Tuesday, April 15, 2008
Cebisan Kenangan Pesta Buku 2008

Pada tahun ini, Carrie  pergi ke Pesta Buku setiap hari. Misi Carrie kali ini ialah untuk melihat kecenderungan pengunjung-pengunjung yang datang ke Pesta Buku. Sayangnya, Carrie tidak ada kamera untuk merakam detik-detik manis bertemu penulis-penulis di satu tempat yang sama.

Andrea Hirata

Andrea Hirata adalah satu fenomena baru di Indonesia dengan terbitnya Laskar Pelangi, Sang Pemimpi dan Edensor. Khabarnya, naskhah Laskar Pelangi sahaja sudah terjual 500,000 unit di Jakarta. Laskar Pelangi adalah sebuah tetralogi - novel keempat Andrea akan menemui peminat-peminatnya lewat bulan Mei ini - Maryamah Karpov.

Untuk memeriahkan lagi Pesta Buku Antarabangsa KL tahun ini, PTS membawa Andrea Hirata ke Kuala Lumpur (PTS memegang lesen terjemahan karya Laskar Pelangi di Malaysia). Jadual beliau agak padat dengan penampilan di radio dan TV sebelum muncul dalam diskusi buku Laskar Pelangi pada petang Sabtu lepas.

Apabila bersemuka dengan Andrea Hirata dan mendengar dia berbicara tentang karyanya, Carrie akhirnya tahu mengapa dia terkenal.

Dia memiliki ciri-ciri seorang penglipur lara. Carrie rasa pada zaman ini, jarang-jarang kita mendengar sesi penglipur lara - di mana seorang pencerita akan menceritakan sebuah kisah, lengkap dengan nada dan intonasi suara, pause, dan daya penarik yang akan mengikat pendengar-pendengarnya untuk terus mendengar ceritanya...kisah hatinya, perasaannya dan jiwanya terhadap karya yang diceritakannya itu. Semuanya dalam bentuk "live, unplugged version" hingga memukau sang pendengar. Itulah Andrea Hirata.

Gaya Andrea Hirata bercerita, tentang kisah kehidupannya sebagai seorang anak Melayu Belitong begitu menyentuh hati. Pastinya, jika Carrie dapat menghabiskan tetraloginya, tentu Carrie dapat lebih menjiwai kisah hidupnya.

Satu lagi ciri ialah kejujurannya, ikhlas terpancar dari matanya. Carrie rasa Andrea seorang yang pemalu tetapi oleh kerana populariti Laskar Pelangi yang meledak di Indonesia dan menyebabkan dia harus muncul di khalayak ramai sebanyak 168 kali (termasuk diskusi buku PTS - pertama di Malaysia), sifat malunya tidak begitu ketara.

Apa yang Carrie dapat simpulkan dari sessi ini, kejayaan novel Laskar Pelangi ini sebetulnya tidak pernah terduga oleh Andrea. Barangkali ketika dia menulis novel berkenaan, niatnya jujur - untuk mempersembahkan sebuah memoir buat pengorbanan gurunya Ibu Muslimah dalam mendidik sekumpulan Laskar Pelangi. Lalu, kejujuran itu terserlah dalam novel itu ketika ia diterbitkan dan perasaan, hati dan jiwanya bersatu dalam sebuah karya yang begitu menyentuh pembacanya.

Wallahualam.

Penulis dan Keyakinan Diri

Keyakinan diri (self-confidence) adalah aset penting untuk mengorak langkah lebih jauh dalam apa jua bidang termasuk penulisan.

"Saya rasa saya tidak pandai menulis....."

"Saya rasa saya tidak ada bakat...."

"Saya rasa saudari lebih hebat.."

"Saya rasa cerita saya tidak bagus.."

"Saya rasa takut dengan pengharapan tinggi daripada peminat..."

"Saya tidak yakin cerita ini akan jadi sehebat yang lain..."

"Saya rasa kecewa kerana......"

"Saya takut dengan komen-komen pembaca...."

Ini adalah ayat-ayat yang selalu saya dengar dari kalangan penulis tetapi ketahuilah bahawa ayat-ayat ini sebenarnya adalah ayat pembunuh semangat. 

Kepada penulis dan bakal-bakal penulis, jangan sesekali letakkan diri anda begitu kerdil di atas muka bumi ini. Yakin dengan bakat yang ada. Kejayaan sesebuah karya hingga angka jualannya melonjak naik bukan ukuran kejayaan kariernya. Itu adalah rezekinya yang ditentukan oleh Allah atas sebab kegigihannya, ketekunannya dan pengorbanannya. Yakin bahawa setiap apa yang kita lakukan ada rezeki masing-masing yang ditentukan oleh Allah. Cuma, mungkin adakala cepat dan adakalanya lambat.  

Jika kita asyik memandang kepada orang lain yang mencipta kejayaan demi kejayaan dan ada sekelumit rasa kecewa dalam hati kita kerana kita masih tidak mengecapi apa yang kita mahukan, kita tidak seharusnya patah semangat. Jadikan yang berjaya sebagai idola dan persiapkan diri kita dengan apa yang kita rasa kurang dalam diri kita sendiri.

Kita berhak menentukan apa yang kita hendak untuk hidup kita - sebagai seorang insan jua seorang penulis. Apakah matlamat kita sebagai seorang penulis? Apakah perjuangan kita?

Penulisan adalah kerjaya yang mulia dari zaman Tuhan mengajarkan manusia menggunakan pena. Penulisan adalah jambatan ilmu - lalu perjuangan jujur sebagai seorang penulis pasti akan diberkati. Dan, kejujuran itu bukan sahaja boleh dinilai hanya pada Allah

Penganjuran Pesta Buku dan Perkhidmatan Pelanggan

Penganjuran Pesta Buku kali ini memang mengecewakan. Pengurusan trafik yang "memaksa" pengunjung yang datang untuk pergi ke TR2 di seberang sungai kemudian naik kembali ke dewan utama adalah satu langkah yang tidak logik. Kebanyakan yang datang membawa bayi dan anak-anak kecil. Saya tahu ianya berlaku kerana gerai-gerai di TR2 membuat aduan bahawa tidak ramai yang datang ke seberang sungai melihat gerai-gerai di sana. Kebanyakan pengunjung berlegar di TR3 dan TR4 kerana di situlah terkumpulnya gerai-gerai yang "happening". Penganjuran kali ini tidak mengambil kira satu aspek: keselesaan pengunjung dan pembeli.

Dalam bidang perkhidmatan pelanggan, keselesaan pelanggan mesti jadi prioriti nombor satu. Tidak ada kompromi. Di Malaysia, terus-terang saya katakan, keutamaan dan keselesaan pelanggan tidak pernah diletakkan di tangga nombor satu. Kebanyakan kita lebih akur dengan kehendak pengedar/penjual. Hak-hak asasi konsumer sering diperlekehkan. Saya juga ada pengalaman pahit sebagai seorang pembeli. Tidakkah seorang promoter/penjual/pengedar itu sedar gaji yang diperolehi setiap bulan itu datangnya dari wang poket pelanggan?

Dalam kes pengurusan trafik yang tidak efisyen, saya belas melihat mereka yang sanggup datang berasak-asak ke Pesta Buku, membawa anak-anak dalam keadaan yang pengap dan sesak kemudian dipaksa pula menuruni jambatan dan kemudian naik kembali tercungap-cungap ke TR3 dan TR4 hanya kerana untuk memenuhi permintaan gerai-gerai TR2 yang kurang pengunjungnya. Ia menjadi satu dilema - ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Jadikan apa yang berlaku sebagai tauladan untuk pihak penganjur bersiap-sedia merangka strategi untuk Pesta Buku akan datang. Kita hanya ada satu sahaja Pesta Buku terbesar setahun - Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ini. Di sinilah tempat di mana sejarah terbina - ilmu dinobatkan, penulis diraikan sebagai insan istimewa dan perkenalan antara penulis dan pembacanya dijadikan kenang-kenangan.  Ianya cukup sentimental bagi semua pencinta buku termasuk saya.

Wallahualam.


Posted at 05:48 pm by carriekirana
Comments (3)  




Friday, April 11, 2008
Sempena Pesta Buku (5) - Alaf21,Buku Prima, Al Ameen

Hujung minggu ini adalah kemuncak Pesta Buku. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk memperkenalkan buku-buku baru.
Entri kali ini berkisar tentang Alaf21 dan Buku Prima:

Alaf 21

Alaf 21 adalah "market leader" dalam penerbitan novel-novel cinta popular. Nama Alaf 21 sinonim dengan novel cinta popular yang diterbitkan. Judul-judul semakin bertambah dan kemunculan novelis-novelis baru mempelbagaikan lagi produk-produk untuk Pesta Buku ini. Sasaran Alaf 21 tentunya remaja dewasa hingga awal dewasa. Tetapi, ada juga beberapa penggemar dewasa yang membesar dengan Alaf 21 dan penulis-penulis "otai" seperti Ramlee Awang Murshid, Aisya Sofea, Anis Ayuni, Norzailina Nordin dan Damya Hanna. Alaf 21 juga sinonim dengan rangka cerita yang ringan dan santai.

Koleksi Carrie pada musim Pesta Buku ini ialah:



Buku Prima

Buku Prima juga merupakan anak syarikat Karangkraf yang menerbitkan novel-novel popular. Carrie ada pengalaman kecewa sedikit membaca satu karya Buku Prima dulu lalu Carrie agak berat untuk membeli Buku Prima. Namun begitu, ada desas-desus mengatakan Buku Prima semakin mengancam dan novel-novel yang laju disambar oleh pembeli novel ialah:


Hanya Dikau - Ebriza Aminuddin
Plain Jane

P.S. Teruja juga Carrie.


Al-Ameen

Tidak banyak yang Carrie tahu mengenai Al-Ameen. Cuma kebelakangan ini, penerbit ini juga rajin menerbitkan buku bacaan umum ala-ala PTS. Bagi para penulis, bakal penulis, Carrie memang syorkan dapatkan:

Karya Kita Hak Kita - Nisah Haron - bagi panduan tentang hakcipta.
Panduan Karya Nan Indah - Faisal Tehrani - bagi panduan tulisan kreatif.


Jumpa di sana!

Posted at 11:15 am by carriekirana
Comments (92)  




Thursday, April 10, 2008
Sempena Pesta Buku (4) - PTS Publishers

Kali ini, Carrie mahu berkongsi maklumat tentang:

PTS
PTS adalah salah satu penerbit yang begitu aktif menerbitkan bahan bacaan untuk segenap lapisan masyarakat. Moto "Memandaikan Bangsa" banyak menggerakkan PTS tanpa jemu menerbitkan bahan-bahan bacaan untuk pengetahuan dan hiburan dengan harga yang berpatutan. Bagi yang sukakan novel jibunsyi(biografi orang biasa), novel-novel remaja dan sci-fi, hikayat, cerita rakyat, boleh berkunjung ke PTS.

Ada beberapa produk PTS yang menarik perhatian Carrie untuk menambah koleksi:


Sinopsis:
Salju Sakinah sebuah novel yang masih membumbukan secebis kisah cinta namun tetap mesra dan tepu dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik dan sosial yang digauli wataknya. Novel Islami ini menyorot ketabahan watak Sumayyah, siswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya.


Tetralogi Laskar Pelangi oleh Andrea Hirata- Penulis yang semakin dikenali dari Indonesia. Setakat ini baru ada tiga. Terujanya Carrie nak baca karya penulis ini.


Pelbagai novel remaja yang menarik perhatian Carrie juga.


Corat-coret Pesta Buku:

Pada satu waktu dahulu, penulis/sasterawan adalah merupakan golongan yang penuh misteri. Biasanya, mereka mengasingkan diri, selalunya pemalu dan tidak suka mendedahkan identiti mereka kepada pengikut setia karya-karya mereka kerana mereka lebih selesa begitu. Pencinta buku membesar dengan hanya mengetahui nama penulis, sedikit biodata dan karya-karya mereka. Itu sahaja.

Tetapi, arus perubahan yang pantas bukan sahaja melanda profesion lain tetapi juga profesion penulisan. Bidang penulisan dilihat sebenarnya sebagai bidang profesional dan penulis-penulis dianggap sebagai golongan istimewa kerana walau hanya untuk menggarap sebuah novel remaja ringan sekalipun, penulis-penulis terpaksa memerah otak untuk menggabungjalin plot, jalan cerita, gaya penceritaan bagi menghasilkan sebuah karya.

Untuk hidup sebagai seorang "survivor" terutama sekali dalam bidang penulisan khasnya pada hari ini, penulis juga perlu melengkapkan dirinya dengan membuat perubahan. Tidak semua penulis berani untuk berubah.Tidak semua penulis berani menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran dan ragam pembaca yang sering kali memeningkan kepala. Kehendak pembaca hari ini lebih kompleks. Lalu, penulis  sebenarnya harus mempunyai visi dan misi yang jelas untuk perkembangan kariernya. Jawapan itu hanya ada dalam diri penulis itu sendiri.  Penulis mempunyai tanggungjawab berat untuk memperbaiki apa-apa kekurangan yang dilihat supaya lebih berhati-hati pada masa depan. Penulis juga perlu bersiap-sedia dengan telinga kualinya - mendengar komen pembaca-pembaca yang tidak bertapis kadang-kadang. Penulis perlu belajar mendidik diri sendiri supaya tidak cepat merajuk tapi cepat-cepat bangun, berkarya kembali tanpa putus asa. Menguruskan emosi sendiri bukan perkara yang mudah kerana ia melihatkan perasaan yang subjektif tetapi ia masih boleh dilakukan.

Pada pandangan peribadi Carrie, sepanjang perbualan bersama mereka yang Carrie temui di pesta buku, Carrie dapati penulis best-seller mempunyai sifat-sifat ini:
1. Peramah dan suka berinteraksi dengan orang ramai
2. Penampilan yang menarik, gaya yang sesuai dengan dirinya sendiri.
3. Berfikiran terbuka dan konstruktif, berminat untuk mengetahui respons pembaca supaya apa-apa kekurangan akan cepat diperbaiki dalam karya akan datang.
4. Tidak mudah berkecil hati sebaliknya melihat setiap yang berlaku dari sudut yang positif.
5. Tidak mudah melompat dari satu penerbit ke penerbit yang lain.
6. Tidak banyak kerenah dengan penerbit dan editor. Mudah bekerjasama dengan penerbit dan editor, berbincang secara terbuka tentang apa-apa yang perlu diperbaiki baik dari segi cerita, suntingan dan kebajikan penulis untuk memastikan produk yang ditulis dapat memenuhi kehendak pelanggan. Dalam erti kata lain, penulis harus menjadi seorang "team-player" yang hebat.
7. Memiliki senjata yang kukuh - kemahiran Bahasa Melayu yang tinggi dan bijak mengolah/memilih frasa ayat yang berkesan.
8. Mempunyai lawan web/blog sendiri yang aktif - ini penting untuk menjana permintaan terhadap buku penulis.
9. Tidak besar kepala, tidak terlalu cerewet atau "syok sendiri" - penyakit inilah yang selalunya akan membunuh karier kebanyakan penulis secara diam.

Carrie benar-benar tabik dengan penulis-penulis yang dikenali ramai kerana karya-karya mereka yang mantap dalam genre mereka tersendiri. Jadikanlah mana-mana mereka yang anda minati sebagai idola untuk membina karier anda sendiri. Mereka semua berkongsi sifat-sifat positif yang sama - sifat-sifat positif yang hanya ada pada orang-orang yang cemerlang.

Carrie berpendapat, jika penulis ingin bergerak jauh dalam kariernya, dia perlu memecahkan tembok yang tinggi di antaranya dan penggemar buku. Dalam zaman ini, ia adalah satu langkah yang tidak dapat dielakkan.  Penulis zaman sekarang juga harus berfikir di luar bidang penulisan. Dia harus mengganggap dirinya juga seperti seorang peniaga. Bukan sekadar menulis saja. Penulis tidak harus bergantung sepenuhnya kepada penerbit untuk promosi tetapi di samping itu membuat banyak inisiatif supaya diri lebih dekat dengan pencinta buku dengan mempromosikan bukunya sendiri. Penulis sekarang juga harus berfikir tentang target jualan karyanya untuk satu-satu jangkamasa.

Carrie lihat begitu banyak sekali novel-novel/buku-buku yang diterbitkan dewasa kini. Persaingan semakin sengit. Carrie sendiri berada dalam dilema untuk memilih buku mana untuk dibeli dan dibaca. Jadi, apakah strategi yang perlu dicipta oleh penulis untuk memastikan karyanya diterima/dilihat orang? Promosi! Promosi! Promosi! Sentiasa yakin dengan karya yang dihasilkan dan rapatkan jurang antara penulis dan penggemar buku. Insya Allah.

Wassalam.

Posted at 10:26 am by carriekirana
Comments (3)  




Wednesday, April 09, 2008
Sempena Pesta Buku (3) - KarnaDya

Untuk kali ini, Carrie paparkan maklumat tentang:

KarnaDya Solutions
KarnaDya ditubuhkan oleh novelis yang dikenali ramai melalui novel sulungnya Sesuci Cinta yang dilatari oleh Istana AlHambra, Sepanyol. Setelah tiga novelnya diterbitkan oleh Alaf21, Aina berubah angin dengan membuka syarikatnya sendiri yang menerbitkan karya-karyanya dan karya-karya novelis Mimie Afinie. Buat masa kini, KarnaDya cuba menerbitkan pelbagai bahan bacaan terutama sekali untuk disasarkan kepada awal remaja (9-15 tahun), remaja dewasa (15-21) dan dewasa (21 ke atas). Selain daripada itu, sempena Pesta Buku, Aina Emir juga muncul dengan novel thriller pertama beliau - Perempuan Ini Lelaki Itu dengan menggunakan nama pena Jenna Jehan (watak yang dipetik dari Kau Laksana Bulan).

Novel-novel terbaru bagi peminat-peminat Aina Emir dan Mimi Afinie:


HANYA KITA BERDUA

-Aina Emir-

Hanya Kita Berdua akan membawa anda ke sebuah pekan kecil di persisiran pantai negeri Perak. Di sana anda akan temui Najla Haifa dan keluarganya yang kaya. Anda juga akan temui Adil, remaja yang tidak setaraf dengan Najla. Malangnya, satu peristiwa telah berlaku dan memisahkan mereka berdua.

Pertemuan dengan Danni seorang lelaki romantis lagi penyayang telah mengubah hidupnya. Berjayakah Danni untuk menjadikan Najla isterinya dan apakah pula rahsia yang sekian lama terselindung dan mencemarkan nama keluarga gadis itu?

Sebuah novel berunsur kekeluargaan, sarat dengan pertelingkahan dan dendam berpanjangan, namun mempunyai plot cerita yang romantis, terselit unsur humor dan penuh dengan persoalan.



Novel thriller pertama Aina Emir yang menggunakan nama pena Jenna Jehan.


KALAU ADA JODOH

-Mimie Afinie-

Tiada sesiapa mahu sengsara. Tiada jua yang inginkan derita. Namun takdir Tuhan tiada siapa yang mampu menepis? Marini terpaksa mengharungi sebuah kehidupan yang berdepan dengan onak dan duri hinggalah dia menumpang di rumah kakaknya. Di sanalah perjalanan hidupnya mula berubah. Tiba-tiba sahaja dia bertemu dengan Pyan, lelaki yang punyai personaliti yang jauh beza daripada apa yang ada dalam kotak fikirannya. Pun begitu, Faris tidak pernah melupakannya. Kesilapan yang pernah dilakukannya mahu dipulihkan semula.

Kalau Ada Jodoh merupakan sebuah novel yang penuh dengan plot humor, ada yang menyentuh perasaan dan tentunya akan menghiburkan pembaca sekelian.


Dari Kaca Mata Carriekirana:
Teknik jualan buku-buku ensiklopedia dan kursus-kursus bahasa Inggeris seperti yang diamalkan oleh jurujual-jurujual semasa Pesta Buku adalah teknik jualan yang lapuk dimakan zaman. Berapa peratuskah jualan yang diperolehi daripada teknik jualan stereotaip ini?

Bagi Carrie, teknik seperti menghalang laluan pengunjung-pengunjung pesta, mengejar pengunjung-pengunjung yang berjalan jauh dari booth dan memaksa pengunjung-pengunjung berhenti di gerai mereka adalah teknik yang bukan akan menambahkan jualan tetapi sebaliknya akan mencetus perasaan fobia di kalangan pengunjung-pengunjung dan membuatkan mereka semakin menjauhi gerai-gerai sedemikian. Adakah ini yang dimahukan oleh penjual-penjual buku berkenaan?

Pembeli/pencinta buku adalah pelanggan yang paling sukar untuk dipenuhi kehendaknya. Rata-rata mereka terdiri daripada orang-orang yang mempunyai ilmu dan berhemah tinggi. Mengeluarkan beratus-ratus ringgit untuk membeli buku-buku yang akhirnya akan disusun di dalam almari buku tidak akan dilakukan oleh kebanyakan orang kecuali jika mereka benar-benar ulat buku/pencinta ilmu.

Buku adalah antara produk-produk kompleks untuk dijual. Kepuasan pembaca tidak boleh diukur dengan kayu pengukur. Ia adalah subjektif. Bagaimana mahu meyakinkan seorang bakal konsumer supaya membeli buku-buku yang diterbitkan oleh syarikat anda?

Pertama sekali, individu-individu yang menjaga gerai-gerai buku (promoter buku) harus mempunyai pengetahuan produk yang mendalam tentang buku-buku yang dipamerkan. Mereka harus tahu bagaimana untuk berinteraksi dengan para pengunjung tentang produk yang ditanya oleh pengunjung-pengunjung berkenaan. Namun begitu, ada yang sekadar jadi tukang jaga sahaja dan kadang-kadang menunjukkan muka "blank" apabila Carrie tanya tentang keistimewaan sesebuah karya.

Suasana yang mengecewakan ini bukan sahaja berlaku di pesta buku tapi di mana-mana sahaja kedai buku di Lembah Klang ini. Jadi, mengapa mereka bekerja di kedai buku atau dengan syarikat buku? Mungkin hanya untuk mendapatkan duit lebih?

Promoter buku yang juga pencinta buku akan terserlah kecintaannya pada ilmu dan mesej yang dibawa oleh sesebuah buku. Aura itu dengan sendirinya akan terpancar dari penampilannya. Dia juga sanggup bersusah-payah memastikan pengunjung-pengunjung yang datang mendapatkan maklumat yang diinginkan. Tidak lokek menghadiahkan senyuman di samping mempunyai sifat budi bahasa yang tinggi. Dia menjalankan peranan sebagai seorang "penasihat/konsultan" dalam membimbing pengunjung untuk mendapatkan apa yang dimahukannya dan komited untuk melakukan lebih daripada tugas asasinya.

Penerbit buku WAJIB mengadakan satu seminar "product knowledge" untuk semua promoter-promoternya semasa pesta buku supaya promoter-promoter ini tidak kelihatan terpinga-pinga apabila para pengunjung bertanyakan soalan yang selain daripada tajuk buku dan siapa penulisnya.

Salam dari,
Carriekirana

P.S. Carrie sedikit kecewa dengan layanan seorang promoter Karangkraf berbadan besar itu yang menjaga ruang majalah di ruang legar PWTC pada satu petang semasa Pesta Buku. Carrie singgah di gerai majalah untuk mendapatkan majalah Rasa. Carrie tahu dia nampak Carrie datang menjinjing beg-beg plastik yang sungguh berat dengan buku-buku yang Carrie letak di tepi kaunter sebelum Carrie meletakkan majalah di atas kaunter. Sebab, dia duduk di atas kerusi di tepi kaunter. Tetapi, dia dengan muka tanpa perasaan menyuruh Carrie beratur seperti orang lain. Lalu, Carrie terpaksa berdengih-dengih menghela semua beg plastik itu  ke hadapan kaunter pula. Memang dugaan betul untuk Carrie pada masa itu. Beginikah layanan kepada seorang pembeli? Carrie faham orang muda selalunya tidak prihatin dengan benda-benda sekecil itu. Agaknya dengan pembeli lain macam mana pula ? Alternatif - Apa salahnya Carrie letak majalah Carrie itu ikut giliran  dan apabila tiba giliran majalah Carrie, Carrie bayar dari tepi kaunter sebab siapalah nak jaga beg-beg plastik Carrie yang banyak itu? Kalaupun Carrie letak beg yang banyak itu di hadapan kaunter pula nanti mengganggu orang lain yang mahu membayar. Keesokan harinya, promoter yang sama begitu ceria mempelawa pelanggan-pelanggan masuk ke gerai Karangkraf. Hmmmm....

Pengajaran buat Carrie -
Bawa beg sandang lain kali supaya tidak perlu jinjing banyak beg plastik.
Bawa teman supaya dia boleh tolong bawakan beg-beg plastik Carrie itu sementara Carrie membayar di kaunter.

Itulah sedikit sebanyak coretan ragam manusia di Pesta Buku.

-Budi-bahasa yang tinggi tidak dapat dibeli dengan wang ringgit-

Posted at 01:24 pm by carriekirana
Comments (2)  




Tuesday, April 08, 2008
Sempena Pesta Buku (2) - Kaki Novel

Sepanjang minggu pesta buku, Carrie akan cuba paparkan maklumat tentang novel-novel terbaru yang ditawarkan oleh penerbit-penerbit novel. Untuk kali ini, Carrie paparkan sedikit maklumat tentang Kaki Novel Enterprise.

Kaki Novel Enterprise
Di sebalik tabir Kaki Novel Enterprise(KN) adalah seorang anak muda yang gigih dan bekerja keras menerbitkan novel-novel cinta . KN mula dikenali melalui novel pertamanya Bukan Cinta Biasa karya penulis baru Izzul Izzati. Buat masa kini, Bukan Cinta Biasa sudah dicetak sebanyak 9 kali untuk memenuhi kehendak penggemar novel. KN juga dibarisi oleh barisan novelis baru dan lama seperti Izza Aripin, Anita Abdullah, Puteri Andalas, Eita Ashyta, Zaharah Muhamad, Mina Mahanie dsb sebagainya. Sejak akhir-akhir ini, KN cuba mengorak langkah dengan menawarkan kisah-kisah thriller dan misteri bermula dengan novel thriller KN yang pertama- Gerhana Hati Lara karya penulis baru Hani Sofea. Bagi pesta buku kali ini, ada satu kelainan yang cuba ditonjolkan oleh Kaki Novel. Kehadiran novel thriller/suspens "Awang Vampiro" tulisan Nizam Zakaria ini membuka genre baru dalam pembacaan novel.

Antara sebab-sebab Carrie membaca novel-novel KN ialah:
1. Pelbagai genre cerita yang ditawarkan.
2. Gaya penulisan penulis yang masih dikekalkan- ini membuatkan kisah yang biasa dipaparkan menjadi unik- hasil sentuhan kreatif penulis-penulis KN.
3. Harga yang ditawarkan amat kompetitif - mampu dimiliki dan ahli kelab KN menikmati diskaun yang menarik.

Target pasaran KN:
Pembaca-pembaca matang yang inginkan kisah-kisah kehidupan yang lebih cenderung ke arah realiti kehidupan sebenar dan pembaca yang mahu menikmati kepelbagaian pembacaan alternatif

Produk-produk terbaru yang diterbitkan oleh KN untuk Pesta Buku ini ialah:





Dari Kaca Mata Carriekirana:

Jika dilihat pada tajuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Carrie tidak dapat lihat apa yang ada pada perkataan "Antarabangsa" itu. Kebanyakan gerai-gerai yang kerap dikunjungi adalah gerai-gerai yang memuatkan produk-produk tempatan. Senarai aktiviti yang dijalankan juga tidak begitu banyak.  Usaha Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan KPM menganjurkan pesta buku ini adalah satu inisiatif terbesar untuk menggiatkan lagi industri perbukuan di Malaysia tetapi entah kenapa Carrie tidak rasa kemeriahannya. Pada pandangan peribadi Carrie, Malaysia masih lagi di tahap yang sederhana dalam menggalakkan masyarakatnya membaca. Kita masih lagi belum mencapai taraf masyarakat yang membaca dan berilmu seperti di Indonesia dan Jepun. Jalan kita masih panjang. Rata-rata, kebanyakan kita lebih arif tentang berita sensasi dan popular. Perkongsian maklumat melalui medium penulisan masih lagi terhad kerana permintaan pasaran yang tidak menentu.

Yang paling aktif ialah perkongsian maklumat melalui blog dan laman web tetapi blogger-blogger yang  mempunyai komitmen untuk menyampaikan maklumat yang positif daripada kacamata mereka boleh dikira dengan jari. Menulis dalam blog memang mudah tetapi komitmen untuk menyampaikan maklumat adalah besar kerana kebanyakan blogger sebenarnya membangunkan laman blog mereka atas minat yang mendalam terhadap isu-isu yang mereka tulis.

Trend mencetak isi kandungan blog yang mempunyai nilai-nilai komersial juga semakin dipelopori oleh penerbit tempatan. Ianya dikenali sebagai "Blook" - satu fenomena baru yang perlu diambil kira dewasa ini. Secanggih mana teknologi blog/"content" untuk memudahkan kita berkongsi karya dan idea, kita masih manusia biasa yang tidak boleh dipisahkan daripada memiliki sesebuah karya yang boleh dipegang oleh tangan kita. Karya blog yang mempunyai ramai pengikut menjadi lebih istimewa apabila diterbitkan dalam versi cetak dan ini sebenarnya menggalakkan penjualan blook berkenaan seperti popularnya Kasih Seharum Lavender-Eita Asyhta, Percayalah-Ruby Hazri, 5 Tahun 5 bulan - Hlovate, Growing Up in Terengganu-Awang Goneng, Jiwa Kacau-Geng Journal, Nyanyian Tanjung Sepi- Noorsuraya ; sekadar menyebut beberapa nama.

Posted at 02:18 pm by carriekirana
Comment (1)  




Monday, April 07, 2008
Sempena Pesta Buku (1)- Jemari Seni

Assamualaikum buat pelayar blog Carrie.

Bagi peminat novel/buku, inilah masa yang ditunggu-tunggu - Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sudahpun bermula pada 4hb April, 2008 lepas.
Pastinya, masing-masing juga ada senarai buku/novel yang hendak dibeli. Ada juga yang mungkin ikat perut untuk dua tiga bulan ini semata-mata Pesta Buku. Di sinilah semua penggerak/penggiat/penulis/penerbit/pengedar bertemu. Meninjau produk yang baru. Produk yang lain daripada lain.

Sebelum ke Pesta Buku, jenguk-jenguk apa yang hendak dibeli. Di sini, Carrie paparkan senarai novel-novel yang Carrie hendak jadikan koleksi. Mana-mana lagi novel yang Carrie rasa menarik akan Carrie masukkkan di sini untuk rujukan penggemar novel.

Misi Carrie untuk Pesta Buku kali ini ialah di samping menambah koleksi novel daripada penulis-penulis kegemaran Carrie, Carrie juga cuba menerokai/mencari novel-novel yang memaparkan kelainan yang boleh Carrie kongsi dengan pembaca-pembaca novel. 

Dalam entri ini, Carrie hendak berkongsi maklumat berkenaan:

Jemari Seni

Carrie memang sentiasa tertunggu-tunggu novel-novel terbitan Jemari Seni. Salah satu sebabnya Jemari Seni prihatin dalam menjaga kualiti Bahasa Melayu yang diguna oleh penulis-penulisnya.  Sebab-sebab lain mengapa Carrie menyukai novel-novel keluaran Jemari Seni:

  1. Noorsuraya memang pandai memilih cerita-cerita yang menepati selera peribadi Carrie. Setakat ini, novel-novel Jemari Seni yang pernah Carrie baca tidak menghampakan.
  2. Kualiti Bahasa Melayu penulis-penulisnya yang tinggi - Penulis-penulis yang menulis dengan Jemari Seni semuanya memiliki kemahiran Bahasa Melayu yang kukuh dan bijak mempelbagaikan kreativiti menggunakan frasa-frasa ayat yang mampu menarik pembaca meneruskan pembacaan.
  3. Gaya penulisan - Masing-masing terserlah dengan gaya penulisan tersendiri. Ini adalah Faktor X Jemari Seni.
  4. Kisah-kisahnya yang pelbagai banyak menjurus kepada realiti kehidupan tetapi ada juga terselit kisah remaja, humor dan cinta metafizik.

Pasaran sasaran (target market) Jemari Seni:

Novel-novel terbitan Jemari Seni memenuhi selera pembaca-pembaca yang sukakan kisah-kisah kehidupan yang matang dan mencabar minda. Juga bagi pembaca-pembaca yang inginkan kelainan daripada kebanyakan novel cinta slapstik di pasaran. Di sini, Carrie paparkan sinopsis tiga novel terbaru yang diterbitkan oleh Jemari Seni sempena Pesta Buku 2008.


 

Sinopsis Novel:

Kata Rumi: 
"pasangan yang bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya
mereka sudah bersama sejak dari azali lagi..."  

 

Inilah sebuah cerita cinta yang ditulis dalam nada yang berbeza.
Dua benua. Tiga negara. Empat nyawa.
Dan satu takdir yang tersimpul mati! 

Sebuah episod pengembaraan yang merentasi garis-garis deja vu
Suatu pelarian tanpa noktah
dan rentetan pertemuan-pertemuan aneh seorang Damien. 

Kenapa setelah sepuluh tahun berselang
Ashraf harus mencari Laila yang hilang
sedangkan isterinya, Nini ditinggalkannya pergi?
                                                                                                    

Dan begitu mahalkah harga cinta, sehinggakan Suraya meninggalkan-Nya demi dia? 

+ + + + + 

Sebuah lagi karya segar daripada JOHN NORAFIZAN, seorang jurutera yang mahir menyusun peristiwa-peristiwa cerita; pengarang yang sentiasa mendaulatkan bahasa ibunda pada setiap karya-karyanya.  




telah kau tunai seribu janji
satu kau mungkiri… hidup bersamaku…
 

Sinopsis Novel:

Aku dan Najah kenal di depan Stadium Old Trafford, berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air, aku dan Najah harus pula menjadi pelakon di depan mama yang sudah ada pilihan sendiri.  

Itulah permulaan kisah ini... yang bagaikan sudah terang lagi bersuluh.
Apakah boleh aku memilih jalan ceritaku sendiri, Najah?
Jika tidak, bagaimana pula dengan perasaan?
Berkorban perasaanlah yang paling memedihkan, kerana perasaan itu tidak pernah ada bau dan warna: lalu sukarnya untuk orang lain memahami, apatah lagi merasai... 

Tulis Najah:
apalah maknanya bulan kalau langit diselubungi mendung
apalah ertinya mentari kalau sinarnya dihalang gerhana
jadi bagaimana aku harus terus hidup
kalau mentari tak mahu berkongsi kehangatannya
dan bulan tidak mahu meminjamkan sinarnya…? 

Najah, sudah jadi fitrah alam... matahari itu tetap terbit dari arah timur, dan bulan pula tetap setia menemani malam!
+++++
Nazurah Aishah, menulis Lili Buat Najah dari kaca mata hatinya. Sebuah kisah yang mengesankan pada yang sedia berkongsi rasa.


Dari Kacamata Carriekirana:

Pesta Buku kali ini sekali lagi menjadi platform tempat pertemuan kesemua penerbit dan penggiat/penulis kreatif tanahair. Walaupun Carrie rasa suasananya agak kurang meriah berbanding dahulu, tetapi kesungguhan peserta-peserta pesta memasarkan produk tidak kurang hebatnya. Mungkin juga Pesta Buku kali ini diadakan bukan dalam cuti sekolah maka tidak begitu ramai pengunjung yang dapat datang meramaikan lagi suasana di PWTC.

Ada juga penerbit baru, penulis baru, novel-novel baru yang menarik perhatian. Bagi penulis-penulis baru, usahlah berharap sepenuhnya pada penerbit untuk mempromosikan buku-buku anda. Belajar membuang perasaan malu atau rendah diri dan cuba mencipta inisiatif sendiri  di samping berganding bahu dengan penerbit anda untuk memperkenalkan buku anda.

Jika anda cepat beramah-mesra dengan pengunjung-pengunjung yang datang, usaha anda yang cuba merapatkan jurang di antara diri anda dan bakal pembeli produk anda akan berbaloi. Jika malu untuk menegur, senyuman yang dihulur pasti dapat menyejukkan hati pengunjung booth.

Salam kasih sayang dari,
Carriekirana

Posted at 02:38 pm by carriekirana
Make a comment  




Tuesday, March 11, 2008
Ungu Karmila - Ramlee Awang Murshid


Judul: Ungu Karmila
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf21
Genre: Thriller Psikotik
Bintang: ***1/2

Sinopsis:

ATAS nama cinta... mahligai impian itu dibina. Vila Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.

Beberapa tahun berlalu... vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama.

Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya 'sesuatu' yang berada di situ sedang 'tidur'. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia 'terbangun', maka pembunuhan pasti terjadi lagi.

Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah 'membangunkan sesuatu' di dalam vila berkenaan.

Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali!

RAMLEE AWANG MURSHID, sekali lagi meneroka alam mistik di sebalik saspens UNGU KARMILA. Mereka yang `jahat' sahaja dapat mengalami rahsia di sebalik kisah berdarah di Vila Sepi... hingga tidak sanggup lagi untuk berbuat dosa!


Tentang Ramlee Awang Murshid:
Ramlee Awang Murshid membina kelompok pembacanya sendiri melalui novel-novel thriller psikotik beliau di tengah-tengah demam pembaca novel cinta. Hingga hari ini, nama Ramlee Awang Murshid sinonim dengan genre thriller novel Melayu selain Abdul Rahim Awang, seorang lagi penulis novel thriller Melayu yang banyak menerbitkan karya-karya beliau dengan Creative Enterprise.

Mengapa Carrie suka novel ini?

  1. Gaya penulisan Ramlee - Di dalam Ungu Karmila, gaya penulisan Ramlee masih unggul walau kadang-kadang Carrie terasa seperti membaca selitan artikel informasi semasa mengekori perjalanan plot Ungu Karmila. Dalam konteks ini, Carrie lebih gemarkan cara Imaen yang begitu bersahaja menggabungjalinkan informasi dalam plot Labyrinth.
  2. Plot - Ramlee mempunyai pendekatan tersendiri dalam membina plot-plot untuk karya-karya thrillernya. Latar belakang beliau dalam bidang psikologi sebenarnya banyak menjentik kreativiti beliau dalam menghasilkan plot-plot yang membuatkan pembaca-pembacanya teruja. Dalam Ungu Karmila, plot dibina berdasar isu kepercayaan kepada alam mistik dan bagaimana watak-wataknya menghadapi keadaan sedemikian.
  3. Mesej - Seperti biasa, perang batil di antara yang gelap dan terang yang sering ditonjolkan oleh Ramlee dalam karya beliau banyak mengajak pembaca-pembacanya kembali ke jalan yang diredai Allah untuk menangkis dugaan dan cabaran dalam kehidupan.
  4. Perwatakan - Keistimewaan Ramlee dalam karya-karyanya ialah membina watak-watak yang kuat sekaligus menggerakkan plot cerita Ungu Karmila. Ramlee lebih selesa membina watak-watak hero dalam Ungu Karmila sehingga Carrie tidak perasan bahawa watak Winda sebenarnya ialah seorang perempuan! Itupun, Carrie cuma mengetahui Winda adalah seorang wanita apabila dia menjadi emosional ketika dalam perjalanan ke Villa Sunyi. Ini hanyalah pengalaman peribadi Carrie membaca Ungu Karmila.

Siapa yang akan suka dengan novel sebegini ?
Pengikut setia Ramlee Awang Murshid. Karya beliau kali ini lebih menjurus kepada alam mistik yang menyelubungi Villa Sunyi di Cameron Highlands. 

Dari Kaca Mata Carriekirana:

Isu karya-karya Ramlee Awang Murshid ini selalu menjadi kontroversi di kalangan sesetengah pembaca yang tidak menyukai gaya penulisan Ramlee. Malah, ada yang mengutuk terang-terangan, menceritakan tentang karya Ramlee yang disifatkan tidak logik, tidak menepati seleranya dan pelbagai lagi kelemahan yang perlu diperbaiki oleh Ramlee.

Secara peribadi, saya memang menyukai karya Ramlee. Walau karya-karya beliau mungkin tidak dapat menandingi acuan novel thriller ideal yang dicari-cari oleh sesetengah pembaca novel thriller, tetapi sekurang-kurangnya beliau berani mencari kelainan dalam penulisan dengan meneroka satu alam yang jarang-jarang diterokai oleh kebanyakan penulis-penulis thriller yang lain. Mungkin ada segelintir yang cuba untuk menerokai genre ini tetapi masih takut dengan penerimaan pembaca-pembaca novel Melayu.

Saya juga pernah menyukai karya-karya Norhayati Berahim satu ketika dulu. Dia berani meneroka satu genre dengan menampilkan watak-watak heroin yang cekal dan tabah menghadapi dugaan. Walau ada sesetengah ciri penulisan Norhayati yang tidak saya gemari, saya kagum dengan kesungguhan beliau berkarya- berkongsi cerita dengan peminatnya tanpa rasa jemu. Kesungguhan dan komitmen beliau harus dijadikan contoh oleh penulis-penulis yang lain. Sekurang-kurangnya, dia juga sudah mencipta legasinya sendiri dalam penulisan novel cinta.

Bagi saya, yang juga terlibat secara tidak langsung dalam bidang penulisan, penulisan adalah satu proses pembelajaran yang panjang. Tidak ada tarikh tamat pengajian untuk seorang penulis walau sekalipun dia mempunyai deretan novel/buku yang menjadi best-seller dan pengikut yang ramai. Sebagai seorang penulis, setiap hari adalah satu proses pembelajaran yang baru. Tidak semestinya juga hasil eksperimen seorang penulis diterima baik oleh pembaca secara umumnya.

Lalu apakah sebenarnya yang dicari oleh seorang pembaca lantas menjadikan sebuah karya itu sebuah bestseller? Jawapan itu hanya boleh diketahui hanya setelah karya itu berada di pasaran. Kadang-kadang karya yang biasa-biasa sahaja menjadi igauan ramai. Kadang-kadang juga, karya yang menjadi best-seller ditulis oleh novelis yang sebenarnya tidak suka baca buku! Pelik tetapi benar. Itulah manusia. Dan, itulah ragam pembaca novel.

Wassalam.

Posted at 06:52 pm by carriekirana
Comments (4)  




Monday, March 10, 2008
Kopi Susu Sepatu Biru


Judul: Kopi Susu Sepatu Biru
Penulis: Ruby Hazri
Penerbit: Jemari Seni
Genre: Romantis-Komedi
Bintang: ****(Berbaloi dijadikan koleksi peribadi)

Sinopsis:
Kata orang benci itu biarlah berpada, jangan nanti benci berganti rindu pula!
Kata orang lagi jiran sepakat membawa berkat!
Inilah sebuah kisah... tentang jiran di sebelah rumah....

Rumah No. 11

 Rumah No. 9

Dia gadis kampung yang bekerja sebagai juruwang di sebuah bank di ibu kota. Wajahnya menarik, ramai yang tertarik. Dia hanya berbudi pada yang pandai berbahasa... tetapi pada jiran sebelah rumahnya, jauh panggang dari api.

Dia lelaki yang punya gaya tidak mudah terpedaya. Setiap tahun menambah usia tanpa sempat mengira. Kadang-kadang selamba, kadang-kadang tak terduga. Prinsipnya jelas: orang sebelah rumah tidak harus diberi hati.

Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tiada garis sempadan, terjilid dalam pelbagai episod:

         * Kereta Perdana vs Kereta Kancil
      
* Kucing si bujang mengemis makan di rumah si dara
      
* Sepatu biru gadis pencetus idea nakal si teruna
      
* Muzik si pemuda bukan selera si pemudi    

Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud kaki langit... ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas, ada kasih yang tumbuh dan ada sayang yang menjalar.

Kenapa? Siapa? Dan bagaimana?

Semuanya tersusun kemas dalam Kopi Susu Sepatu Biru. Selepas novel Percayalah... inilah buah tangan terbaru RUBY HAZRI dalam nada yang berbeza. 


Tentang Ruby Hazri :

Ruby Hazri mula melakar imaginasinya dalam blog dan tanpa disedarinya, e-novel pertamanya Percayalah mempunyai pengikut yang tersendiri lantas apabila Jemari Seni mencungkil bakat Ruby, lahirlah novel pertama Ruby dalam versi cetak tentang cinta pertembungan dua budaya. Ruby Hazri juga adalah penulis pertama menulis dengan Jemari Seni Publishing.

Mengapa Carrie SANGAT suka novel ini?

  1. Gaya penulisan Ruby - Kekuatan Kopi Susu Sepatu Biru banyak bergantung pada gaya penulisan Ruby yang tersendiri. Carrie suka olahan gaya penulisan Ruby sejak Carrie mula membaca Percayalah.
  2. Plot - Plot mudah dan santai di mana jalan cerita KSSB ini boleh dijangkakan tentang kehidupan sehari-hari warga kota yang bekerja di Kuala Lumpur.
  3. Mesej - Tentunya tentang cinta yang terselit di antara kebencian melampau antara hero dan heroinnya.
  4. Perwatakan - Ini juga merupakan kekuatan Ruby yang Carrie suka, membina watak-watak yang dekat dengan pembaca dan lebih realistik tetapi mampu mencuit hati.

Siapa yang akan suka dengan novel sebegini ?

  1. Pengikut setia tulisan Ruby sejak Percayalah. Karya terbarunya juga tidak mengecewakan.
  2. Pembaca-pembaca yang mahu mencari kisah cinta "feel-good' story tapi kisahnya bukan semuanya indah.

Dari Kaca Mata Carriekirana:

Carrie memang suka dengan Kopi Susu Sepatu Biru. Kisah cinta santai dalam acuan tersendiri Ruby. Terserlah kreativiti Ruby dalam menggarap adegan-adegan komedi. Tidak kering gusi Carrie apabila membaca tentang Perang Sabil di antara rumah no 9 dan rumah no 11. Kisah jiran sebelah ini juga mengingatkan Carrie tentang kisah lucu P.Ramlee dalam Masam-masam Manis. Syabas Ruby atas karya romantis-komedi yang banyak membuatkan Carrie ketawa sendirian. Awas - kalau boleh biarlah baca KSSB di rumah, bukan di khalayak ramai - nanti apabila terlalu asyik membaca KSSB, boleh pecah perut dibuatnya secara tiba-tiba. Pastinya, pembaca juga dapat mengimbau pengalaman lalu tentang seorang Mat dalam hidup masing-masing.

Wassalam. Jangan lupa sediakan secawan kopi susu! Untuk kejutkan 'raja' yang sudah lama benar 'tidur' tanpa menyedari rakyatnya sudah semakin kecewa......

Posted at 06:44 pm by carriekirana
Comments (2)  




Tuesday, March 04, 2008
Tukcai - Azizi Abdullah


"Kebangsaan Melayu bukan dibina kerana semata-mata seseorang itu bangsa Melayu atau bapanya Melayu atau datuknya Melayu atau keturunannya Melayu. Kebangsaan Melayu adalah diasaskan dan dibina mengikut tabiat semulajadi kedudukan bumi, keturunan pusaka, kebudayaan baka dan penduduk hak mutlak anak pertiwi!"

"Kebangsaan Melayu ialah kebangsaan dari segi penyatuan hasrat dan azam! Bersatu dalam ideologi yang mana tumpah setianya tidak ada negeri lain baginya!"

"Perjuangan kebangsaan kita ialah memelihara dan menghidupkan hak yang bertaraf duduk sama rendah, berdiri sama gagah dengan bangsa lain di muka bumi ALLAH ini!"

"Cermin itu cermin pengukuran diri sendiri!" kata Nekcai lagi.

"Orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu ini telah mendirikan persekutuan, persatuan, kesatuan, parti dan pergerakan. Kesemuanya dengan satu tujuan iaitu hendak menyatukan dan memperbaiki keadaan hidup bangsanya!"

"Dengan bersatu sajalah, bangsa Melayu dapat menghadapi masa depan dengan jayanya!"


Judul: Tukcai
Penulis: Azizi Abdullah
Penerbit: Alaf21
Genre: Kemanusiaan
Bintang: ****

Sinopsis:

Betapa pilunya hati bila orang yang tersayang pergi buat selama-lamanya. Itulah yang dirasai oleh Tukcai. Kasih sayangnya terhadap Nekcai, kekal abadi walau tiada di depan mata. Biarpun kematian itu ketentuan ILAHI, kasih sayang itu tetap subur. Tapi perjuangan mesti diteruskan. Siapakah penggantinya jika nilai-nilai kemesraan membalut kamar rindu, mewangi katil tidur dan menyiram pohon kasih, tiba-tiba menjadi halimunan?

Sayang... cinta yang panjang tak tercapai. Kasih tak lerai tapi tak tergapai. Rindu tak terubat, wangi tak terhidu. Bukan jauh tapi tiada. Segar dalam ingatan tapi jasad tak tersentuh. Kasih sayang bergelora, amuk badai kesetiaan tak berhujung. Tapi Nekcai tetap pergi meninggalkan segala-galanya secara fana.

Tukcai pasrah... pemergian Nekcai bukan untuk diratapi selama-lamanya. Namun, siapakah yang dapat mengubati gelodak jiwa dan sengsara di hati? Anak-anak? Atau siapa?


Tentang Azizi Abdullah :

Azizi Hj Abdullah adalah seorang sasterawan yang gigih menghasilkan karya-karya untuk membentuk jati diri bangsa Melayu. Salah satu novelnya yang diingati dan dihargai oleh pencinta sastera tanahair ialah Seorang Tua di Kaki Gunung yang pernah menjadi teks sastera wajib bagi pelajar sekolah menengah satu ketika dulu. Tidak pernah jemu berkarya, baru-baru ini Azizi Abdullah memenangi hadiah kedua  dalam Sayembara Jubli Emas Dewan Bahasa dengan novelnya Harga Sebuah Maruah.

Mengapa Carrie suka novel ini?

  1. Gaya penulisan Azizi - Gaya penulisan Azizi yang bersahaja ini rasanya tidak perlu Carrie ulas. Sebagai orang lama dalam bidang penulisan, gaya penulisan Azizi memang terserlah walau hanya menggunakan ayat-ayat yang ringkas.
  2. Plot - Plotnya sudah jelas dan kukuh di mana ia lebih tertumpu kepada bagaimana Tukcai menghadapi perubahan dalam kehidupan sehariannya selepas kematian Nekcai.
  3. Mesej - Sungguh pun Tukcai hanyalah sebuah novel yang nipis tetapi mesej yang cuba diserapkan oleh Azizi sebenarnya menyentuh tentang semangat perjuangan bangsa Melayu melalui kaca mata Tukcai.
  4. Perwatakan - Kekuatan Tukcai adalah berdasarkan kekuatan watak Tukcai yang dibangunkan dengan mantap. Azizi memang mempunyai bakat membawa pembacanya hidup bersama Tukcai mengenangkan detik-detik perjuangan Tukcai dan Nekcai ketika mereka masih muda, menuntut kemerdekaan. Pembangunan watak yang menyeluruh dan kukuh ini harus dijadikan rujukan oleh penulis-penulis muda yang mahu memperbaiki kemahiran membangunkan watak-watak hero/heroin dalam karya mereka.

Siapa yang akan suka dengan novel sebegini ?

Pembaca-pembaca yang mahu mencari novel-novel yang menggalakkan mereka berfikir tentang mesej yang cuba disampaikan oleh penulis. Novel ini tidak terlalu berat tetapi membawa pengertian yang begitu mendalam.

Dari Kaca Mata Carriekirana:

Pada saat-saat demam pilihanraya yang bakal menjelang, Carrie memilih novel Azizi Abdullah untuk dikongsi bersama pembaca semua - mengenang kembali erti perjuangan datuk-nenek kita. Penulisan Azizi membangkitkan semangat dan mengingatkan pembaca tentang perjuangan asal bangsa Melayu mengekalkan hak-hak bangsa Melayu melalui rentetan peristiwa yang cuba dibiaskan daripada ingatan seorang insan tua bernama Tukcai.  Novel ini sebenarnya lebih berupa novel motivasi pembangkit semangat bangsa Melayu mengenal erti kemerdekaan. Sebuah karya yang tidak ternilai harganya- menyentuh isu-isu yang kadang-kala hampir dilupai oleh bangsa Melayu moden yang begitu selesa dengan gaya hidup terkini. Kita bukan lagi bangsa Melayu yang terdesak ditindas penjajah yang meragut kemewahan negara kita lalu semangat perjuangan generasi muda sekarang tidaklah setekal perjuangan generasi yang menyaksikan negara ini menikmati kemerdekaan.

Penjajah zaman moden tidak lagi cuba menjajah menggunakan kuasa tentera seperti dulu tetapi beralih kepada senjata baru - senjata ekonomi kapitalisme yang masih juga menggunakan prinsip serupa - menindas kaum yang lemah.

Wassalam.

Posted at 06:26 am by carriekirana
Comment (1)  




Thursday, February 28, 2008
Di Atas Sajadah Cinta - Habiburrahman El-Shirazy


Tentang Di Atas Sajadah Cinta :

Di Atas Sajadah Cinta adalah karya ketiga Habiburrahman El-Shirazy yang mengandungi cerita-cerita teladan Islami untuk makanan jiwa. Ketika saya membaca karya versi Indonesia ini, karyanya sudah memasuki cetakan ke-6. Sejak saya jatuh hati dengan Ayat-ayat Cinta, Habiburrahman menjadi salah satu penulis kesukaan saya kerana bakatnya yang mampu menggarap sebuah kisah mudah tetapi masih dapat menangkap emosi pembaca. Saya memang kagum dengan cara penulisannya yang berdakwah melalui cerita untuk menyampaikan mesej tentang Islam tanpa perlu memasukkan elemen-elemen kekerasan atau merendah-rendahkan orang lain. Bagi saya, Di Atas Sajadah Cinta adalah sebuah karya indah yang meruntun jiwa. Sebuah contoh klasik bagaimana satu karya Islami ditulis dengan baik. Tidak rugi untuk dimiliki oleh penggemar cerita-cerita pembangun diri.

Siapa yang akan suka cerita sebegini:
1. Peminat novel-novel Islami
2. Mereka yang sukakan cerita untuk motivasi jiwa dan mendekatkan diri dengan Tuhan.

Rating: ****(Koleksi Rak Peribadi Carrie)

Posted at 01:36 pm by carriekirana
Make a comment  




Previous Page Next Page


CARRIE KIRANA

Kuala Lumpur
10 Julai/Cancer
Tulis, baca, masak, muzik, tonton wayang, melancong
Ungu, Maroon, Hijau Pucuk Pisang
Maggi goreng, nasi ayam, tiramisu, blueberry cheesecake
Ice lemon tea, green tea
Hubungi/sembang dengan saya di:carriekirana2@yahoo.com

Saya bukan siapa-siapa, hanya seorang hamba Allah yang mencari ruang di alam maya ini untuk melakukan satu perkara yang menjadi sebahagian daripada saya - menulis.


"BACAlah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia mencipta manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya." - Terjemahan Ayat 1-5, Surah Al Alaq.

"Books showed me there were possibilities in life, that there were actually people like me living in a world I could not only aspire to but attain. Reading gave me hope. For me, it was an open door."-Oprah Winfrey

"You know you have read a good book when you turn the last page and feel as if you have lost a friend"-Anonymous.

LATEST ADDITION TO MY TREASURE TROVE OF BOOKSTORES

Times Pavilion - This is a new bookstore in town for booklovers and of course my new favorite place to find books. Excellent promotion for members - get 3 books for 2 - on top of that 5% for each book on discount; a lounge for members to enjoy chilling out and free WiFi
Borders- If you are lucky, you can get three books for the price of two books - Worth going
Times KLCC - I like Times very much because of the 10% off if you are a member , new arrivals - you can enjoy up until 25%- worth going
Popular, Ampang Point - Even better, sometimes you can get 20% off selected titles or the new arrivals
Kinokuniya KLCC - Check out some good promotions they have - new arrivals 20% off if you purchase another book of the same value or less
Minerva, Jalan TAR - a haven for Malay novel enthusiasts, attractive 20% off the wide range of Malay novels of your choice
MPH, Midvalley Megamall- Paling kedekut - you can only get points and once in the blue moon, you will get the red carpet specials but being a member doesn't get you much discount like the rest.



Bacalah seribu buku jika anda mahu menulis sebuah buku.


aku menulis bukan kerna nama... di sini aku coretkan pengalamanku, menjadi Cinderella Cinta, mengembara ke alam-alam cinta yang dizahirkan oleh deretan novelis... adakalanya perjalananku dihiasi denganGurindam Jiwayang indah dan telus; Pada satu ketika, aku juga dilambungOmbak Rindu. Aku terasa betapa Manisnya Cinta Yang Terindah dan Hangatnya Asmara. Adakalanya, cinta itu menjadi tragis lalu ia menjadi Rahsia Si Perindu. Kadang-kadang, hatiku tercuit... terusik... mengenangkan Epilog Cinta. Bila sampai masanya, air mataku juga bisa mengalir... Sesekali, ayat-ayat cinta yang indah kusimpan, untukku menulis rasa hatiku dalam ... diari dan surat... emel ? barangkali. Sudah jauh pengembaraanku... Mencari erti Cinta di bawah Bulan Yang Berbisik... di sebalik Bayangan Rindu... kadangkala aku terasa Bagaikan sang Puteri... menelusuri Labyrinth kehidupan namun sejauh mana aku pergi...aku hanya tahu yang satu...bahawa Syurga cinta akhirnya letaknya Di hati. - Carriekirana



.



   





<< September 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30














































Name :
Web URL :
Message :

















Counters




Layang-layang- Koleksi Sajak Carriekirana

Bookrack - Carriekirana's Reviews on English Novels

Carrie's Column

Kolum Bintang Carriekirana



****1/2
Setulus Setia Seindah Nama - Siti Hasneza Abdul Hamid
Moga Kau Mengerti - Lily Haslina Nasir
Epilog Cinta - Lily Haslina Nasir
Hatiku Di Harajuku - Ramlee Awang Murshid
Nyanyian Tanjung Sepi - Noorsuraya
Tunjukkan Aku Satu Bintang - John Norafizan
Cenderawasih - Fatinilam Sari Ahmad
Cemburu Seorang Perempuan - Siti Hasneza Abdul Hamid
Arjuna Hati - Norzailina Nordin

****
5 Tahun 5 Bulan - Hlovate
Andai Kumiliki Semalam- Syamimi Aminolah
Percayalah - Ruby Hazri
Buatmu Kekasih - Aisya Sofea
Secebis Kasihmu - Syamimi Aminolah
Hati Yang Terusik -Nia Azalea
Pergilah Lara - Nor Erny Othman
Belaian Jiwa-Nor Erny Othman
Takagi Sayang - Nor Erny Othman
Yang Terindah - Anis Ayuni
Angin Dingin Dari Utara - Siti Hasneza Abdul Hamid
Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Aku Cintai-Nor Erny Othman
Bagaikan Puteri-Ramlee Awang Murshid
Sempadan Tanpa Seri-John Norafizan
Rahsia Perindu-Ramlee Awang Murshid
Biru Ungu Cinta-Noorsuraya
Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim
Kesturi - Fatinilam Sari Ahmad
Mahligai-Salina Ibrahim
Rindunya Kian Membara-Noosuraya
Tiada Indah-Ras Adibah Radzi
Bisikan Kasih-Norhayati Abdul Malek
Rindu Yang Pergi-Fazie Hanna
Kasihku Abadi - Shanika Latisha
Selamat Tinggal Sayang - Ma Lee Chuswan

***1/2
Surat Ungu Untuk Nuha - Noorsuraya
Relevankah Aku Di Hatimu - Rnysa
Jangan Biarkan Aku Menangis - Norhayati Berahim
Syurga Di Hati - Salina Ibrahim
Lelaki Terakhir- Sabariah Araur
Kau Laksana Bulan- Aina Emir
Kasih Antara Kita - Aleya Aneesa
Tanpamu Di Sisi - Puteri Andalas
Getaran Rindu - Norzailina Nordin
...Dan Mimpipun Bersatu - Izza Aripin
Semalam Ku Bermimpi - Aina Emir
Sutera Biru - Nor Rafishah Md Hassan
Kau Kekasihku-Anis Ayuni
Satu Janji - Ramlee Awang Murshid
Suara Hati-Anis Ayuni
Bukan Cinta Biasa - Izzul Izzati
Megalomania - Fatinilam Sari Ahmad
Tanah Andriyana-Noorsuraya
Gemersik Kalbu - Anis Ayuni
Untukmu Hana-Salina Ibrahim
Cintamu Di Hati-Aida Adriani
Manisnya Cinta - Anis Ayuni
Sesuci Cinta-Aina Emir
Pesona Rindu-Sharifah Abu Salem
Tiga Wajah-Lamia Aimal
Kau Yang Satu-Nia Azalea
Bisikan Rindu-Mimie Afinie
Permata Hati-Ma Lee Chuswan
Suite 1908-Sri Diah
Selamat Malam Tan Sri - Sri Diah
Pergilah Sepi-Fauziah Ashari
Tak Seindah Mimpi-Sharifah Abu Salem
Air Mata Kasih-Norhayati Berahim
Ombak Rindu-Fauziah Ashari
Sehangat Asmara-Aisya Sofea
Cinta Pertama-Norhayati Berahim


***
Tiada Batasan Sayang - Norhayati Berahim
Rinduku di Angin Lalu -Norishah Abu Bakar
Lafazkan Cintamu - Aida Adriani
Janji Kasih - Sri Diah
Kembalikanlah Kasihku - Nazawati Abdul Manap
Adam & Hawa - Aisya Sofea
Demi Kasih Ini -Hasreeyati Ramli
Bahagia Itu Miliknya - Rozita Abdul Wahab
Cinta..Tiada Akhirnya - Fauziah Ashari
Emilya Zulaikha -Ariff Affandy
Dendam Yang Terindah-Fatinilam Sari Ahmad
Keranamu Ain-Noorsuraya
Harga Diri - CT Rohaya Abu
Mimpi Kita Serupa-Siti Hasneza Abdul Hamid
Dia Lebih Mengerti-Norhayati Berahim
Tak Seindah Impian-Haikal
Mencari Cinta-Leeya Meeyra
Asmara Yang Pertama-Nass Alina Noah
Pelabuhan Kasih-Lily Suriani
Nota Cinta Buatmu-Norhayati Berahim
Impian Kasih- Liza Zahira
Masih Ada Rindu-Mimie Afinie
Ria Qistina-Bikash Nur Idris
Jauh-Aisya Sofea
Setia Menanti-Fauziah Ashari

**1/2
Lagu Rindu-Ayu Emelda
Secebis Rindu- Alis Ashiqin
Rindu Berdetik Lagi - Zuraidah Othman
Nilai Cintamu-Eka Fahara
Saat Cinta Bersemi - Damya Hanna
Setulus Janji-Aina Emir
Seindah Memori - Ilani Mysara
Seharum Kasih-Aina Emir
Badai Di Hati-Fazie Hanna
Kabus Kasih - Eka Fahara
Seindah Derita-Norhayati Berahim

**
Sutera Kasih-Sirhan Ansari






Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed