salina Ibrahim
Cintamu Di Hati-Aida Adriani
Manisnya Cinta - Anis Ayuni
Sesuci Cinta-Aina Emir
Pesona Rindu-Sharifah Abu Salem
Tiga Wajah-Lamia Aimal
Kau Yang Satu-Nia Azalea
Bisikan Rindu-Mimie Afinie
Permata Hati-Ma Lee Chuswan
Suite 1908-Sri Diah
Selamat Malam Tan Sri - Sri Diah
Pergilah Sepi-Fauziah Ashari
Tak Seindah Mimpi-Sharifah Abu Salem
Air Mata Kasih-Norhayati Berahim
Ombak Rindu-Fauziah Ashari
Sehangat Asmara-Aisya Sofea
Cinta Pertama-Norhayati Berahim


***
Tiada Batasan Sayang - Norhayati Berahim
Rinduku di Angin Lalu -Norishah Abu Bakar
Lafazkan Cintamu - Aida Adriani
Janji Kasih - Sri Diah
Kembalikanlah Kasihku - Nazawati Abdul Manap
Adam & Hawa - Aisya Sofea
Demi Kasih Ini -Hasreeyati Ramli
Bahagia Itu Miliknya - Rozita Abdul Wahab
Cinta..Tiada Akhirnya - Fauziah Ashari
Emilya Zulaikha -Ariff Affandy
Dendam Yang Terindah-Fatinilam Sari Ahmad
Keranamu Ain-Noorsuraya
Harga Diri - CT Rohaya Abu
Mimpi Kita Serupa-Siti Hasneza Abdul Hamid
Dia Lebih Mengerti-Norhayati Berahim
Tak Seindah Impian-Haikal
Mencari Cinta-Leeya Meeyra
Asmara Yang Pertama-Nass Alina Noah
Pelabuhan Kasih-Lily Suriani
Nota Cinta Buatmu-Norhayati Berahim
Impian Kasih- Liza Zahira
Masih Ada Rindu-Mimie Afinie
Ria Qistina-Bikash Nur Idris
Jauh-Aisya Sofea
Setia Menanti-Fauziah Ashari

**1/2
Lagu Rindu-Ayu Emelda
Secebis Rindu- Alis Ashiqin
Rindu Berdetik Lagi - Zuraidah Othman
Nilai Cintamu-Eka Fahara
Saat Cinta Bersemi - Damya Hanna
Setulus Janji-Aina Emir
Seindah Memori - Ilani Mysara
Seharum Kasih-Aina Emir
Badai Di Hati-Fazie Hanna
Kabus Kasih - Eka Fahara
Seindah Derita-Norhayati Berahim

**
Sutera Kasih-Sirhan Ansari






Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed