 |
 |
 |
 |
 |
|
Monday, February 18, 2008
Judul: aA + bB Penulis: Hlovate Penerbit: Jemari Seni Genre: Cinta Romantis Bintang: ****
Sinopsis:
cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin
Inilah... sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.
Addin mengemukakan teorinya begini:
- membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
- membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak
7 tahun kemudian... Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera, yang bukan pilihan hatinya?
Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?
Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...
Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? ~ Benz
Setelah 5 Tahun 5 Bulan dan Gurindam Jiwa: Schubert's Serenade, Hlovate kembali mengasah penanya dengan trademark: gaya bahasa basah dan santai.
Tentang Hlovate:
Mula menulis di alam maya lalu dicungkil bakatnya oleh Jemari Seni dan dikemaskinikan kisah tulisannya untuk diterbitkan. Kisah Hlovate juga tergolong dalam kategori blook kerana asalnya daripada beberapa blog kepunyaannya dan daripada blog itu, Hlovate mempunyai kumpulan pengikutnya sendiri.
Mengapa Carrie suka novel ini?
-
Gaya penulisan Hlovate yang tulus. Hlovate banyak menulis mengikut gerak hatinya tanpa perlu akur pada struktur kaku penulisan. Itu juga membuatkan garapannya lain daripada kebanyakan kisah yang lain.
-
Plot - Kisah yang simple - benci tapi sayang, kahwin paksa tetapi sentuhan Hlovate dalam menggarap kisah-kisah di antara Addin dan Benz ada kalanya kelakar dan ada masanya "touching".
-
Mesej - Apa yang ingin dikongsi oleh Hlovate dengan pembacanya ialah kedewasaan manusia seiring dengan perjalanan masa. Dan, betapa dalam perjalanan itu, kita harus berbalik kepada asas utama kehidupan ini dijadikan.
Siapa yang akan suka novel sebegini ?
-
Tentunya peminat-peminat novel Hlovate. Karyanya kali ini masih lagi menyengat. Tapi, bagi Carrie, 5 tahun 5 bulan tetap berbisa.
-
Peminat novel "feel-good story".
-
Peminat novel yang sukakan kisah cinta yang simple dan tidak terlalu jiwang.
Dari kaca mata Carriekirana:
Seperti yang pernah Carrie tulis sebelum ini dalam ulasan 5 tahun 5 bulan, Hlovate unggul dengan signature nya tersendiri. Apa yang menarik perhatian Carrie ialah pengakuan Hlovate tentang kisah-kisah yang pernah ditulis dan diterbitkan oleh Jemari Seni. Hlovate bukan seorang insan yang suka membaca/menulis kisah cinta tetapi sentuhannya dalam menghasilkan kisah cinta berjaya membawa Carrie menghayati kisah cinta yang tidak perlu diungkap dengan kata-kata yang membelai jiwa tetapi masih mampu mencuit perasaan wanita Carrie. Kisah cinta yang bukan tipikal seperti yang sering Carrie baca dalam kebanyakan novel-novel yang pernah Carrie baca. Menakjubkan bagi seseorang yang melihat cinta, perasaan dari satu perspektif yang berlainan dan tidak begitu kompleks.
Tahniah Hlovate kerana menghasilkan "a feel-good story" yang mengajar Carrie tentang kehidupan.
Who says there's nothing more complicated than E=mc2? There's something much more complicated; it's called emotions.
Posted at 03:24 pm by carriekirana
Permalink
Monday, January 28, 2008
Jiwa Kacau - Geng Journal

Tentang Jiwa Kacau:
Jiwa Kacau ialah projek pertama Geng Journal - satu inisiatif untuk mengumpulkan entri-entri para blogger Geng Journal yang mengandungi nilai-nilai moral, kemanusiaan, dakwah, kejiwaan dan menerbitkan entri-entri berkenaan dalam bentuk yang bercetak. Jiwa Kacau dikategorikan sebagai sebuah blook. Blook ialah versi cetak daripada entri-entri blog di alam maya. Ianya adalah satu trend penerbitan masa kini yang mendokumentasikan buah-buah fikiran daripada blogger-blogger yang aktif menulis tentang kehidupan dan persekitaran di sekeliling mereka di alam maya. Usaha gigih blogger-blogger Geng Journal ini yang mengeluarkan duit sendiri untuk menerbitkan Jiwa Kacau ini adalah satu manifestasi kegigihan mereka untuk meletakkan nama-nama blogger selaras dengan nama-nama penulis lain yang sudah mempunyai edisi bercetak.
Ternyata medan blogging menjadi pilihan di mana semakin ramai penulis menggunakannya sebagai platform untuk mengasah bakat penulisan mereka, mencari kelompok pembaca setia yang bebas meninggalkan komen membina untuk memperbaiki stail penulisan mereka dan juga mencari peluang agar bakat mereka dapat diintai oleh pihak penerbit untuk peluang menjadi "published author". Pendek kata, blogging mendekatkan penulis blog dengan pembaca. Interaksi dua-hala membolehkan penulis blog mendapat maklum balas segera dari kelompok pembaca.
Kelebihan menulis di dalam blog ialah blogger yang mempunyai bakat penulisan bisa menarik golongan pembaca setia yang sering mengikuti penulisan mereka dan jika blook mereka diterbitkan, permintaan sedia ada akan menggerakkan penjualan novel bercetak mereka. Kelemahan menulis di dalam blog pula ialah, penulis blog yang berbakat terpaksa menghadapi risiko "penciplakan" idea daripada pembaca blog tertentu yang ingin mencari jalan mudah untuk menjadi popular dengan mencedok idea-idea yang dizahirkan oleh penulis-penulis blog ini.
Antara novel-novel yang sudah diterbitkan daripada e-novel (boleh juga dikategorikan sebagai blook) ialah Nyanyian Tanjung Sepi - Noorsuraya, Kasih Seharum Lavender - Eita Asyhta, Cinta Sang Pari-pari - Maya Adelia dan Awang Goneng Growing Up in Terengganu, sekadar menyebut beberapa blook yang saya tahu.
Mengapa Carrie suka blook ini?
1. Bakat penulisan yang begitu terserlah di kalangan blogger-blogger yang menyumbang entri mereka untuk Jiwa Kacau jauh menjangkaui "published author" yang sedia ada. Pihak penerbit perlu berusaha lebih keras untuk mencungkil bakat-bakat terpendam blogger-blogger ini yang hanya dapat dinikmati oleh segelintir sahaja pelayar web. 2. Stail penulisan yang "asli". Tahniah pada editor kerana menghormati cara penulisan blogger-blogger ini yang terserlah kreativitinya.
Dari kaca mata Carriekirana:
1. Tok Rimau (http://tokrimau.blogspot.com) - Tulisan yang jujur dan kadang kala sinis - menceritakan tentang apa yang ditimba dari kehidupan. 2. Mat Jan (http://jj.kroni.biz) - Tulisannya banyak mengandungi makna tersembunyi di sebalik humor yang diselitkan. 3. Bukunota (http://bukunota.blogspot.com)- Ringkas tetapi mendalam mesej yang cuba disampaikan. 4. Si Naga Origami (http://sinaganaga.blogspot.com) - Carrie sukakan tulisan Naga Origami ini. Begitu bersahaja tapi mencuit hati. Kebanyakan entri adalah dari kaca mata jujur seorang lelaki yang tidak berselindung daripada kekagummannya terhadap wanita. 5. Bluehikari (http://www.bluehikari.com) - Carrie kagum dengan bakat penulisan Bluehikari yang berjaya membawa Carrie "merasai" jiwanya dalam entri-entri terpilih beliau dalam Jiwa Kacau. 6. Dugongsenyum (http://dugongsenyum.blogdrive.com) - Entri-entrinya juga banyak menyelitkan elemen humor dalam mengupas pelbagai isu dalam kehidupan sehariannya. 7. Samurai Ghost (http://ahsuez.blogdrive.com) - Coretan tentang kehidupannya telus dan bersahaja. 8. Amyz (http://www.kroni.biz/amyz) - Amyz banyak menulis tentang pentingnya mempunyai perspektif yang positif dalam menjalani hidup ini. Carrie suka dengan perspektifnya yang melihat sesuatu dari sudut yang positif. 9. Rosram (http://rosram.diaryland.com) - Rosram memiliki stail penulisan deskriptif yang mampu membuatkan pembaca merasakan seolah-olah dia berada di dalam cerita yang dipaparkan. 10. Attokz (http://attokz.cjb.net) - Entri-entri Attokz banyak membicarakan tentang elemen-elemen kemanusiaan. Kelebihannya terletak pada kemahirannya memilih perkataan-perkataan yang mampu melukis pandangannya tentang isu-isu yang ditulis. 11. Abdullah Jones (http://abdullahjones.blogspot.com) - Blogger ini mencanai kehidupan dalam puisi-puisi ringkas tetapi menarik.
Siapa yang akan suka cerita sebegini?
1. Pelayar web yang suka membaca blog-blog 2. Pembaca yang mahukan kelainan dari sudut yang alternatif - selain dari mainstream books
Disclaimer: Isi kandungan Jiwa Kacau sesuai untuk bacaan golongan dewasa - Harap maklum.
Jika anda berminat atau teruja untuk mendapatkan senaskhah Jiwa Kacau, anda boleh layari laman web http://jiwakacau.blogspot.com kerana Jiwa Kacau tidak dijual di kedai-kedai buku utama.
Rating: **** (Kelainan yang menarik - meluaskan minda tentang pandangan bloggers merentasi ruang lingkup yang tipikal).
Posted at 06:41 am by carriekirana
Permalink
Monday, January 21, 2008
Kutemui Dikau Dalam Setiap Tahajudku - Desi Puspitasari
"Aku bukan mencari kekasih.... "Untuk bersenang-senang sementara saja." "Tapi yang aku cari ialah seorang imam yang sanggup membimbing aku dan keluargaku menuju jalan ke syurga."
Sinopsis Novel :
Susuk Airin yang berada di hadapan Agus berbeza sekali dengan gadis kecil yang pernah dikenalinya dahulu. Gadis itu memang cukup manis, ditambah dengan penampilannya yang bertudung membuatkan dia kelihatan begitu ayu. Jatuh cintakah Agus terhadap Airin...?
Namun, sungguh di luar dugaan, Airin menolak cinta Agus. Kenapa? Adakah kerana Airin telah memberikan hatinya kepada Dewa? Jika dibandingkan dengan lelaki berkereta itu, Agus memang kalah dalam segalanya. Tetapi, benarkah Dewa yang menjadi penghalang?
Untuk memiliki Airin, ternyata Agus harus berjuang untuk melunakkan hati ayah Airin. Berjayakah Agus? Masihkah ada kesempatan untuk Agus meraih Airin, meniti mahligai perkahwinan atau hanya tinggal angan semata-mata?
Dalam keadaan terumbang-ambing dan putus asa, Agus terus mencari dirinya. Namun, ketentuan daripada-Nya mengatasi segalanya .....
Tentang novel ini: Novel ini diterbitkan oleh PT Mizan, Indonesia, syarikat penerbitan kedua terbesar di Indonesia selepas PT Gramedia. PT Mizan bergabung dengan PT Litera dalam menjalinkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara, mempromosikan karya-karya dari PTS dan PT Mizan. Novel ini adalah novel pertama yang diterjemahkan oleh PT Litera dari Bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu untuk menggalakkan pertumbuhan pasaran novel sastera Islami di Malaysia.
Mengapa Carrie pilih novel ini? 1. Carrie sukakan tajuknya yang "catchy" - lebih kepada ciri Islami. 2. Gaya penulisan cerita cinta remaja yang santai. 3. Terjemahan novel ini masih lagi mengekalkan mood cerita dari Indonesia ini. 4. Mesejnya lebih berbentuk mengajak pembaca kembali menghayati kehidupan cara Islam. 5. Kreativiti penulis- terserlah walau dalam bentuk yang ringkas dan santai. 6. Perwatakan - Agus lebih menonjol wataknya dalam cerita ini - dan kisah ini banyak memfokuskan kepada perjalanan Agus mencari titik kesempurnaan dalam hidupnya.
Siapa yang akan suka dengan novel sebegini? 1. Mereka yang mencari bahan bacaan Islamik yang sesuai untuk remaja perempuan yang membesar. 2. Penggemar novel-novel sastera Islami - versi ini lebih kepada remaja dan tidak begitu berat seperti Ayat-ayat Cinta. 3. Mereka yang mencari kelainan dalam pembacaan.
Dari Kaca Mata Carriekirana
Di Indonesia, novel-novel sastera Islami telah lama menjadi popular, antara pilihan alternatif peminat buku daripada demografik rakyatnya yang begitu besar. Cuma, baru-baru ini sahaja, novel sastera Islami mula mendapat tempat sejak meledaknya karya Ayat-Ayat Cinta. Salah seorang penulis tanahair yang juga aktif menulis karya-karya sastera Islami ini ialah Faisal Tehrani yang mempunyai kelompok peminatnya tersendiri. Saya melihat perkembangan novel-novel sastera Islami ini sebagai satu trend pembacaan yang positif. Tentunya, ibubapa yang rajin membelikan bahan bacaan untuk anak-anak remaja mempunyai pilihan yang lebih meyakinkan daripada deretan novel-novel sastera Islami yang semakin mendapat tempat di Malaysia.
Rating: ***1/2 ( Sesuai untuk bacaan remaja)
Posted at 01:02 pm by carriekirana
Permalink
Monday, January 07, 2008
SELAMAT TAHUN BARU - 2008
Kepada semua pengunjung Novel Cinta Melayu, Carrie ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru. Semoga tahun baru ini menjanjikan sinar yang cerah untuk semua pembaca novel. Terima kasih kerana masih sudi datang ke sini walau Carrie jarang-jarang mengulas sejak kebelakangan ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Sempena tahun baru ini, Carrie cuba untuk menulis mengikut kaca mata yang baru. Pelbagai genre akan Carrie masukkan untuk tatapan ulat-ulat buku, insya- Allah, bukan sekadar novel cinta yang popular. Untuk tahun ini juga, Carrie hanya akan mengulas novel-novel yang Carrie suka sahaja dan simpan sebagai koleksi peribadi. Di samping itu, Carrie juga akan menyelitkan novel-novel yang Carrie rasa ada pengisian mendalam dan mesej yang jelas untuk pembaca hayati, tidak kira apa genre sekali pun, sastera tinggi atau picisan, berat atau ringan, remaja atau dewasa, cinta, thriller, kemanusiaan dan apa sahaja yang menarik perhatian Carrie. Carrie juga akan menyelitkan bahan bacaan alternatif yang biasanya tidak terdapat dalam pasaran "main stream" jika berkesempatan.
Carrie akan meletakkan kategori untuk setiap novel yang Carrie baca supaya peminat novel dapat mengagak jenis novel berkenaan sama ada ianya kisah cinta "fairy tale" atau kisah cinta kemanusiaan/kemasyarakatan, atau kisah cinta dalam pelbagai bentuk atau acuan.
Paling penting buat Carrie ialah novel berkenaan berjaya menyampaikan mesej penulis kepada Carrie. Bagi Carrie, kreativiti itu bagaikan sebuah laut yang luas.
Sekali lagi, Carrie ingin tekankan di sini, misi utama Novel Cinta Melayu iaitu untuk berkongsi maklumat tentang makanan jiwa yang boleh membentuk kita menjadi manusia yang lebih baik daripada hari semalam.
Carrie berpendapat semua penulis mempunyai misi yang sama - menyampaikan apa yang difikirkan dalam bentuk yang dizahirkan untuk mendidik masyarakat. Juga, semua pembaca mungkin mempunyai misi yang sama - mencari bahan bacaan untuk dijadikan sumber inspirasi dan motivasi, makanan jiwa yang membuka ruang minda untuk menganalisa kehidupan dari pelbagai perspektif yang berbeza.
Bagi membuka tirai tahun baru ini, Carrie memilih novel Imaen - Labyrinth sebagai koleksi peribadi novel Carrie. Selamat membaca!

Judul: Labyrinth Penulis: Imaen Penerbit: Jemari Seni Genre: Romantis-thriller Bintang: ****
Sinopsis:
Dunia Kamal dan Dani berbeza. Namun takdir telah mempertemukan mereka. Pembunuhan bersiri adalah 'lantai' untuk mereka saling mengenali; mencari jalan keluar dari labyrinth yang membelenggu mereka! Kamal Cinta dan rindu seperti kopi... pahit! Setia pula adalah gulanya. Kopi dan gula adalah kepahitan yang manis. Kenapakah cintanya sudah tidak bergula lagi? Dani Kadang-kadang dalam riuh di luar, di dalam begitu sepi. Seperti ada tembok yang memisahkan. Seperti gagalnya laut menakluki sungai dengan masinnya. Riuh itu laut dan Dani itu sungai...dan Maira? Maira Cintaku kepada-Mu adalah laut tanpa pantai... hujan tanpa awan. Rinduku kepada-Mu adalah mabuk tanpa anggur... makan tanpa kenyang!
Bahasa diamlah bahasa yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu soalan. Dalam diam ada seribu jawapan. Dan dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata, aku cinta padamu. Dan dalam diam juga orang boleh berkata, kita tidak lagi sehaluan. lalu diam yang bagaimanakah aku dan Maira? lalu diam yang bagaimanakah aku dan Natasya?
Seorang diri dia memasuki labyrinth... berjalan dan terus berjalan: jalan yang berselirat. Dia harus memilih, namun setiap pilihan adalah halangan, lalu dia mencipta jalannya sendiri. Dia tahu, pembunuh itu berada dekat dengannya. Siapa?
Tentang Imaen :
Imaen menerbitkan karya pertamanya "Vendetta" dengan Jemari Seni. Vendetta boleh dibaca dalam kumpulan cerita "Gurindam Jiwa" terbitan Jemari Seni juga.
Mengapa Carrie suka novel ini?
-
Gaya penulisan Imaen - Imaen mempunyai 'signature' beliau tersendiri. Penceritaan yang berdasarkan atas pertukaran kata ganti nama - antara kata ganti nama pertama dan kata ganti nama ketiga yang bersilih-ganti, membawa pembaca menyelami Labyrinth daripada dua kaca mata berbeza. Imaen ternyata mempunyai bakat semulajadi yang terserlah dengan senjata bahasa Melayunya yang mantap. Semasa saya mula membaca Vendetta, saya rasa seakan-akan Imaen adalah seorang penulis yang sudah berpengalaman. Penulisannya juga tidak mencerminkan gaya seorang penulis baru yang masih tercari-cari arah dalam penulisan. Tulisannya santai, mencuit hati. Imaen juga sudah menemui "voice" beliau sendiri dalam menggarap Labyrinth.
-
Plot - Imaen menggarap cerita ala-ala novel thriller Inggeris tetapi dia berjaya mewujudkan satu acuan cerita thriller dalam masyarakat Melayu sekarang tanpa ada unsur-unsur yang janggal.
-
Mesej - Novel Imaen banyak menyelitkan pandangan penulis yang sinis tetapi berlapik tentang apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Novel ini juga sarat dengan ilmu bantu, tetapi Imaen berjaya menggabungjalinkan fakta dan jalan cerita dengan kemas. Tulisannya banyak menyelitkan unsur humor tersendiri ala Imaen. Yang pasti, dalam arena Jemari Seni, Imaen diberi peluang untuk menonjolkan "jiwa"nya. Dan, itulah yang paling penting untuk penulis kreatif.
-
Bahasa dan kreativiti - Ini juga kekuatan Imaen yang dapat melonjakkan Imaen menjadi penulis yang dikenali. Kreativiti Imaen dalam menggunakan bahasa Melayu untuk menceritakan tentang Kamal, Dani dan Hanani memang menepati citarasa Carrie.
-
Perwatakan - Carrie suka dengan cara Imaen membangunkan watak Kamal dan Dani, terutamanya. Watak-watak yang bukan "picture perfect" tetapi masih berkesan untuk menggerakkan Labyrinth.
-
Daya intelektual dan imaginasi penulis - Imaen menggunakan daya intelektualnya dan daya imaginasi yang tinggi untuk mempersoalkan tindak-tanduk watak-watak yang diciptakannya. Berpandukan atas apa yang Carrie baca, Imaen mungkin banyak mendalami bahan-bahan bacaan dari pelbagai bidang kerana ianya begitu nyata dalam Labyrinth.
Siapa yang akan suka dengan novel sebegini ?
-
Peminat novel-novel genre romantis thriller ala-ala novel thriller Ramlee Awang Murshid.
-
Pembaca yang sukakan novel matang dan mencabar minda - novel ini agak berat kerana banyak menyelitkan unsur-unsur ilmiah.
-
Mereka yang mencari kelainan maka Labyrinth harus menjadi pilihan - novel ini tidak langsung menyerupai acuan biskut kisah cinta Uda dan Dara.
Dari Kaca Mata Carriekirana:
Pada pendapat Carrie, Imaen adalah seorang penulis yang mempunyai bakat semulajadi. Sebutir permata yang berjaya diintai bakatnya oleh Jemari Seni. Imaen tampak selesa menulis dalam genre romantis thriller dengan gayanya tersendiri dan eksperimennya untuk cuba menggarap cerita yang luar dari kebiasaan cerita Melayu tipikal membuahkan hasil yang positif walau bukan sempurna. Carrie sukakan cara Imaen membina klimaks cerita tentang siapa antagonis dalam Labyrinth, cuma di akhir cerita, kesimpulannya tidak mencetuskan impak yang Carrie harapkan.
Walau apa-pun, tahniah Imaen! Nama baru dalam genre romantis thriller yang Carrie rasa mampu membina kelompok pembaca setianya sendiri seperti Ramlee Awang Murshid dan Abdul Rahim Awang.
Posted at 06:47 am by carriekirana
Permalink
Monday, December 17, 2007
Cinderella Cinta - John Norafizan
Cinderella Cinta Creative Enterprise 2007
Novel ketiga John Norafizan yang berjudul Cinderella Cinta ini lebih banyak tertumpu pada perjalanan mencari cinta seorang wanita gigih - Lara Mia. Lara Mia, gadis kacukan Inggeris-Melayu, berjanji untuk sehidup semati dengan Edri di Pelabuhan Dover, Manchester pada awal cerita tetapi kehilangan Edri secara tiba-tiba membuatkan Lara Mia separuh nanar. Bersama Victor Adam, sahabat baik mereka yang juga menyintai Lara sepenuh hati, mereka menjejak Edri di bumi Pakistan yang sedang bergolak dengan perang saudara melalui pasukan Mercy Manchester.
Di Thalkot, Pakistan, Lara mengenal erti perjuangan untuk membebas diri daripada dikejar bayang-bayang Edri. Walau terpaksa mengharungi detik yang sukar di pergunungan Thalkot, Lara Mia tidak pernah jemu untuk mencari sang arjunanya yang disangka hilang di bumi Pakistan.
Misteri demi misteri terungkap di sebalik kehilangan Edri dan titik jawapan akhir ditemuinya semula di Pelabuhan Dover.
Kisah tentang cinta yang dilihat dari sudut yang kompleks dan juga berupa "signature" John Norafizan ini telah menyerlahkan bakat John dalam menggarap kisah yang mampu menyentuh perasaan saya terutama sekali pada hujung cerita. Kekuatan John sekali lagi terletak pada kebolehannya menggunakan perbendaharaan katanya yang kaya dengan perkataan-perkataan yang mampu menghuraikan perasaan Lara Mia sehingga ia berkesan di dalam hati pembaca.
Watak Lara Mia pula dibina kukuh tanpa menyerah kalah pada keadaan. Saya suka watak Lara Mia yang kental walau kadang kala Lara Mia juga tewas dalam permainan perasaannya sendiri.
Apa yang membuatkan cerita ini lain daripada lain ialah konflik dalaman Lara Mia yang digarap oleh John Norafizan dari awal hingga hujung cerita. Lara Mia banyak berdebat dengan akal dan perasaannya sendiri dalam menentukan tindakannya sama ada untuk terus mengejar cinta sejati atau akhirnya memilih pilihan yang dihadirkan untuknya.
Kreativiti John Norafizan begitu terserlah terutama di akhir cerita Cinderella Cinta. Itu juga antara keistimewaan John - bijak menyimpul tali-tali misteri yang dibiarkan tergantung sepanjang perjalanan Cinderella Cinta.
Cuma, ada juga insiden klise untuk menghidupkan episod akhir Cinderella Cinta.
Bagi saya, karya ini tetap istimewa seperti karya-karyanya yang lain. Peminat John Norafizan pasti akan merasa puas hati dengan Cinderella Cinta. Kisah matang ini lebih sesuai untuk mereka yang mahu mencari kepuasan berlainan dalam pembacaan ini.
Rating: ****(Memang bagus dibuat koleksi peribadi)
Posted at 04:42 pm by carriekirana
Permalink
Thursday, October 25, 2007
Andainya Ku Tahu - Puteri Andalas
Andainya Kutahu Puteri Andalas Khalysa Publications
Novel ketiga Puteri Andalas ini memaparkan masalah keluarga Sali Aida yang beribukan seorang Cina mualaf yang tidak disukai oleh nenek sebelah bapanya. Sali Aida terpisah daripada ibunya sejak kecil sejak ibunya bercerai dengan bapanya Zain. Lalu, Sali dibesarkan oleh neneknya dengan disumbat pelbagai cerita tentang ibunya yang murtad.
Kehadiran Sunny, abangnya yang berlainan bapa, membawa Sali kembali ke zaman dia menjalani kehidupan dengan ibunya, Jenny tetapi Sali tidak dapat menerima hakikat bahawa ibunya telah murtad.
Kewujudan perasaan cinta terlarang terhadap Sunny menjunamkan Sali ke dalam lurah perasaan yang tidak keruan. Mana mungkin dia jatuh hati dengan abangnya sendiri?
Puteri Andalas bijak menyimpulkan cerita "Andainya Ku Tahu" sehingga ianya meninggalkan kesan dalam hati saya walau setelah saya habis membacanya. Kreativitinya terserlah dalam bait-bait ayat yang digunakan. Sebuah cerita yang lain daripada kebanyakan cerita yang saya baca. Kisah yang boleh dijadikan iktibar kepada kita semua tentang erti sebuah kemaafan.
Cuma, sayang seribu kali sayang. Suntingan karya ini tidak begitu kemas sehingga sedikit sebanyak ia menjejaskan pembacaan saya. Dan, ada sesetengah bahagian dalam novel ini agak meleret dari plot utama.
Novel ini sesuai untuk pembaca matang yang mencari cerita sebuah kehidupan. "A feel-good story".
Rating:***1/2(Cerita yang lain daripada lain)
Mengekalkan stail penulisan seseorang penulis dan membuat suntingan ke atas karya beliau adalah satu garisan halus yang kadang-kala tidak bisa dilihat. Disebabkan kebanyakan peserta aktif dalam bidang penulisan novel dan penyuntingan novel adalah wanita, maka perasaan emosional kadang-kala menjangkaui sifat profesionalisme yang seharusnya diamalkan untuk terus bergerak jauh dalam bidang penulisan. Bagaimanakah agaknya kita membina kemahiran "emotional intelligence" ? Walaupun terdapat banyak perbezaan pendapat tentang EI, tapi ianya adalah salah satu konsep yang tidak boleh dipandang ringan.
Penulis berjuang keras untuk memastikan gaya penulisannya tidak dikorbankan apabila melalui proses penyuntingan. Editor pula kadang-kala tersepit di dalam dilema - antara kehendak penerbit yang inginkan konsep tertentu dan penulis yang bersengkang mata untuk menyiapkan karyanya. Apakah jalan penyelesaian yang boleh diambil untuk mengelakkan perselisihan faham ?
Sama ada bidang penulisan kreatif atau apa bidang sekalipun, penulis harus mempunyai perancangan strategik. Selidik dulu gaya penulisan anda dan jenis bahan yang anda suka tulis. Kemudian, lakukan kajian - penerbit manakah yang sesuai menepati citarasa penulisan anda ? Selepas itu, barulah anda menulis mengikut konsep yang diingini oleh penerbit-penerbit berkenaan.
Jangan tipu diri kita sendiri. Sebab utama kita menulis ialah tentunya untuk memperkembangkan daya kreativiti kita. Tetapi, pada masa yang sama, kita juga mahukan pulangan yang berbaloi di atas usaha keras yang kita curahkan.
Jika tujuan utama kita menulis adalah untuk kepuasan diri kita tanpa memikirkan pulangan kewangan, terdapat pelbagai kemudahan membangunkan blog dalam alam maya yang kita boleh gunakan untuk mengasah bakat penulisan kita dan berkongsi apa yang kita tahu dengan pelayar-pelayar blog. Itu sahaja jawapannya.
Penulis harus belajar menanamkan sikap terbuka terhadap teguran editor dan berusaha memperbaiki apa yang terkurang. Sikap putus asa tidak harus wujud. Pada masa yang sama, editor juga harus menghormati gaya penulisan penulis tetapi editor juga harus bersikap tegas tentang suntingan yang dibuat olehnya untuk memperbaiki kualiti karya, bukan hanya sekadar mengikut telunjuk penulis semata-mata - hanya kerana mahu menjaga stail penulisannya.
Di penghujung jalan, pembacalah yang mempunyai hak total sebenarnya. Hak untuk membeli produk yang berkualiti kerana pembaca yang mengeluarkan wang yang bukan sedikit untuk membeli produk berkenaan. "Customer is always right".
Dalam limpahan pilihan novel-novel di kedai-kedai buku, kadang-kadang ada terselit karya yang ditulis oleh penulis-penulis yang sangat berbakat. Tetapi ia umpama "looking for a needle in the haystack". Sayang, cerita-cerita yang bagus ini tidak menonjol kerana - penerbit tidak mementingkan kualiti "packaging", suntingan yang tidak berkualiti - lalu karya-karya ini terbiar sepi dalam setor, reput dimakan masa. Karya-karya ini selalunya hanya dijumpai oleh peminat novel yang sanggup mengambil risiko membeli karya-karya ini walaupun kulit novelnya tidak langsung merangsang pembeli yang lain untuk membelinya. Renung-renungkanlah.
Salam kasih sayang, Carriekirana
P.S. Yang tidak pernah jemu untuk mencari karya yang tidak ternilai harganya di pasaran. Tolong saya untuk mencari karya-karya "karun" ini supaya bisa saya paparkan di sini untuk dikongsi bersama. Insya Allah. Terima kasih.
Posted at 10:34 am by carriekirana
Permalink
Wednesday, October 24, 2007
Dari Meja Carriekirana - Tanggung jawab sebagai Pengulas Bebas
Assamualaikum,
Sejak kebelakangan ini, begitu banyak sekali laman-laman web resensi buku berbahasa Melayu ( tidak kira apa genre ) yang tumbuh bagaikan cendawan. Saya lihat pertumbuhan/kewujudan laman resensi buku sebagai satu trend positif dalam dunia buku berbahasa Melayu. Lebih kurang lima tahun dulu, amat sukar sekali untuk saya menjumpai laman resensi buku berbahasa Melayu lalu faktor itulah yang mendorong saya memilih genre novel cinta dan membina Novel Cinta Melayu. Dengan adanya beberapa laman web resensi buku yang juga membicarakan tentang genre-genre lain, ia sedikit sebanyak dapat memberikan pelbagai pandangan untuk pelbagai buku berbahasa Melayu yang ada di pasaran.
Mengulas sesuatu karya adalah salah satu cabang dalam bidang penulisan. Ia dikenali sebagai penulisan kritis ( known as critical writing ). Di dalam kurikulum universiti di Amerika Syarikat, kursus penulisan kritis ( course in critical writing ) adalah kursus yang wajib diambil oleh setiap pelajarnya tidak kira dalam apa jurusan sekali pun untuk menyiapkan diri mereka supaya mereka boleh menulis kertas kerja dengan lebih berkesan. Tanpa kemahiran penulisan kritis, adalah sangat sukar untuk lulus dalam pengajian ijazah pertama. Ini adalah kerana kurikulum universiti di Amerika Syarikat lebih bersifat holistik dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan semata-mata. Pelajar-pelajarnya harus menjadi "an all-rounder person" walaupun mereka kelak akan menjadi ahli perniagaan, pakar pemakanan, jurutera, ahli kimia, guru dan sebagainya. Oleh itu, subjek-subjek yang wajib diambil merangkumi bidang psikologi, sosiologi, fizik, kimia, biologi (bagi yang ambil Bachelor of Science), sejarah kemanusiaan dan penulisan kritis.
Saya tidak pernah menyangka, kursus-kursus penulisan kritis yang saya ambil di peringkat sophomore (tahun dua), junior (tahun tiga) dan senior (tahun akhir) banyak menolong saya dalam bidang pengulasan. Dahulunya, kursus-kursus itu terpaksa diambil untuk membolehkan saya lulus untuk ijazah pertama. Itu sahaja.
Untuk mengulas sesuatu karya, ada teknik dan prinsip tertentu yang perlu diikuti yang ingin saya kongsi bersama pembaca dan pengulas-pengulas yang lain. 1. Pengulas harus bersikap profesional (selagi boleh). Ini adalah paling sukar sekali untuk dilakukan kerana pengulas tetap adalah seorang manusia yang mempunyai perasaan dan pandangan tersendiri. Dalam erti kata lain, mengulas satu karya hendaklah lebih tertumpu kepada karya itu sendiri tanpa membabitkan serangan peribadi ke atas penulis. 2. Penulisan kritis harus melihat kekuatan dan kelemahan karya berkenaan untuk menjadikan tulisannya lebih professional. Tetapi ia kena seimbang. Jika pengulas lebih banyak menulis tentang kelemahan karya tersebut, maka ia adalah sangat jelas merupakan serangan peribadi ke atas penulis.
Mata pena lebih tajam daripada mata pedang. Pengulas harus juga memikirkan betapa kesan tulisannya memberi impak atas jualan novel-novel penulis. Kadang-kadang, kita terlepas pandang perkara-perkara ini kerana kita tidak tahu sejauh mana kesan tulisan kita terhadap jualan novel-novel yang telah diulas. Ini adalah kerana selalunya pengulas bebas tidak terlibat secara langsung dalam dunia penerbitan dan penjualan buku.
Pokoknya, tanya diri kita sendiri. Apa niat kita yang sebenarnya? Adakah kita mengulas kerana kita ingin berkongsi maklumat tentang apa yang kita dapat daripada karya itu ? Atau kita mengulas hanya kerana kita mahu melihat penulis itu memperbaiki mana yang kurang dalam karya mereka yang akan datang ? Atau kita mengulas kerana kita memang anti dengan novel cinta popular dan angka jualan yang melonjak naik sekaligus sedikit sebanyak menambah pendapatan penulis cinta popular ? Atau adakah kerana kita kecewa kerana novel sastera tinggi kurang mendapat perhatian dalam pasaran tempatan ? Rezeki ada di mana-mana. Selagi niat kita ikhlas memperjuangkan apa yang kita minat, insya Allah, pasti akan terbuka jalan untuk kita merealisasikan impian kita.
Kenapa saya timbulkan isu ini ? Kerana saya TIDAK GEMAR laman ulasan novel saya ini menjadi "landasan" pula untuk sebuah laman resensi buku lain yang ingin menangguk di air yang keruh untuk menghentam penulis yang dia tidak minat. Dan. saya juga tidak mahu terjebak dalam apa jua isi kandungan yang berbau negatif teramat. Untuk kali pertama, saya terpaksa mengeluarkan komen berkenaan daripada laman web saya, kerana saya tidak mahu mengutip "dosa" percuma atas tulisan orang lain setiap kali pengunjung laman web saya membaca komen itu di sini. Apa yang saya tulis dan papar di sini adalah tanggung jawab yang saya sanggup pikul kerana ia datangnya daripada saya sama ada buruk atau baiknya.
INI RUMAH SAYA. Kalau anda mahu menghentam penulis yang anda tidak suka dan memberitahu seantero dunia bahawa anda memang tidak suka karya penulis itu, lakukan saja di rumah anda. Itu rumah anda. Itu hak anda. Tapi, jika sampai copy and paste bulat-bulat ulasan yang anda buat di rumah anda ke dalam rumah saya, bukankah itu perbuatan melampau, namanya ? Maknanya, anda tidak menghormati saya sebagai tuan rumah.
Saya tidak dapat nafikan dalam dunia tanpa sempadan ini, semua orang bebas menyuarakan pendapat mereka. Tetapi, bila berada dalam dunia tanpa sempadan sekalipun, sebagai tanggung jawab seorang Mukmin yang diwar-warkan, maka kita juga harus menjaga adab dan etika seorang Mukmin. Iaitu, apabila kita melawat ke rumah seorang Mukmin yang lain walau di alam maya, maka kita harus memberi salam dan menghormati hak tuan rumah.
Setiap orang berhak untuk menyukai atau tidak menyukai seseorang penulis. Kita semua punya citarasa berbeza. Saya juga ada senarai penulis idola saya. Dan saya juga kadang-kadang kecewa dengan sesetengah novel yang saya baca kerana saya tidak menggemari stail penulisan sesetengah novelis. Tetapi, sejak kebelakangan ini, saya memilih untuk tidak memaparkan karya yang tidak saya sukai kerana saya sedar betapa besarnya impaknya pengulasan novel ke atas jualan novel-novel.
Pada peringkat universiti, saya dilatih untuk "membedah" karya-karya penulis Amerika dengan telus. Tetapi, budaya Amerika lebih terbuka terhadap kritikan membina. Malah Komandmen Pertama dalam Konstitusi Amerika memberi hak kepada setiap individu yang berada di negara berkenaan bebas menyuarakan pandangan peribadi tanpa sekatan tidak kira di mana ( walaupun sangatlah jelas hak kebebasan menyuarakan pandangan juga tidak sebebas mana di US sekarang ). Tetapi, budaya di Malaysia sangat berlainan. Orang Melayu lebih suka memberi kiasan atau sindiran untuk menyampaikan rasa tidak puas hati. Pendek kata, kritikan yang diberikan 'berlapik' tanpa kononnya menyinggung pihak yang dikritik terang-terangan. Bukan mudah untuk mengimbangi kedua-duanya. Bukan mudah juga membuat ulasan yang praktikal kerana kita sebagai manusia biasa kadang-kadang banyak menulis mengikut perasaan bawah sedar lalu maksud tersirat dalam tulisan kita terpampang jelas dalam blog kita tanpa kita sedari.
Saya mengalu-alukan komen-komen daripada pembaca-pembaca, tidak kira positif dan negatif, tentang novel yang mereka baca di sini. Tetapi, setakat ini mereka adalah pembaca-pembaca solo seperti saya yang tidak ada kepentingan tersirat. Mereka memberi komen atas dasar pengalaman mereka membaca. Dan, saya harap maklum balas daripada pembaca dapat dikongsi bersama untuk memperbaiki apa yang sedia ada. Itulah harapan saya mewujudkan landasan ini.
Wallahualam.
Salam kasih sayang, Carriekirana
Posted at 09:44 am by carriekirana
Permalink
Monday, October 15, 2007
Dari Meja Carriekirana - Selamat Hari Raya
Syawal menjelang lagi...membawa kita kembali kepada fitrah kita sebagai manusia di atas muka bumi kita ini.
Bermaaf-maafan, lupakan luka yang lalu, sambungkan kembali silaturrahim yang lama terputus tetapi berapa ramai di antara kita yang sanggup memaafkan orang-orang yang melorekkan luka paling dalam hati kita ? Sedangkan Tuhan Maha Pengampun, inikan pula kita manusia....Bila kita bertaubat dengan Tuhan, dosa kita dengan Tuhan Segala Pencipta akan terhapus dan pasti akan melepaskan kita menuju ke syurga tetapi dosa kita sesama manusia yang menghalang perjalanan abadi kita. Tetapi, kita bukan Tuhan....kita adalah manusia yang serba kekurangan..... Maka dugaan terhebat kita sebagai manusia ialah menggugurkan segala penyakit dendam bagi mengangkat darjat keimanan kita.
Bolehkah kita memaafkan orang yang melanggar kereta kita hingga remuk dan orang itu melarikan diri tanpa bertanggungjawab?
Bolehkah kita memaafkan kawan baik kita yang selama ini rupanya menikam kita dari belakang dan tidak boleh melihat kejayaan kita?
Bolehkah kita memaafkan orang yang membunuh satu-satunya anak yang kita sayangi atas alasan yang tidak masuk akal ?
Bolehkah kita memaafkan lelaki yang sangat kita cintai sehingga dia sanggup melukakan hati kita kerana ketidakjujurannya?
Bolehkah kita memaafkan seorang wanita yang tidak membalas cinta kita setelah segala wang ringgit telah kita habiskan untuk dia ?
Bolehkah kita memaafkan orang yang mempergunakan kita kerana kita ada berkepuk-kepuk duit di dalam bank lalu kita menaruh kepercayaan kepada dia untuk menguruskan duit kita?
Jawapan seorang manusia biasa - mana mungkin? Siapa dia untuk menghancurkan hidup kita ? Apa hak dia ? Lalu, kadang-kadang manusia sendiri menjadi seorang hakim, mengadili seorang manusia lain berdasarkan hukumnya sendiri. Lalu, terjadilah pembunuhan, penganiayaan, keganasan untuk menuntuk hak yang teraniaya.
Tapi kita lupa, kita harus kembali kepada fitrah kita sebagai manusia. Kita lupa, bahawa Tuhanlah yang paling berkuasa. Tuhanlah hakim yang paling Agung dalam kehidupan manusia. Maka, biarlah segala pengadilan dilakukan oleh-Nya. Doa orang teraniaya adalah doa yang paling cepat dimakbulkan oleh Tuhan. Setiap perbuatan jahat pasti akan dibalas dengan seadilnya oleh Tuhan. Kadang-kala musibah yang menimpa kita adalah kerana kita terpaksa (mungkin) membayar harga kesilapan yang dilakukan oleh ahli keluarga kita atau kita sendiri. Wallahualam.
Pada bulan yang mulia ini lagi diberkati, saya ingin menyusun sepuluh jari meminta maaf andai ada kata yang terkasar sepanjang saya mengulas dalam ruangan ini. Kewujudan Novel Cinta Melayu ini adalah , insya Allah, satu sumbangan kecil yang ingin saya berikan kepada peminat novel cinta Melayu dan kepada penulis amnya. Karya yang baik harus dikongsi bersama, karya yang tidak berapa menepati citarasa peminat novel bukanlah penyudah untuk satu pencarian.
Penulis yang berjaya ialah penulis yang tidak pernah putus asa. Karier seorang penulis adalah profesional bukan hanya melepaskan batuk di tangga. Menulis pula adalah satu ibadah jika kita pandai memilih bahan untuk ditulis. Tetapi, untuk menjadi seorang penulis yang berjaya, maka penulis harus melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu bantu. Penulis yang berjaya tidak akan hanya berpuas hati dengan satu karya. Penulis yang berjaya akan senantiasa berusaha memperbaiki kelemahannya tanpa rasa jemu.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua penerbit novel, penulis, peminat novel dan rakan-rakan saya...yang tidak jemu membaca tulisan saya di sini. Terima kasih kerana masih sudi datang ke sini...
Salam kasih sayang untuk semua, Carriekirana
Posted at 10:00 am by carriekirana
Permalink
Tuesday, October 02, 2007
Bulan Berbisik - Samsiah Mohd Nor

Sinopsis Novel:
Andai malam bisa merisik, pasti purnama akan berbisik. Berbisik tentang cinta...tentang derita..tentang madu....tentang hempedu. Menikmati keindahan purnama di sebalik jendela, Khadijah sedar bulan ciptaan-Nya penuh rahsia, bagai mengungkap rahsia dirinya. Bila rasa ngilu kian terasa, dia mengembara mencari diri.
Kusedari..betapa selama ini aku tertipu dengan bayang-bayang mentari, sedangkan rembulan sudah lama menghuni. Kuakui...mengujiku adalah mainan-Mu. Memberi juga adalah limpah kurnia-Mu. Mengambil juga adalah hak-Mu. Justeru, aku kian berani menempuh realiti ini.
Lalu, Khadijah mencari Aima. Mahu dilamarnya. Namun, di mana ? Aima Adawiyah mencari satu pengabdian tapi dia bertemu cinta. Cinta yang pernah dihumban jauh dari hidupnya. Hatinya jadi celaru, langit jiwanya berubah biru.
Di persimpangan, Khadijah dan Aima bertemu. Kedua-duanya mengusung makna cinta yang ketara berbeza.
Ujar Khadijah.... Jangan kau menangis perempuan...kerana lara itu. Menangislah kerana Dia yang telah menciptamu.
Akur Aima... Aku menangis kerana lanjurku. Yang kucari cinta bermata tapi sayangnya bertemu cinta nan buta.
Samsiah Mohd Nor adalah novelis yang dikenali pencinta novel dengan novel Tangisan Bulan Madu. Novel klasik yang seharusnya menjadi antara simpanan koleksi peribadi ini menjadi sebutan hingga kini tetapi saya masih belum berpeluang membacanya lagi. Kali ini, kehadiran "Bulan Berbisik" karya terbaru Samsiah Mohd Nor terbitan Alaf 21 bagaikan satu magnet yang menarik saya untuk menghayati tulisan Samsiah Mohd Nor buat pertama kalinya.
Keunggulan Samsiah Mohd Nor dari segi penggunaan bahasa kreatif yang dimilikinya tidak perlu saya rungkaikan di sini. Kehalusan bahasa beserta bunga-bunga bahasa yang indah menjadikan karya "Bulan Berbisik" sebuah novel yang tidak rugi dimiliki.
Samsiah memilih untuk membangunkan cerita dari sudut penghayatan watak utama, Khadijah, seorang isteri yang patuh kepada tuntutan keluarga. Monolog dalaman watak Khadijah banyak menggerakkan plot cerita yang menjurus kepada pergolakan perasaan seorang wanita yang diuji oleh Allah. Dalam Bulan Berbisik, Khadijah lebih banyak berdiskusi dengan dirinya sendiri tentang pergelutan emosinya dan kesan perubahan kelakuannya dengan keadaan sekelilingnya. Samsiah menjadikan Khadijah matang dalam Bulan Berbisik - daripada seorang isteri yang leka dibuai dengan mimpi siang hari hingga menjadi seorang isteri yang tersentak dari mimpi lalu cuba mencari jalan penyelesaian dengan mencari ketenangan di bawah lindungan Kaabah. Saya kagum dengan garapan mantap Samsiah dalam membina perwatakan Khadijah - mengharungi lautan ujian yang ditentukan-Nya.
Begitu bermakna sekali novel Bulan Berbisik yang penuh dengan pengisian jiwa seorang insan yang cuba membersihkan diri daripada penyakit hati yang sering menyerang kita sebagai insan biasa. Isu yang cuba diutarakan di sini ialah sanggupkah seorang isteri mengetepikan perasaan tamak untuk kasih seorang suami dan membenarkan seorang wanita lain berkongsi kasih yang asalnya juga datang dari Allah ?
Saya suka pembaharuan terkini yang dilakukan oleh Alaf 21 dalam menerbitkan novel-novelnya yang terkini iaitu cuba keluar dari "acuan biskut" kisah-kisah cinta yang berleluasa di pasaran. Selera pembaca sukar diduga. Pilihan semakin banyak. Mata menjadi rambang untuk memilih kisah yang terbaik. Akhirnya pembeli lebih akur membeli kisah yang mempunyai cover paling cantik antara kebanyakan pakej-pakej novel di atas rak. Walaupun, kisahnya tidaklah sehebat mana.
Saya sukakan Bulan Berbisik. Penulis yang gemar melakar cerita dengan penumpuan kepada pembangunan watak utama sebuah kisah harus mendapatkan Bulan Berbisik kerana ianya adalah contoh yang ideal bagaimana pembangunan watak utama boleh memberi kesan kepada gaya penceritaan yang akhirnya mampu menarik perasaan pembaca untuk terus mengikuti ceritanya. Novel ini lebih kepada sebuah realiti kehidupan. Sesuai untuk golongan pembaca matang yang lebih gemar memilih kisah-kisah yang lebih berpijak di atas bumi nyata. Tahniah, Samsiah kerana sebuah karya yang "berbisa".
Rating: ****1/2( Memang best!!!!)
Posted at 08:21 am by carriekirana
Permalink
Monday, September 24, 2007
Setulus Setia Seindah Nama - Siti Hasneza Abdul Hamid

Sinopsis Novel:
Betapa Rasullulah s.a.w. setia pada Khadijah, tiada seorang pun yang mampu mencapai takhta at-Tahirah dalam hati baginda s.a.w. Tidak juga Aisyah, isteri yang dicintainya. Rasullullah s.a.w. setia kepada semua isteri baginda, mengasihi setiap seorang dengan nilai masing-masing.....
Cinta itu untuk dirasa, bukan dijaja....
Aisyah telah bertanya..."Kenapa engkau sangat menyayangi dia ya Rasulullah sedangkan Allah telah menggantikan yang lebih baik daripadanya kepadamu?" Dan, Rasulullah telah menjawab, "Demi Allah, Dia tidak menggantikan kepadaku yang lebih baik daripada Khadijah, dia beriman denganku ketika semua orang kufur. Dia membenarkanku ketika semua orang mendustakanku. Dia memberikan hartanya kepada Allah dan Rasul-Nya ketika semua orang menahan harta mereka dan dengan dia jugalah aku mempunyai zuriat yang ramai."
"Saya mahu berkahwin seumur hidup....sepanjang hayat dan kalau diizinkan Allah, sampai ke akhirat," "Saya mahu perkahwinan saya menyatukan dua keluarga. Keluarga saya. Keluarga suami saya," "Dalam rumah tangga saya, saya mahukan seorang suami yang menjadi suami saya sentiasa...." "Sampai tua..saya mahu tidur dengan suami saya. Saya masih mahu dicium dan dipeluk. Biarlah...kalau fizikalnya sudah lembik longlai. Saya pun tua juga. Biarlah...kalau nafasnya sudah berubah bau dan rasa. Bukankah dia juga merasakan nafas yang berubah bau dan rasa daripada saya?" "Saya mahu berbual-bual dengan dia sepanjang malam. Mungkin pendengaran kami akan merosot...tak mengapa...kami boleh berbisik, boleh menulis di tapak tangan," "Begitulah.....konsep perkahwinan saya," Senyumnya.
"Saya perlukan awak, Nazo, seperti saya perlukan Ika. Dia 'Khadijah' saya dan awak, Nazo ialah 'Aisyah'. Kedua-duanya ada kedudukan sendiri dalam hati saya,"
Siti Hasneza Abdul Hamid. Dia adalah antara novelis kegemaran saya kerana karya-karyanya yang indah di kaca mata saya. Dia membawa saya ke satu alam Islami - mengenal cemburunya seorang perempuan, tentang mimpi yang serupa dan angin dingin dari utara. Lalu, saya juga belajar mengenali keindahan Islam di mata Siti Hasneza. Novel-novelnya yang lebih menjurus ke arah sastera Islami ini kebanyakannya meruntun hati saya apabila membacanya.
Setulus Setia Seindah Nama, karya terbaru Siti Hasneza dengan Pustaka Yamien ini sememangnya sebuah karya yang indah. Sebuah karya yang berlegar sekitar konsep perkahwinan yang seharusnya diletakkan di atas landasan Islam yang sebenar. Begitu halus mesej dakwah Islamiah yang ingin disampaikan oleh Siti Hasneza lantas membuatkan saya merasakan begitu banyak perkara berkaitan perkahwinan dalam Islam yang sering dipandang ringan oleh masyarakat Melayu pada amnya. Ceritanya amat mudah diikuti. Plot juga mudah. Tetapi, pengisiannya begitu mendalam berdasarkan sebuah kisah cinta agung yang menjangkau epik dan lagenda cinta sepanjang zaman. Kisah cinta agung Rasullulah s.a.w. terhadap Khadijah.
Uniknya karya Siti Hasneza kali ini ialah pembaca dibawa menyelami kehidupan keluarga keturunan Arab yang masih mengekalkan gaya hidup keturunan mereka di tengah-tengah masyarakat Malaysia. Pertuturan dalam Bahasa Arab yang diselangi dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu tidak sama sekali menjejaskan fokus pembaca untuk membaca karya Siti Hasneza.
Nazneen binti Ilyasa' mengendalikan sebuah pusat bimbingan tuisyen di Pulau Pinang. Seorang muslimah yang begitu tegas dalam menyerapkan nilai-nilai kehidupan Islam tulen dalam kehidupan sehari-hari ini tetapi masih tidak lagi menyahut sunnah Nabi yang satu itu iaitu berkahwin. Dia masih sendiri walau usianya semakin meningkat. Dia menolak baik lamaran-lamaran yang datang kerana prinsipnya yang begitu berbeza dengan prinsip lelaki-lelaki yang meminangnya. Ini menimbulkan kegusaran di hati Hakeem, adik lelakinya lalu Hakeem berusaha untuk mencari jodoh Nazneen melalui agensi pencari jodoh.
Begitu banyak ilmu yang dapat ditimba dari Setulus Setia Seindah Nama. Hatta, tajuk karya ini sendiri merujuk barangkali kepada pokok utama kisah ini - perkahwinan dan bagaimana konteks sebuah perkahwinan dikupas dalam persekitaran sebuah keluarga yang mengekalkan ciri-ciri Islam yang tulen tanpa dipengaruhi adat.
Rating:****1/2(Best sangat - pengisian mendalam tentang prinsip perkahwinan)
Posted at 07:50 am by carriekirana
Permalink
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
CARRIE KIRANAKuala Lumpur 10 Julai/Cancer Tulis, baca, masak, muzik, tonton wayang, melancong Ungu, Maroon, Hijau Pucuk Pisang Maggi goreng, nasi ayam, tiramisu, blueberry cheesecake Ice lemon tea, green tea Hubungi/sembang dengan saya di:carriekirana2@yahoo.com
Saya bukan siapa-siapa, hanya seorang hamba Allah yang mencari ruang di alam maya ini untuk melakukan satu perkara yang menjadi sebahagian daripada saya - menulis.
"BACAlah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia mencipta manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya." - Terjemahan Ayat 1-5, Surah Al Alaq.
"Books showed me there were possibilities in life, that there were actually people like me living in a world I could not only aspire to but attain. Reading gave me hope. For me, it was an open door."-Oprah Winfrey "You know you have read a good book when you turn the last page and feel as if you have lost a friend"-Anonymous. LATEST ADDITION TO MY TREASURE TROVE OF BOOKSTORES Times Pavilion - This is a new bookstore in town for booklovers and of course my new favorite place to find books. Excellent promotion for members - get 3 books for 2 - on top of that 5% for each book on discount; a lounge for members to enjoy chilling out and free WiFi Borders- If you are lucky, you can get three books for the price of two books - Worth going Times KLCC - I like Times very much because of the 10% off if you are a member , new arrivals - you can enjoy up until 25%- worth going Popular, Ampang Point - Even better, sometimes you can get 20% off selected titles or the new arrivals Kinokuniya KLCC - Check out some good promotions they have - new arrivals 20% off if you purchase another book of the same value or less Minerva, Jalan TAR - a haven for Malay novel enthusiasts, attractive 20% off the wide range of Malay novels of your choice MPH, Midvalley Megamall- Paling kedekut - you can only get points and once in the blue moon, you will get the red carpet specials but being a member doesn't get you much discount like the rest.
Bacalah seribu buku jika anda mahu menulis sebuah buku.
aku menulis bukan kerna nama... di sini aku coretkan pengalamanku, menjadi Cinderella Cinta, mengembara ke alam-alam cinta yang dizahirkan oleh deretan novelis... adakalanya perjalananku dihiasi dengan Gurindam Jiwayang indah dan telus; Pada satu ketika, aku juga dilambung Ombak Rindu. Aku terasa betapa Manisnya Cinta Yang Terindah dan Hangatnya Asmara. Adakalanya, cinta itu menjadi tragis lalu ia menjadi Rahsia Si Perindu. Kadang-kadang, hatiku tercuit... terusik... mengenangkan Epilog Cinta. Bila sampai masanya, air mataku juga bisa mengalir... Sesekali, ayat-ayat cinta yang indah kusimpan, untukku menulis rasa hatiku dalam ... diari dan surat... emel ? barangkali. Sudah jauh pengembaraanku... Mencari erti Cinta di bawah Bulan Yang Berbisik... di sebalik Bayangan Rindu... kadangkala aku terasa Bagaikan sang Puteri... menelusuri Labyrinth kehidupan namun sejauh mana aku pergi...aku hanya tahu yang satu...bahawa Syurga cinta akhirnya letaknya Di hati. - Carriekirana .
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
Layang-layang- Koleksi Sajak CarriekiranaBookrack - Carriekirana's Reviews on English NovelsCarrie's Column Kolum Bintang Carriekirana
****1/2 Setulus Setia Seindah Nama - Siti Hasneza Abdul Hamid Moga Kau Mengerti - Lily Haslina Nasir Epilog Cinta - Lily Haslina Nasir Hatiku Di Harajuku - Ramlee Awang Murshid Nyanyian Tanjung Sepi - Noorsuraya Tunjukkan Aku Satu Bintang - John Norafizan Cenderawasih - Fatinilam Sari Ahmad Cemburu Seorang Perempuan - Siti Hasneza Abdul Hamid Arjuna Hati - Norzailina Nordin
**** 5 Tahun 5 Bulan - Hlovate Andai Kumiliki Semalam- Syamimi Aminolah Percayalah - Ruby Hazri Buatmu Kekasih - Aisya Sofea Secebis Kasihmu - Syamimi Aminolah Hati Yang Terusik -Nia Azalea Pergilah Lara - Nor Erny Othman Belaian Jiwa-Nor Erny Othman Takagi Sayang - Nor Erny Othman Yang Terindah - Anis Ayuni Angin Dingin Dari Utara - Siti Hasneza Abdul Hamid Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Aku Cintai-Nor Erny Othman Bagaikan Puteri-Ramlee Awang Murshid Sempadan Tanpa Seri-John Norafizan Rahsia Perindu-Ramlee Awang Murshid Biru Ungu Cinta-Noorsuraya Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim Kesturi - Fatinilam Sari Ahmad Mahligai-Salina Ibrahim Rindunya Kian Membara-Noosuraya Tiada Indah-Ras Adibah Radzi Bisikan Kasih-Norhayati Abdul Malek Rindu Yang Pergi-Fazie Hanna Kasihku Abadi - Shanika Latisha Selamat Tinggal Sayang - Ma Lee Chuswan
***1/2 Surat Ungu Untuk Nuha - Noorsuraya Relevankah Aku Di Hatimu - Rnysa Jangan Biarkan Aku Menangis - Norhayati Berahim Syurga Di Hati - Salina Ibrahim Lelaki Terakhir- Sabariah Araur Kau Laksana Bulan- Aina Emir Kasih Antara Kita - Aleya Aneesa Tanpamu Di Sisi - Puteri Andalas Getaran Rindu - Norzailina Nordin ...Dan Mimpipun Bersatu - Izza Aripin Semalam Ku Bermimpi - Aina Emir Sutera Biru - Nor Rafishah Md Hassan Kau Kekasihku-Anis Ayuni Satu Janji - Ramlee Awang Murshid Suara Hati-Anis Ayuni Bukan Cinta Biasa - Izzul Izzati Megalomania - Fatinilam Sari Ahmad Tanah Andriyana-Noorsuraya Gemersik Kalbu - Anis Ayuni Untukmu Hana-Salina Ibrahim Cintamu Di Hati-Aida Adriani Manisnya Cinta - Anis Ayuni Sesuci Cinta-Aina Emir Pesona Rindu-Sharifah Abu Salem Tiga Wajah-Lamia Aimal Kau Yang Satu-Nia Azalea Bisikan Rindu-Mimie Afinie Permata Hati-Ma Lee Chuswan Suite 1908-Sri Diah Selamat Malam Tan Sri - Sri Diah Pergilah Sepi-Fauziah Ashari Tak Seindah Mimpi-Sharifah Abu Salem Air Mata Kasih-Norhayati Berahim Ombak Rindu-Fauziah Ashari Sehangat Asmara-Aisya Sofea Cinta Pertama-Norhayati Berahim
*** Tiada Batasan Sayang - Norhayati Berahim Rinduku di Angin Lalu -Norishah Abu Bakar Lafazkan Cintamu - Aida Adriani Janji Kasih - Sri Diah Kembalikanlah Kasihku - Nazawati Abdul Manap Adam & Hawa - Aisya Sofea Demi Kasih Ini -Hasreeyati Ramli Bahagia Itu Miliknya - Rozita Abdul Wahab Cinta..Tiada Akhirnya - Fauziah Ashari Emilya Zulaikha -Ariff Affandy Dendam Yang Terindah-Fatinilam Sari Ahmad Keranamu Ain-Noorsuraya Harga Diri - CT Rohaya Abu Mimpi Kita Serupa-Siti Hasneza Abdul Hamid Dia Lebih Mengerti-Norhayati Berahim Tak Seindah Impian-Haikal Mencari Cinta-Leeya Meeyra Asmara Yang Pertama-Nass Alina Noah Pelabuhan Kasih-Lily Suriani Nota Cinta Buatmu-Norhayati Berahim Impian Kasih- Liza Zahira Masih Ada Rindu-Mimie Afinie Ria Qistina-Bikash Nur Idris Jauh-Aisya Sofea Setia Menanti-Fauziah Ashari
**1/2 Lagu Rindu-Ayu Emelda Secebis Rindu- Alis Ashiqin Rindu Berdetik Lagi - Zuraidah Othman Nilai Cintamu-Eka Fahara Saat Cinta Bersemi - Damya Hanna Setulus Janji-Aina Emir Seindah Memori - Ilani Mysara Seharum Kasih-Aina Emir Badai Di Hati-Fazie Hanna Kabus Kasih - Eka Fahara Seindah Derita-Norhayati Berahim
** Sutera Kasih-Sirhan Ansari
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |