 |
 |
 |
 |
 |
|
Wednesday, April 09, 2008
Sempena Pesta Buku (3) - KarnaDya
Untuk kali ini, Carrie paparkan maklumat tentang:
KarnaDya Solutions KarnaDya ditubuhkan oleh novelis yang dikenali ramai melalui novel sulungnya Sesuci Cinta yang dilatari oleh Istana AlHambra, Sepanyol. Setelah tiga novelnya diterbitkan oleh Alaf21, Aina berubah angin dengan membuka syarikatnya sendiri yang menerbitkan karya-karyanya dan karya-karya novelis Mimie Afinie. Buat masa kini, KarnaDya cuba menerbitkan pelbagai bahan bacaan terutama sekali untuk disasarkan kepada awal remaja (9-15 tahun), remaja dewasa (15-21) dan dewasa (21 ke atas). Selain daripada itu, sempena Pesta Buku, Aina Emir juga muncul dengan novel thriller pertama beliau - Perempuan Ini Lelaki Itu dengan menggunakan nama pena Jenna Jehan (watak yang dipetik dari Kau Laksana Bulan).
Novel-novel terbaru bagi peminat-peminat Aina Emir dan Mimi Afinie:

HANYA KITA BERDUA
-Aina Emir-
Hanya Kita Berdua akan membawa anda ke sebuah pekan kecil di persisiran pantai negeri Perak. Di sana anda akan temui Najla Haifa dan keluarganya yang kaya. Anda juga akan temui Adil, remaja yang tidak setaraf dengan Najla. Malangnya, satu peristiwa telah berlaku dan memisahkan mereka berdua.
Pertemuan dengan Danni seorang lelaki romantis lagi penyayang telah mengubah hidupnya. Berjayakah Danni untuk menjadikan Najla isterinya dan apakah pula rahsia yang sekian lama terselindung dan mencemarkan nama keluarga gadis itu?
Sebuah novel berunsur kekeluargaan, sarat dengan pertelingkahan dan dendam berpanjangan, namun mempunyai plot cerita yang romantis, terselit unsur humor dan penuh dengan persoalan.

Novel thriller pertama Aina Emir yang menggunakan nama pena Jenna Jehan.

KALAU ADA JODOH
-Mimie Afinie-
Tiada sesiapa mahu sengsara. Tiada jua yang inginkan derita. Namun takdir Tuhan tiada siapa yang mampu menepis? Marini terpaksa mengharungi sebuah kehidupan yang berdepan dengan onak dan duri hinggalah dia menumpang di rumah kakaknya. Di sanalah perjalanan hidupnya mula berubah. Tiba-tiba sahaja dia bertemu dengan Pyan, lelaki yang punyai personaliti yang jauh beza daripada apa yang ada dalam kotak fikirannya. Pun begitu, Faris tidak pernah melupakannya. Kesilapan yang pernah dilakukannya mahu dipulihkan semula.
Kalau Ada Jodoh merupakan sebuah novel yang penuh dengan plot humor, ada yang menyentuh perasaan dan tentunya akan menghiburkan pembaca sekelian.
Dari Kaca Mata Carriekirana: Teknik jualan buku-buku ensiklopedia dan kursus-kursus bahasa Inggeris seperti yang diamalkan oleh jurujual-jurujual semasa Pesta Buku adalah teknik jualan yang lapuk dimakan zaman. Berapa peratuskah jualan yang diperolehi daripada teknik jualan stereotaip ini?
Bagi Carrie, teknik seperti menghalang laluan pengunjung-pengunjung pesta, mengejar pengunjung-pengunjung yang berjalan jauh dari booth dan memaksa pengunjung-pengunjung berhenti di gerai mereka adalah teknik yang bukan akan menambahkan jualan tetapi sebaliknya akan mencetus perasaan fobia di kalangan pengunjung-pengunjung dan membuatkan mereka semakin menjauhi gerai-gerai sedemikian. Adakah ini yang dimahukan oleh penjual-penjual buku berkenaan?
Pembeli/pencinta buku adalah pelanggan yang paling sukar untuk dipenuhi kehendaknya. Rata-rata mereka terdiri daripada orang-orang yang mempunyai ilmu dan berhemah tinggi. Mengeluarkan beratus-ratus ringgit untuk membeli buku-buku yang akhirnya akan disusun di dalam almari buku tidak akan dilakukan oleh kebanyakan orang kecuali jika mereka benar-benar ulat buku/pencinta ilmu.
Buku adalah antara produk-produk kompleks untuk dijual. Kepuasan pembaca tidak boleh diukur dengan kayu pengukur. Ia adalah subjektif. Bagaimana mahu meyakinkan seorang bakal konsumer supaya membeli buku-buku yang diterbitkan oleh syarikat anda?
Pertama sekali, individu-individu yang menjaga gerai-gerai buku (promoter buku) harus mempunyai pengetahuan produk yang mendalam tentang buku-buku yang dipamerkan. Mereka harus tahu bagaimana untuk berinteraksi dengan para pengunjung tentang produk yang ditanya oleh pengunjung-pengunjung berkenaan. Namun begitu, ada yang sekadar jadi tukang jaga sahaja dan kadang-kadang menunjukkan muka "blank" apabila Carrie tanya tentang keistimewaan sesebuah karya.
Suasana yang mengecewakan ini bukan sahaja berlaku di pesta buku tapi di mana-mana sahaja kedai buku di Lembah Klang ini. Jadi, mengapa mereka bekerja di kedai buku atau dengan syarikat buku? Mungkin hanya untuk mendapatkan duit lebih?
Promoter buku yang juga pencinta buku akan terserlah kecintaannya pada ilmu dan mesej yang dibawa oleh sesebuah buku. Aura itu dengan sendirinya akan terpancar dari penampilannya. Dia juga sanggup bersusah-payah memastikan pengunjung-pengunjung yang datang mendapatkan maklumat yang diinginkan. Tidak lokek menghadiahkan senyuman di samping mempunyai sifat budi bahasa yang tinggi. Dia menjalankan peranan sebagai seorang "penasihat/konsultan" dalam membimbing pengunjung untuk mendapatkan apa yang dimahukannya dan komited untuk melakukan lebih daripada tugas asasinya.
Penerbit buku WAJIB mengadakan satu seminar "product knowledge" untuk semua promoter-promoternya semasa pesta buku supaya promoter-promoter ini tidak kelihatan terpinga-pinga apabila para pengunjung bertanyakan soalan yang selain daripada tajuk buku dan siapa penulisnya.
Salam dari, Carriekirana
P.S. Carrie sedikit kecewa dengan layanan seorang promoter Karangkraf berbadan besar itu yang menjaga ruang majalah di ruang legar PWTC pada satu petang semasa Pesta Buku. Carrie singgah di gerai majalah untuk mendapatkan majalah Rasa. Carrie tahu dia nampak Carrie datang menjinjing beg-beg plastik yang sungguh berat dengan buku-buku yang Carrie letak di tepi kaunter sebelum Carrie meletakkan majalah di atas kaunter. Sebab, dia duduk di atas kerusi di tepi kaunter. Tetapi, dia dengan muka tanpa perasaan menyuruh Carrie beratur seperti orang lain. Lalu, Carrie terpaksa berdengih-dengih menghela semua beg plastik itu ke hadapan kaunter pula. Memang dugaan betul untuk Carrie pada masa itu. Beginikah layanan kepada seorang pembeli? Carrie faham orang muda selalunya tidak prihatin dengan benda-benda sekecil itu. Agaknya dengan pembeli lain macam mana pula ? Alternatif - Apa salahnya Carrie letak majalah Carrie itu ikut giliran dan apabila tiba giliran majalah Carrie, Carrie bayar dari tepi kaunter sebab siapalah nak jaga beg-beg plastik Carrie yang banyak itu? Kalaupun Carrie letak beg yang banyak itu di hadapan kaunter pula nanti mengganggu orang lain yang mahu membayar. Keesokan harinya, promoter yang sama begitu ceria mempelawa pelanggan-pelanggan masuk ke gerai Karangkraf. Hmmmm....
Pengajaran buat Carrie - Bawa beg sandang lain kali supaya tidak perlu jinjing banyak beg plastik. Bawa teman supaya dia boleh tolong bawakan beg-beg plastik Carrie itu sementara Carrie membayar di kaunter.
Itulah sedikit sebanyak coretan ragam manusia di Pesta Buku.
-Budi-bahasa yang tinggi tidak dapat dibeli dengan wang ringgit-
Posted at 01:24 pm by carriekirana
Permalink
Tuesday, April 08, 2008
Sempena Pesta Buku (2) - Kaki Novel
Sepanjang minggu pesta buku, Carrie akan cuba paparkan maklumat tentang novel-novel terbaru yang ditawarkan oleh penerbit-penerbit novel. Untuk kali ini, Carrie paparkan sedikit maklumat tentang Kaki Novel Enterprise.
Kaki Novel Enterprise Di sebalik tabir Kaki Novel Enterprise(KN) adalah seorang anak muda yang gigih dan bekerja keras menerbitkan novel-novel cinta . KN mula dikenali melalui novel pertamanya Bukan Cinta Biasa karya penulis baru Izzul Izzati. Buat masa kini, Bukan Cinta Biasa sudah dicetak sebanyak 9 kali untuk memenuhi kehendak penggemar novel. KN juga dibarisi oleh barisan novelis baru dan lama seperti Izza Aripin, Anita Abdullah, Puteri Andalas, Eita Ashyta, Zaharah Muhamad, Mina Mahanie dsb sebagainya. Sejak akhir-akhir ini, KN cuba mengorak langkah dengan menawarkan kisah-kisah thriller dan misteri bermula dengan novel thriller KN yang pertama- Gerhana Hati Lara karya penulis baru Hani Sofea. Bagi pesta buku kali ini, ada satu kelainan yang cuba ditonjolkan oleh Kaki Novel. Kehadiran novel thriller/suspens "Awang Vampiro" tulisan Nizam Zakaria ini membuka genre baru dalam pembacaan novel.
Antara sebab-sebab Carrie membaca novel-novel KN ialah: 1. Pelbagai genre cerita yang ditawarkan. 2. Gaya penulisan penulis yang masih dikekalkan- ini membuatkan kisah yang biasa dipaparkan menjadi unik- hasil sentuhan kreatif penulis-penulis KN. 3. Harga yang ditawarkan amat kompetitif - mampu dimiliki dan ahli kelab KN menikmati diskaun yang menarik.
Target pasaran KN: Pembaca-pembaca matang yang inginkan kisah-kisah kehidupan yang lebih cenderung ke arah realiti kehidupan sebenar dan pembaca yang mahu menikmati kepelbagaian pembacaan alternatif
Produk-produk terbaru yang diterbitkan oleh KN untuk Pesta Buku ini ialah:



Dari Kaca Mata Carriekirana:
Jika dilihat pada tajuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Carrie tidak dapat lihat apa yang ada pada perkataan "Antarabangsa" itu. Kebanyakan gerai-gerai yang kerap dikunjungi adalah gerai-gerai yang memuatkan produk-produk tempatan. Senarai aktiviti yang dijalankan juga tidak begitu banyak. Usaha Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan KPM menganjurkan pesta buku ini adalah satu inisiatif terbesar untuk menggiatkan lagi industri perbukuan di Malaysia tetapi entah kenapa Carrie tidak rasa kemeriahannya. Pada pandangan peribadi Carrie, Malaysia masih lagi di tahap yang sederhana dalam menggalakkan masyarakatnya membaca. Kita masih lagi belum mencapai taraf masyarakat yang membaca dan berilmu seperti di Indonesia dan Jepun. Jalan kita masih panjang. Rata-rata, kebanyakan kita lebih arif tentang berita sensasi dan popular. Perkongsian maklumat melalui medium penulisan masih lagi terhad kerana permintaan pasaran yang tidak menentu.
Yang paling aktif ialah perkongsian maklumat melalui blog dan laman web tetapi blogger-blogger yang mempunyai komitmen untuk menyampaikan maklumat yang positif daripada kacamata mereka boleh dikira dengan jari. Menulis dalam blog memang mudah tetapi komitmen untuk menyampaikan maklumat adalah besar kerana kebanyakan blogger sebenarnya membangunkan laman blog mereka atas minat yang mendalam terhadap isu-isu yang mereka tulis.
Trend mencetak isi kandungan blog yang mempunyai nilai-nilai komersial juga semakin dipelopori oleh penerbit tempatan. Ianya dikenali sebagai "Blook" - satu fenomena baru yang perlu diambil kira dewasa ini. Secanggih mana teknologi blog/"content" untuk memudahkan kita berkongsi karya dan idea, kita masih manusia biasa yang tidak boleh dipisahkan daripada memiliki sesebuah karya yang boleh dipegang oleh tangan kita. Karya blog yang mempunyai ramai pengikut menjadi lebih istimewa apabila diterbitkan dalam versi cetak dan ini sebenarnya menggalakkan penjualan blook berkenaan seperti popularnya Kasih Seharum Lavender-Eita Asyhta, Percayalah-Ruby Hazri, 5 Tahun 5 bulan - Hlovate, Growing Up in Terengganu-Awang Goneng, Jiwa Kacau-Geng Journal, Nyanyian Tanjung Sepi- Noorsuraya ; sekadar menyebut beberapa nama.
Posted at 02:18 pm by carriekirana
Permalink
Monday, April 07, 2008
Sempena Pesta Buku (1)- Jemari Seni
Assamualaikum buat pelayar blog Carrie.
Bagi peminat novel/buku, inilah masa yang ditunggu-tunggu - Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sudahpun bermula pada 4hb April, 2008 lepas. Pastinya, masing-masing juga ada senarai buku/novel yang hendak dibeli. Ada juga yang mungkin ikat perut untuk dua tiga bulan ini semata-mata Pesta Buku. Di sinilah semua penggerak/penggiat/penulis/penerbit/pengedar bertemu. Meninjau produk yang baru. Produk yang lain daripada lain.
Sebelum ke Pesta Buku, jenguk-jenguk apa yang hendak dibeli. Di sini, Carrie paparkan senarai novel-novel yang Carrie hendak jadikan koleksi. Mana-mana lagi novel yang Carrie rasa menarik akan Carrie masukkkan di sini untuk rujukan penggemar novel.
Misi Carrie untuk Pesta Buku kali ini ialah di samping menambah koleksi novel daripada penulis-penulis kegemaran Carrie, Carrie juga cuba menerokai/mencari novel-novel yang memaparkan kelainan yang boleh Carrie kongsi dengan pembaca-pembaca novel.
Dalam entri ini, Carrie hendak berkongsi maklumat berkenaan:
Jemari Seni
Carrie memang sentiasa tertunggu-tunggu novel-novel terbitan Jemari Seni. Salah satu sebabnya Jemari Seni prihatin dalam menjaga kualiti Bahasa Melayu yang diguna oleh penulis-penulisnya. Sebab-sebab lain mengapa Carrie menyukai novel-novel keluaran Jemari Seni:
-
Noorsuraya memang pandai memilih cerita-cerita yang menepati selera peribadi Carrie. Setakat ini, novel-novel Jemari Seni yang pernah Carrie baca tidak menghampakan.
-
Kualiti Bahasa Melayu penulis-penulisnya yang tinggi - Penulis-penulis yang menulis dengan Jemari Seni semuanya memiliki kemahiran Bahasa Melayu yang kukuh dan bijak mempelbagaikan kreativiti menggunakan frasa-frasa ayat yang mampu menarik pembaca meneruskan pembacaan.
-
Gaya penulisan - Masing-masing terserlah dengan gaya penulisan tersendiri. Ini adalah Faktor X Jemari Seni.
-
Kisah-kisahnya yang pelbagai banyak menjurus kepada realiti kehidupan tetapi ada juga terselit kisah remaja, humor dan cinta metafizik.
Pasaran sasaran (target market) Jemari Seni:
Novel-novel terbitan Jemari Seni memenuhi selera pembaca-pembaca yang sukakan kisah-kisah kehidupan yang matang dan mencabar minda. Juga bagi pembaca-pembaca yang inginkan kelainan daripada kebanyakan novel cinta slapstik di pasaran. Di sini, Carrie paparkan sinopsis tiga novel terbaru yang diterbitkan oleh Jemari Seni sempena Pesta Buku 2008.
Sinopsis Novel:
Kata Rumi: "pasangan yang bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya mereka sudah bersama sejak dari azali lagi..."
Inilah sebuah cerita cinta yang ditulis dalam nada yang berbeza. Dua benua. Tiga negara. Empat nyawa. Dan satu takdir yang tersimpul mati!
Sebuah episod pengembaraan yang merentasi garis-garis deja vu Suatu pelarian tanpa noktah dan rentetan pertemuan-pertemuan aneh seorang Damien.
Kenapa setelah sepuluh tahun berselang Ashraf harus mencari Laila yang hilang sedangkan isterinya, Nini ditinggalkannya pergi?
Dan begitu mahalkah harga cinta, sehinggakan Suraya meninggalkan-Nya demi dia?
+ + + + +
Sebuah lagi karya segar daripada JOHN NORAFIZAN, seorang jurutera yang mahir menyusun peristiwa-peristiwa cerita; pengarang yang sentiasa mendaulatkan bahasa ibunda pada setiap karya-karyanya.


telah kau tunai seribu janji satu kau mungkiri… hidup bersamaku…
Sinopsis Novel:
Aku dan Najah kenal di depan Stadium Old Trafford, berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air, aku dan Najah harus pula menjadi pelakon di depan mama yang sudah ada pilihan sendiri.
Itulah permulaan kisah ini... yang bagaikan sudah terang lagi bersuluh. Apakah boleh aku memilih jalan ceritaku sendiri, Najah? Jika tidak, bagaimana pula dengan perasaan? Berkorban perasaanlah yang paling memedihkan, kerana perasaan itu tidak pernah ada bau dan warna: lalu sukarnya untuk orang lain memahami, apatah lagi merasai...
Tulis Najah: apalah maknanya bulan kalau langit diselubungi mendung apalah ertinya mentari kalau sinarnya dihalang gerhana jadi bagaimana aku harus terus hidup kalau mentari tak mahu berkongsi kehangatannya dan bulan tidak mahu meminjamkan sinarnya…?
Najah, sudah jadi fitrah alam... matahari itu tetap terbit dari arah timur, dan bulan pula tetap setia menemani malam! +++++ Nazurah Aishah, menulis Lili Buat Najah dari kaca mata hatinya. Sebuah kisah yang mengesankan pada yang sedia berkongsi rasa.
Dari Kacamata Carriekirana:
Pesta Buku kali ini sekali lagi menjadi platform tempat pertemuan kesemua penerbit dan penggiat/penulis kreatif tanahair. Walaupun Carrie rasa suasananya agak kurang meriah berbanding dahulu, tetapi kesungguhan peserta-peserta pesta memasarkan produk tidak kurang hebatnya. Mungkin juga Pesta Buku kali ini diadakan bukan dalam cuti sekolah maka tidak begitu ramai pengunjung yang dapat datang meramaikan lagi suasana di PWTC.
Ada juga penerbit baru, penulis baru, novel-novel baru yang menarik perhatian. Bagi penulis-penulis baru, usahlah berharap sepenuhnya pada penerbit untuk mempromosikan buku-buku anda. Belajar membuang perasaan malu atau rendah diri dan cuba mencipta inisiatif sendiri di samping berganding bahu dengan penerbit anda untuk memperkenalkan buku anda.
Jika anda cepat beramah-mesra dengan pengunjung-pengunjung yang datang, usaha anda yang cuba merapatkan jurang di antara diri anda dan bakal pembeli produk anda akan berbaloi. Jika malu untuk menegur, senyuman yang dihulur pasti dapat menyejukkan hati pengunjung booth.
Salam kasih sayang dari, Carriekirana
Posted at 02:38 pm by carriekirana
Permalink
Tuesday, March 11, 2008
Ungu Karmila - Ramlee Awang Murshid

Judul: Ungu Karmila Penulis: Ramlee Awang Murshid Penerbit: Alaf21 Genre: Thriller Psikotik Bintang: ***1/2
Sinopsis:
ATAS nama cinta... mahligai impian itu dibina. Vila Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.
Beberapa tahun berlalu... vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama.
Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya 'sesuatu' yang berada di situ sedang 'tidur'. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia 'terbangun', maka pembunuhan pasti terjadi lagi.
Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah 'membangunkan sesuatu' di dalam vila berkenaan.
Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali!
RAMLEE AWANG MURSHID, sekali lagi meneroka alam mistik di sebalik saspens UNGU KARMILA. Mereka yang `jahat' sahaja dapat mengalami rahsia di sebalik kisah berdarah di Vila Sepi... hingga tidak sanggup lagi untuk berbuat dosa!
Tentang Ramlee Awang Murshid: Ramlee Awang Murshid membina kelompok pembacanya sendiri melalui novel-novel thriller psikotik beliau di tengah-tengah demam pembaca novel cinta. Hingga hari ini, nama Ramlee Awang Murshid sinonim dengan genre thriller novel Melayu selain Abdul Rahim Awang, seorang lagi penulis novel thriller Melayu yang banyak menerbitkan karya-karya beliau dengan Creative Enterprise.
Mengapa Carrie suka novel ini?
-
Gaya penulisan Ramlee - Di dalam Ungu Karmila, gaya penulisan Ramlee masih unggul walau kadang-kadang Carrie terasa seperti membaca selitan artikel informasi semasa mengekori perjalanan plot Ungu Karmila. Dalam konteks ini, Carrie lebih gemarkan cara Imaen yang begitu bersahaja menggabungjalinkan informasi dalam plot Labyrinth.
-
Plot - Ramlee mempunyai pendekatan tersendiri dalam membina plot-plot untuk karya-karya thrillernya. Latar belakang beliau dalam bidang psikologi sebenarnya banyak menjentik kreativiti beliau dalam menghasilkan plot-plot yang membuatkan pembaca-pembacanya teruja. Dalam Ungu Karmila, plot dibina berdasar isu kepercayaan kepada alam mistik dan bagaimana watak-wataknya menghadapi keadaan sedemikian.
-
Mesej - Seperti biasa, perang batil di antara yang gelap dan terang yang sering ditonjolkan oleh Ramlee dalam karya beliau banyak mengajak pembaca-pembacanya kembali ke jalan yang diredai Allah untuk menangkis dugaan dan cabaran dalam kehidupan.
-
Perwatakan - Keistimewaan Ramlee dalam karya-karyanya ialah membina watak-watak yang kuat sekaligus menggerakkan plot cerita Ungu Karmila. Ramlee lebih selesa membina watak-watak hero dalam Ungu Karmila sehingga Carrie tidak perasan bahawa watak Winda sebenarnya ialah seorang perempuan! Itupun, Carrie cuma mengetahui Winda adalah seorang wanita apabila dia menjadi emosional ketika dalam perjalanan ke Villa Sunyi. Ini hanyalah pengalaman peribadi Carrie membaca Ungu Karmila.
Siapa yang akan suka dengan novel sebegini ? Pengikut setia Ramlee Awang Murshid. Karya beliau kali ini lebih menjurus kepada alam mistik yang menyelubungi Villa Sunyi di Cameron Highlands.
Dari Kaca Mata Carriekirana:
Isu karya-karya Ramlee Awang Murshid ini selalu menjadi kontroversi di kalangan sesetengah pembaca yang tidak menyukai gaya penulisan Ramlee. Malah, ada yang mengutuk terang-terangan, menceritakan tentang karya Ramlee yang disifatkan tidak logik, tidak menepati seleranya dan pelbagai lagi kelemahan yang perlu diperbaiki oleh Ramlee.
Secara peribadi, saya memang menyukai karya Ramlee. Walau karya-karya beliau mungkin tidak dapat menandingi acuan novel thriller ideal yang dicari-cari oleh sesetengah pembaca novel thriller, tetapi sekurang-kurangnya beliau berani mencari kelainan dalam penulisan dengan meneroka satu alam yang jarang-jarang diterokai oleh kebanyakan penulis-penulis thriller yang lain. Mungkin ada segelintir yang cuba untuk menerokai genre ini tetapi masih takut dengan penerimaan pembaca-pembaca novel Melayu.
Saya juga pernah menyukai karya-karya Norhayati Berahim satu ketika dulu. Dia berani meneroka satu genre dengan menampilkan watak-watak heroin yang cekal dan tabah menghadapi dugaan. Walau ada sesetengah ciri penulisan Norhayati yang tidak saya gemari, saya kagum dengan kesungguhan beliau berkarya- berkongsi cerita dengan peminatnya tanpa rasa jemu. Kesungguhan dan komitmen beliau harus dijadikan contoh oleh penulis-penulis yang lain. Sekurang-kurangnya, dia juga sudah mencipta legasinya sendiri dalam penulisan novel cinta.
Bagi saya, yang juga terlibat secara tidak langsung dalam bidang penulisan, penulisan adalah satu proses pembelajaran yang panjang. Tidak ada tarikh tamat pengajian untuk seorang penulis walau sekalipun dia mempunyai deretan novel/buku yang menjadi best-seller dan pengikut yang ramai. Sebagai seorang penulis, setiap hari adalah satu proses pembelajaran yang baru. Tidak semestinya juga hasil eksperimen seorang penulis diterima baik oleh pembaca secara umumnya.
Lalu apakah sebenarnya yang dicari oleh seorang pembaca lantas menjadikan sebuah karya itu sebuah bestseller? Jawapan itu hanya boleh diketahui hanya setelah karya itu berada di pasaran. Kadang-kadang karya yang biasa-biasa sahaja menjadi igauan ramai. Kadang-kadang juga, karya yang menjadi best-seller ditulis oleh novelis yang sebenarnya tidak suka baca buku! Pelik tetapi benar. Itulah manusia. Dan, itulah ragam pembaca novel.
Wassalam.
Posted at 06:52 pm by carriekirana
Permalink
Monday, March 10, 2008
Judul: Kopi Susu Sepatu Biru Penulis: Ruby Hazri Penerbit: Jemari Seni Genre: Romantis-Komedi Bintang: ****(Berbaloi dijadikan koleksi peribadi)
Sinopsis: Kata orang benci itu biarlah berpada, jangan nanti benci berganti rindu pula! Kata orang lagi jiran sepakat membawa berkat! Inilah sebuah kisah... tentang jiran di sebelah rumah....
|
Rumah No. 11 |
Rumah No. 9 |
|
Dia gadis kampung yang bekerja sebagai juruwang di sebuah bank di ibu kota. Wajahnya menarik, ramai yang tertarik. Dia hanya berbudi pada yang pandai berbahasa... tetapi pada jiran sebelah rumahnya, jauh panggang dari api. |
Dia lelaki yang punya gaya tidak mudah terpedaya. Setiap tahun menambah usia tanpa sempat mengira. Kadang-kadang selamba, kadang-kadang tak terduga. Prinsipnya jelas: orang sebelah rumah tidak harus diberi hati. |
Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tiada garis sempadan, terjilid dalam pelbagai episod:
* Kereta Perdana vs Kereta Kancil * Kucing si bujang mengemis makan di rumah si dara * Sepatu biru gadis pencetus idea nakal si teruna * Muzik si pemuda bukan selera si pemudi
Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud kaki langit... ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas, ada kasih yang tumbuh dan ada sayang yang menjalar.
Kenapa? Siapa? Dan bagaimana?
Semuanya tersusun kemas dalam Kopi Susu Sepatu Biru. Selepas novel Percayalah... inilah buah tangan terbaru RUBY HAZRI dalam nada yang berbeza.
Tentang Ruby Hazri :
Ruby Hazri mula melakar imaginasinya dalam blog dan tanpa disedarinya, e-novel pertamanya Percayalah mempunyai pengikut yang tersendiri lantas apabila Jemari Seni mencungkil bakat Ruby, lahirlah novel pertama Ruby dalam versi cetak tentang cinta pertembungan dua budaya. Ruby Hazri juga adalah penulis pertama menulis dengan Jemari Seni Publishing.
Mengapa Carrie SANGAT suka novel ini?
-
Gaya penulisan Ruby - Kekuatan Kopi Susu Sepatu Biru banyak bergantung pada gaya penulisan Ruby yang tersendiri. Carrie suka olahan gaya penulisan Ruby sejak Carrie mula membaca Percayalah.
-
Plot - Plot mudah dan santai di mana jalan cerita KSSB ini boleh dijangkakan tentang kehidupan sehari-hari warga kota yang bekerja di Kuala Lumpur.
-
Mesej - Tentunya tentang cinta yang terselit di antara kebencian melampau antara hero dan heroinnya.
-
Perwatakan - Ini juga merupakan kekuatan Ruby yang Carrie suka, membina watak-watak yang dekat dengan pembaca dan lebih realistik tetapi mampu mencuit hati.
Siapa yang akan suka dengan novel sebegini ?
-
Pengikut setia tulisan Ruby sejak Percayalah. Karya terbarunya juga tidak mengecewakan.
-
Pembaca-pembaca yang mahu mencari kisah cinta "feel-good' story tapi kisahnya bukan semuanya indah.
Dari Kaca Mata Carriekirana:
Carrie memang suka dengan Kopi Susu Sepatu Biru. Kisah cinta santai dalam acuan tersendiri Ruby. Terserlah kreativiti Ruby dalam menggarap adegan-adegan komedi. Tidak kering gusi Carrie apabila membaca tentang Perang Sabil di antara rumah no 9 dan rumah no 11. Kisah jiran sebelah ini juga mengingatkan Carrie tentang kisah lucu P.Ramlee dalam Masam-masam Manis. Syabas Ruby atas karya romantis-komedi yang banyak membuatkan Carrie ketawa sendirian. Awas - kalau boleh biarlah baca KSSB di rumah, bukan di khalayak ramai - nanti apabila terlalu asyik membaca KSSB, boleh pecah perut dibuatnya secara tiba-tiba. Pastinya, pembaca juga dapat mengimbau pengalaman lalu tentang seorang Mat dalam hidup masing-masing.
Wassalam. Jangan lupa sediakan secawan kopi susu! Untuk kejutkan 'raja' yang sudah lama benar 'tidur' tanpa menyedari rakyatnya sudah semakin kecewa......
Posted at 06:44 pm by carriekirana
Permalink
Tuesday, March 04, 2008

"Kebangsaan Melayu bukan dibina kerana semata-mata seseorang itu bangsa Melayu atau bapanya Melayu atau datuknya Melayu atau keturunannya Melayu. Kebangsaan Melayu adalah diasaskan dan dibina mengikut tabiat semulajadi kedudukan bumi, keturunan pusaka, kebudayaan baka dan penduduk hak mutlak anak pertiwi!"
"Kebangsaan Melayu ialah kebangsaan dari segi penyatuan hasrat dan azam! Bersatu dalam ideologi yang mana tumpah setianya tidak ada negeri lain baginya!"
"Perjuangan kebangsaan kita ialah memelihara dan menghidupkan hak yang bertaraf duduk sama rendah, berdiri sama gagah dengan bangsa lain di muka bumi ALLAH ini!"
"Cermin itu cermin pengukuran diri sendiri!" kata Nekcai lagi.
"Orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu ini telah mendirikan persekutuan, persatuan, kesatuan, parti dan pergerakan. Kesemuanya dengan satu tujuan iaitu hendak menyatukan dan memperbaiki keadaan hidup bangsanya!"
"Dengan bersatu sajalah, bangsa Melayu dapat menghadapi masa depan dengan jayanya!"
Judul: Tukcai Penulis: Azizi Abdullah Penerbit: Alaf21 Genre: Kemanusiaan Bintang: ****
Sinopsis:
Betapa pilunya hati bila orang yang tersayang pergi buat selama-lamanya. Itulah yang dirasai oleh Tukcai. Kasih sayangnya terhadap Nekcai, kekal abadi walau tiada di depan mata. Biarpun kematian itu ketentuan ILAHI, kasih sayang itu tetap subur. Tapi perjuangan mesti diteruskan. Siapakah penggantinya jika nilai-nilai kemesraan membalut kamar rindu, mewangi katil tidur dan menyiram pohon kasih, tiba-tiba menjadi halimunan?
Sayang... cinta yang panjang tak tercapai. Kasih tak lerai tapi tak tergapai. Rindu tak terubat, wangi tak terhidu. Bukan jauh tapi tiada. Segar dalam ingatan tapi jasad tak tersentuh. Kasih sayang bergelora, amuk badai kesetiaan tak berhujung. Tapi Nekcai tetap pergi meninggalkan segala-galanya secara fana.
Tukcai pasrah... pemergian Nekcai bukan untuk diratapi selama-lamanya. Namun, siapakah yang dapat mengubati gelodak jiwa dan sengsara di hati? Anak-anak? Atau siapa?
Tentang Azizi Abdullah :
Azizi Hj Abdullah adalah seorang sasterawan yang gigih menghasilkan karya-karya untuk membentuk jati diri bangsa Melayu. Salah satu novelnya yang diingati dan dihargai oleh pencinta sastera tanahair ialah Seorang Tua di Kaki Gunung yang pernah menjadi teks sastera wajib bagi pelajar sekolah menengah satu ketika dulu. Tidak pernah jemu berkarya, baru-baru ini Azizi Abdullah memenangi hadiah kedua dalam Sayembara Jubli Emas Dewan Bahasa dengan novelnya Harga Sebuah Maruah.
Mengapa Carrie suka novel ini?
-
Gaya penulisan Azizi - Gaya penulisan Azizi yang bersahaja ini rasanya tidak perlu Carrie ulas. Sebagai orang lama dalam bidang penulisan, gaya penulisan Azizi memang terserlah walau hanya menggunakan ayat-ayat yang ringkas.
-
Plot - Plotnya sudah jelas dan kukuh di mana ia lebih tertumpu kepada bagaimana Tukcai menghadapi perubahan dalam kehidupan sehariannya selepas kematian Nekcai.
-
Mesej - Sungguh pun Tukcai hanyalah sebuah novel yang nipis tetapi mesej yang cuba diserapkan oleh Azizi sebenarnya menyentuh tentang semangat perjuangan bangsa Melayu melalui kaca mata Tukcai.
- Perwatakan - Kekuatan Tukcai adalah berdasarkan kekuatan watak Tukcai yang dibangunkan dengan mantap. Azizi memang mempunyai bakat membawa pembacanya hidup bersama Tukcai mengenangkan detik-detik perjuangan Tukcai dan Nekcai ketika mereka masih muda, menuntut kemerdekaan. Pembangunan watak yang menyeluruh dan kukuh ini harus dijadikan rujukan oleh penulis-penulis muda yang mahu memperbaiki kemahiran membangunkan watak-watak hero/heroin dalam karya mereka.
Siapa yang akan suka dengan novel sebegini ?
Pembaca-pembaca yang mahu mencari novel-novel yang menggalakkan mereka berfikir tentang mesej yang cuba disampaikan oleh penulis. Novel ini tidak terlalu berat tetapi membawa pengertian yang begitu mendalam.
Dari Kaca Mata Carriekirana:
Pada saat-saat demam pilihanraya yang bakal menjelang, Carrie memilih novel Azizi Abdullah untuk dikongsi bersama pembaca semua - mengenang kembali erti perjuangan datuk-nenek kita. Penulisan Azizi membangkitkan semangat dan mengingatkan pembaca tentang perjuangan asal bangsa Melayu mengekalkan hak-hak bangsa Melayu melalui rentetan peristiwa yang cuba dibiaskan daripada ingatan seorang insan tua bernama Tukcai. Novel ini sebenarnya lebih berupa novel motivasi pembangkit semangat bangsa Melayu mengenal erti kemerdekaan. Sebuah karya yang tidak ternilai harganya- menyentuh isu-isu yang kadang-kala hampir dilupai oleh bangsa Melayu moden yang begitu selesa dengan gaya hidup terkini. Kita bukan lagi bangsa Melayu yang terdesak ditindas penjajah yang meragut kemewahan negara kita lalu semangat perjuangan generasi muda sekarang tidaklah setekal perjuangan generasi yang menyaksikan negara ini menikmati kemerdekaan.
Penjajah zaman moden tidak lagi cuba menjajah menggunakan kuasa tentera seperti dulu tetapi beralih kepada senjata baru - senjata ekonomi kapitalisme yang masih juga menggunakan prinsip serupa - menindas kaum yang lemah.
Wassalam.
Posted at 06:26 am by carriekirana
Permalink
Thursday, February 28, 2008
Di Atas Sajadah Cinta - Habiburrahman El-Shirazy
Tentang Di Atas Sajadah Cinta :
Di Atas Sajadah Cinta adalah karya ketiga Habiburrahman El-Shirazy yang mengandungi cerita-cerita teladan Islami untuk makanan jiwa. Ketika saya membaca karya versi Indonesia ini, karyanya sudah memasuki cetakan ke-6. Sejak saya jatuh hati dengan Ayat-ayat Cinta, Habiburrahman menjadi salah satu penulis kesukaan saya kerana bakatnya yang mampu menggarap sebuah kisah mudah tetapi masih dapat menangkap emosi pembaca. Saya memang kagum dengan cara penulisannya yang berdakwah melalui cerita untuk menyampaikan mesej tentang Islam tanpa perlu memasukkan elemen-elemen kekerasan atau merendah-rendahkan orang lain. Bagi saya, Di Atas Sajadah Cinta adalah sebuah karya indah yang meruntun jiwa. Sebuah contoh klasik bagaimana satu karya Islami ditulis dengan baik. Tidak rugi untuk dimiliki oleh penggemar cerita-cerita pembangun diri.
Siapa yang akan suka cerita sebegini: 1. Peminat novel-novel Islami 2. Mereka yang sukakan cerita untuk motivasi jiwa dan mendekatkan diri dengan Tuhan.
Rating: ****(Koleksi Rak Peribadi Carrie)
Posted at 01:36 pm by carriekirana
Permalink
Monday, February 18, 2008
Judul: aA + bB Penulis: Hlovate Penerbit: Jemari Seni Genre: Cinta Romantis Bintang: ****
Sinopsis:
cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin
Inilah... sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.
Addin mengemukakan teorinya begini:
- membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
- membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak
7 tahun kemudian... Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera, yang bukan pilihan hatinya?
Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?
Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...
Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? ~ Benz
Setelah 5 Tahun 5 Bulan dan Gurindam Jiwa: Schubert's Serenade, Hlovate kembali mengasah penanya dengan trademark: gaya bahasa basah dan santai.
Tentang Hlovate:
Mula menulis di alam maya lalu dicungkil bakatnya oleh Jemari Seni dan dikemaskinikan kisah tulisannya untuk diterbitkan. Kisah Hlovate juga tergolong dalam kategori blook kerana asalnya daripada beberapa blog kepunyaannya dan daripada blog itu, Hlovate mempunyai kumpulan pengikutnya sendiri.
Mengapa Carrie suka novel ini?
-
Gaya penulisan Hlovate yang tulus. Hlovate banyak menulis mengikut gerak hatinya tanpa perlu akur pada struktur kaku penulisan. Itu juga membuatkan garapannya lain daripada kebanyakan kisah yang lain.
-
Plot - Kisah yang simple - benci tapi sayang, kahwin paksa tetapi sentuhan Hlovate dalam menggarap kisah-kisah di antara Addin dan Benz ada kalanya kelakar dan ada masanya "touching".
-
Mesej - Apa yang ingin dikongsi oleh Hlovate dengan pembacanya ialah kedewasaan manusia seiring dengan perjalanan masa. Dan, betapa dalam perjalanan itu, kita harus berbalik kepada asas utama kehidupan ini dijadikan.
Siapa yang akan suka novel sebegini ?
-
Tentunya peminat-peminat novel Hlovate. Karyanya kali ini masih lagi menyengat. Tapi, bagi Carrie, 5 tahun 5 bulan tetap berbisa.
-
Peminat novel "feel-good story".
-
Peminat novel yang sukakan kisah cinta yang simple dan tidak terlalu jiwang.
Dari kaca mata Carriekirana:
Seperti yang pernah Carrie tulis sebelum ini dalam ulasan 5 tahun 5 bulan, Hlovate unggul dengan signature nya tersendiri. Apa yang menarik perhatian Carrie ialah pengakuan Hlovate tentang kisah-kisah yang pernah ditulis dan diterbitkan oleh Jemari Seni. Hlovate bukan seorang insan yang suka membaca/menulis kisah cinta tetapi sentuhannya dalam menghasilkan kisah cinta berjaya membawa Carrie menghayati kisah cinta yang tidak perlu diungkap dengan kata-kata yang membelai jiwa tetapi masih mampu mencuit perasaan wanita Carrie. Kisah cinta yang bukan tipikal seperti yang sering Carrie baca dalam kebanyakan novel-novel yang pernah Carrie baca. Menakjubkan bagi seseorang yang melihat cinta, perasaan dari satu perspektif yang berlainan dan tidak begitu kompleks.
Tahniah Hlovate kerana menghasilkan "a feel-good story" yang mengajar Carrie tentang kehidupan.
Who says there's nothing more complicated than E=mc2? There's something much more complicated; it's called emotions.
Posted at 03:24 pm by carriekirana
Permalink
Monday, January 28, 2008
Jiwa Kacau - Geng Journal

Tentang Jiwa Kacau:
Jiwa Kacau ialah projek pertama Geng Journal - satu inisiatif untuk mengumpulkan entri-entri para blogger Geng Journal yang mengandungi nilai-nilai moral, kemanusiaan, dakwah, kejiwaan dan menerbitkan entri-entri berkenaan dalam bentuk yang bercetak. Jiwa Kacau dikategorikan sebagai sebuah blook. Blook ialah versi cetak daripada entri-entri blog di alam maya. Ianya adalah satu trend penerbitan masa kini yang mendokumentasikan buah-buah fikiran daripada blogger-blogger yang aktif menulis tentang kehidupan dan persekitaran di sekeliling mereka di alam maya. Usaha gigih blogger-blogger Geng Journal ini yang mengeluarkan duit sendiri untuk menerbitkan Jiwa Kacau ini adalah satu manifestasi kegigihan mereka untuk meletakkan nama-nama blogger selaras dengan nama-nama penulis lain yang sudah mempunyai edisi bercetak.
Ternyata medan blogging menjadi pilihan di mana semakin ramai penulis menggunakannya sebagai platform untuk mengasah bakat penulisan mereka, mencari kelompok pembaca setia yang bebas meninggalkan komen membina untuk memperbaiki stail penulisan mereka dan juga mencari peluang agar bakat mereka dapat diintai oleh pihak penerbit untuk peluang menjadi "published author". Pendek kata, blogging mendekatkan penulis blog dengan pembaca. Interaksi dua-hala membolehkan penulis blog mendapat maklum balas segera dari kelompok pembaca.
Kelebihan menulis di dalam blog ialah blogger yang mempunyai bakat penulisan bisa menarik golongan pembaca setia yang sering mengikuti penulisan mereka dan jika blook mereka diterbitkan, permintaan sedia ada akan menggerakkan penjualan novel bercetak mereka. Kelemahan menulis di dalam blog pula ialah, penulis blog yang berbakat terpaksa menghadapi risiko "penciplakan" idea daripada pembaca blog tertentu yang ingin mencari jalan mudah untuk menjadi popular dengan mencedok idea-idea yang dizahirkan oleh penulis-penulis blog ini.
Antara novel-novel yang sudah diterbitkan daripada e-novel (boleh juga dikategorikan sebagai blook) ialah Nyanyian Tanjung Sepi - Noorsuraya, Kasih Seharum Lavender - Eita Asyhta, Cinta Sang Pari-pari - Maya Adelia dan Awang Goneng Growing Up in Terengganu, sekadar menyebut beberapa blook yang saya tahu.
Mengapa Carrie suka blook ini?
1. Bakat penulisan yang begitu terserlah di kalangan blogger-blogger yang menyumbang entri mereka untuk Jiwa Kacau jauh menjangkaui "published author" yang sedia ada. Pihak penerbit perlu berusaha lebih keras untuk mencungkil bakat-bakat terpendam blogger-blogger ini yang hanya dapat dinikmati oleh segelintir sahaja pelayar web. 2. Stail penulisan yang "asli". Tahniah pada editor kerana menghormati cara penulisan blogger-blogger ini yang terserlah kreativitinya.
Dari kaca mata Carriekirana:
1. Tok Rimau (http://tokrimau.blogspot.com) - Tulisan yang jujur dan kadang kala sinis - menceritakan tentang apa yang ditimba dari kehidupan. 2. Mat Jan (http://jj.kroni.biz) - Tulisannya banyak mengandungi makna tersembunyi di sebalik humor yang diselitkan. 3. Bukunota (http://bukunota.blogspot.com)- Ringkas tetapi mendalam mesej yang cuba disampaikan. 4. Si Naga Origami (http://sinaganaga.blogspot.com) - Carrie sukakan tulisan Naga Origami ini. Begitu bersahaja tapi mencuit hati. Kebanyakan entri adalah dari kaca mata jujur seorang lelaki yang tidak berselindung daripada kekagummannya terhadap wanita. 5. Bluehikari (http://www.bluehikari.com) - Carrie kagum dengan bakat penulisan Bluehikari yang berjaya membawa Carrie "merasai" jiwanya dalam entri-entri terpilih beliau dalam Jiwa Kacau. 6. Dugongsenyum (http://dugongsenyum.blogdrive.com) - Entri-entrinya juga banyak menyelitkan elemen humor dalam mengupas pelbagai isu dalam kehidupan sehariannya. 7. Samurai Ghost (http://ahsuez.blogdrive.com) - Coretan tentang kehidupannya telus dan bersahaja. 8. Amyz (http://www.kroni.biz/amyz) - Amyz banyak menulis tentang pentingnya mempunyai perspektif yang positif dalam menjalani hidup ini. Carrie suka dengan perspektifnya yang melihat sesuatu dari sudut yang positif. 9. Rosram (http://rosram.diaryland.com) - Rosram memiliki stail penulisan deskriptif yang mampu membuatkan pembaca merasakan seolah-olah dia berada di dalam cerita yang dipaparkan. 10. Attokz (http://attokz.cjb.net) - Entri-entri Attokz banyak membicarakan tentang elemen-elemen kemanusiaan. Kelebihannya terletak pada kemahirannya memilih perkataan-perkataan yang mampu melukis pandangannya tentang isu-isu yang ditulis. 11. Abdullah Jones (http://abdullahjones.blogspot.com) - Blogger ini mencanai kehidupan dalam puisi-puisi ringkas tetapi menarik.
Siapa yang akan suka cerita sebegini?
1. Pelayar web yang suka membaca blog-blog 2. Pembaca yang mahukan kelainan dari sudut yang alternatif - selain dari mainstream books
Disclaimer: Isi kandungan Jiwa Kacau sesuai untuk bacaan golongan dewasa - Harap maklum.
Jika anda berminat atau teruja untuk mendapatkan senaskhah Jiwa Kacau, anda boleh layari laman web http://jiwakacau.blogspot.com kerana Jiwa Kacau tidak dijual di kedai-kedai buku utama.
Rating: **** (Kelainan yang menarik - meluaskan minda tentang pandangan bloggers merentasi ruang lingkup yang tipikal).
Posted at 06:41 am by carriekirana
Permalink
Monday, January 21, 2008
Kutemui Dikau Dalam Setiap Tahajudku - Desi Puspitasari
"Aku bukan mencari kekasih.... "Untuk bersenang-senang sementara saja." "Tapi yang aku cari ialah seorang imam yang sanggup membimbing aku dan keluargaku menuju jalan ke syurga."
Sinopsis Novel :
Susuk Airin yang berada di hadapan Agus berbeza sekali dengan gadis kecil yang pernah dikenalinya dahulu. Gadis itu memang cukup manis, ditambah dengan penampilannya yang bertudung membuatkan dia kelihatan begitu ayu. Jatuh cintakah Agus terhadap Airin...?
Namun, sungguh di luar dugaan, Airin menolak cinta Agus. Kenapa? Adakah kerana Airin telah memberikan hatinya kepada Dewa? Jika dibandingkan dengan lelaki berkereta itu, Agus memang kalah dalam segalanya. Tetapi, benarkah Dewa yang menjadi penghalang?
Untuk memiliki Airin, ternyata Agus harus berjuang untuk melunakkan hati ayah Airin. Berjayakah Agus? Masihkah ada kesempatan untuk Agus meraih Airin, meniti mahligai perkahwinan atau hanya tinggal angan semata-mata?
Dalam keadaan terumbang-ambing dan putus asa, Agus terus mencari dirinya. Namun, ketentuan daripada-Nya mengatasi segalanya .....
Tentang novel ini: Novel ini diterbitkan oleh PT Mizan, Indonesia, syarikat penerbitan kedua terbesar di Indonesia selepas PT Gramedia. PT Mizan bergabung dengan PT Litera dalam menjalinkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara, mempromosikan karya-karya dari PTS dan PT Mizan. Novel ini adalah novel pertama yang diterjemahkan oleh PT Litera dari Bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu untuk menggalakkan pertumbuhan pasaran novel sastera Islami di Malaysia.
Mengapa Carrie pilih novel ini? 1. Carrie sukakan tajuknya yang "catchy" - lebih kepada ciri Islami. 2. Gaya penulisan cerita cinta remaja yang santai. 3. Terjemahan novel ini masih lagi mengekalkan mood cerita dari Indonesia ini. 4. Mesejnya lebih berbentuk mengajak pembaca kembali menghayati kehidupan cara Islam. 5. Kreativiti penulis- terserlah walau dalam bentuk yang ringkas dan santai. 6. Perwatakan - Agus lebih menonjol wataknya dalam cerita ini - dan kisah ini banyak memfokuskan kepada perjalanan Agus mencari titik kesempurnaan dalam hidupnya.
Siapa yang akan suka dengan novel sebegini? 1. Mereka yang mencari bahan bacaan Islamik yang sesuai untuk remaja perempuan yang membesar. 2. Penggemar novel-novel sastera Islami - versi ini lebih kepada remaja dan tidak begitu berat seperti Ayat-ayat Cinta. 3. Mereka yang mencari kelainan dalam pembacaan.
Dari Kaca Mata Carriekirana
Di Indonesia, novel-novel sastera Islami telah lama menjadi popular, antara pilihan alternatif peminat buku daripada demografik rakyatnya yang begitu besar. Cuma, baru-baru ini sahaja, novel sastera Islami mula mendapat tempat sejak meledaknya karya Ayat-Ayat Cinta. Salah seorang penulis tanahair yang juga aktif menulis karya-karya sastera Islami ini ialah Faisal Tehrani yang mempunyai kelompok peminatnya tersendiri. Saya melihat perkembangan novel-novel sastera Islami ini sebagai satu trend pembacaan yang positif. Tentunya, ibubapa yang rajin membelikan bahan bacaan untuk anak-anak remaja mempunyai pilihan yang lebih meyakinkan daripada deretan novel-novel sastera Islami yang semakin mendapat tempat di Malaysia.
Rating: ***1/2 ( Sesuai untuk bacaan remaja)
Posted at 01:02 pm by carriekirana
Permalink
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
CARRIE KIRANAKuala Lumpur 10 Julai/Cancer Tulis, baca, masak, muzik, tonton wayang, melancong Ungu, Maroon, Hijau Pucuk Pisang Maggi goreng, nasi ayam, tiramisu, blueberry cheesecake Ice lemon tea, green tea Hubungi/sembang dengan saya di:carriekirana2@yahoo.com
Saya bukan siapa-siapa, hanya seorang hamba Allah yang mencari ruang di alam maya ini untuk melakukan satu perkara yang menjadi sebahagian daripada saya - menulis.
"BACAlah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia mencipta manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya." - Terjemahan Ayat 1-5, Surah Al Alaq.
"Books showed me there were possibilities in life, that there were actually people like me living in a world I could not only aspire to but attain. Reading gave me hope. For me, it was an open door."-Oprah Winfrey "You know you have read a good book when you turn the last page and feel as if you have lost a friend"-Anonymous. LATEST ADDITION TO MY TREASURE TROVE OF BOOKSTORES Times Pavilion - This is a new bookstore in town for booklovers and of course my new favorite place to find books. Excellent promotion for members - get 3 books for 2 - on top of that 5% for each book on discount; a lounge for members to enjoy chilling out and free WiFi Borders- If you are lucky, you can get three books for the price of two books - Worth going Times KLCC - I like Times very much because of the 10% off if you are a member , new arrivals - you can enjoy up until 25%- worth going Popular, Ampang Point - Even better, sometimes you can get 20% off selected titles or the new arrivals Kinokuniya KLCC - Check out some good promotions they have - new arrivals 20% off if you purchase another book of the same value or less Minerva, Jalan TAR - a haven for Malay novel enthusiasts, attractive 20% off the wide range of Malay novels of your choice MPH, Midvalley Megamall- Paling kedekut - you can only get points and once in the blue moon, you will get the red carpet specials but being a member doesn't get you much discount like the rest.
Bacalah seribu buku jika anda mahu menulis sebuah buku.
aku menulis bukan kerna nama... di sini aku coretkan pengalamanku, menjadi Cinderella Cinta, mengembara ke alam-alam cinta yang dizahirkan oleh deretan novelis... adakalanya perjalananku dihiasi dengan Gurindam Jiwayang indah dan telus; Pada satu ketika, aku juga dilambung Ombak Rindu. Aku terasa betapa Manisnya Cinta Yang Terindah dan Hangatnya Asmara. Adakalanya, cinta itu menjadi tragis lalu ia menjadi Rahsia Si Perindu. Kadang-kadang, hatiku tercuit... terusik... mengenangkan Epilog Cinta. Bila sampai masanya, air mataku juga bisa mengalir... Sesekali, ayat-ayat cinta yang indah kusimpan, untukku menulis rasa hatiku dalam ... diari dan surat... emel ? barangkali. Sudah jauh pengembaraanku... Mencari erti Cinta di bawah Bulan Yang Berbisik... di sebalik Bayangan Rindu... kadangkala aku terasa Bagaikan sang Puteri... menelusuri Labyrinth kehidupan namun sejauh mana aku pergi...aku hanya tahu yang satu...bahawa Syurga cinta akhirnya letaknya Di hati. - Carriekirana .
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
Layang-layang- Koleksi Sajak CarriekiranaBookrack - Carriekirana's Reviews on English NovelsCarrie's Column Kolum Bintang Carriekirana
****1/2 Setulus Setia Seindah Nama - Siti Hasneza Abdul Hamid Moga Kau Mengerti - Lily Haslina Nasir Epilog Cinta - Lily Haslina Nasir Hatiku Di Harajuku - Ramlee Awang Murshid Nyanyian Tanjung Sepi - Noorsuraya Tunjukkan Aku Satu Bintang - John Norafizan Cenderawasih - Fatinilam Sari Ahmad Cemburu Seorang Perempuan - Siti Hasneza Abdul Hamid Arjuna Hati - Norzailina Nordin
**** 5 Tahun 5 Bulan - Hlovate Andai Kumiliki Semalam- Syamimi Aminolah Percayalah - Ruby Hazri Buatmu Kekasih - Aisya Sofea Secebis Kasihmu - Syamimi Aminolah Hati Yang Terusik -Nia Azalea Pergilah Lara - Nor Erny Othman Belaian Jiwa-Nor Erny Othman Takagi Sayang - Nor Erny Othman Yang Terindah - Anis Ayuni Angin Dingin Dari Utara - Siti Hasneza Abdul Hamid Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Aku Cintai-Nor Erny Othman Bagaikan Puteri-Ramlee Awang Murshid Sempadan Tanpa Seri-John Norafizan Rahsia Perindu-Ramlee Awang Murshid Biru Ungu Cinta-Noorsuraya Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim Kesturi - Fatinilam Sari Ahmad Mahligai-Salina Ibrahim Rindunya Kian Membara-Noosuraya Tiada Indah-Ras Adibah Radzi Bisikan Kasih-Norhayati Abdul Malek Rindu Yang Pergi-Fazie Hanna Kasihku Abadi - Shanika Latisha Selamat Tinggal Sayang - Ma Lee Chuswan
***1/2 Surat Ungu Untuk Nuha - Noorsuraya Relevankah Aku Di Hatimu - Rnysa Jangan Biarkan Aku Menangis - Norhayati Berahim Syurga Di Hati - Salina Ibrahim Lelaki Terakhir- Sabariah Araur Kau Laksana Bulan- Aina Emir Kasih Antara Kita - Aleya Aneesa Tanpamu Di Sisi - Puteri Andalas Getaran Rindu - Norzailina Nordin ...Dan Mimpipun Bersatu - Izza Aripin Semalam Ku Bermimpi - Aina Emir Sutera Biru - Nor Rafishah Md Hassan Kau Kekasihku-Anis Ayuni Satu Janji - Ramlee Awang Murshid Suara Hati-Anis Ayuni Bukan Cinta Biasa - Izzul Izzati Megalomania - Fatinilam Sari Ahmad Tanah Andriyana-Noorsuraya Gemersik Kalbu - Anis Ayuni Untukmu Hana-Salina Ibrahim Cintamu Di Hati-Aida Adriani Manisnya Cinta - Anis Ayuni Sesuci Cinta-Aina Emir Pesona Rindu-Sharifah Abu Salem Tiga Wajah-Lamia Aimal Kau Yang Satu-Nia Azalea Bisikan Rindu-Mimie Afinie Permata Hati-Ma Lee Chuswan Suite 1908-Sri Diah Selamat Malam Tan Sri - Sri Diah Pergilah Sepi-Fauziah Ashari Tak Seindah Mimpi-Sharifah Abu Salem Air Mata Kasih-Norhayati Berahim Ombak Rindu-Fauziah Ashari Sehangat Asmara-Aisya Sofea Cinta Pertama-Norhayati Berahim
*** Tiada Batasan Sayang - Norhayati Berahim Rinduku di Angin Lalu -Norishah Abu Bakar Lafazkan Cintamu - Aida Adriani Janji Kasih - Sri Diah Kembalikanlah Kasihku - Nazawati Abdul Manap Adam & Hawa - Aisya Sofea Demi Kasih Ini -Hasreeyati Ramli Bahagia Itu Miliknya - Rozita Abdul Wahab Cinta..Tiada Akhirnya - Fauziah Ashari Emilya Zulaikha -Ariff Affandy Dendam Yang Terindah-Fatinilam Sari Ahmad Keranamu Ain-Noorsuraya Harga Diri - CT Rohaya Abu Mimpi Kita Serupa-Siti Hasneza Abdul Hamid Dia Lebih Mengerti-Norhayati Berahim Tak Seindah Impian-Haikal Mencari Cinta-Leeya Meeyra Asmara Yang Pertama-Nass Alina Noah Pelabuhan Kasih-Lily Suriani Nota Cinta Buatmu-Norhayati Berahim Impian Kasih- Liza Zahira Masih Ada Rindu-Mimie Afinie Ria Qistina-Bikash Nur Idris Jauh-Aisya Sofea Setia Menanti-Fauziah Ashari
**1/2 Lagu Rindu-Ayu Emelda Secebis Rindu- Alis Ashiqin Rindu Berdetik Lagi - Zuraidah Othman Nilai Cintamu-Eka Fahara Saat Cinta Bersemi - Damya Hanna Setulus Janji-Aina Emir Seindah Memori - Ilani Mysara Seharum Kasih-Aina Emir Badai Di Hati-Fazie Hanna Kabus Kasih - Eka Fahara Seindah Derita-Norhayati Berahim
** Sutera Kasih-Sirhan Ansari
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |