Tuesday, October 02, 2007
Bulan Berbisik - Samsiah Mohd Nor


Sinopsis Novel:

Andai malam bisa merisik, pasti purnama akan berbisik. Berbisik tentang cinta...tentang derita..tentang madu....tentang hempedu. Menikmati keindahan purnama di sebalik jendela, Khadijah sedar bulan ciptaan-Nya penuh rahsia, bagai mengungkap rahsia dirinya. Bila rasa ngilu kian terasa, dia mengembara mencari diri.

Kusedari..betapa selama ini aku tertipu dengan bayang-bayang mentari, sedangkan rembulan sudah lama menghuni. Kuakui...mengujiku adalah mainan-Mu. Memberi juga adalah limpah kurnia-Mu. Mengambil juga adalah hak-Mu. Justeru, aku kian berani menempuh realiti ini.

Lalu, Khadijah mencari Aima. Mahu dilamarnya. Namun, di mana ? Aima Adawiyah mencari satu pengabdian tapi dia bertemu cinta. Cinta yang pernah dihumban jauh dari hidupnya. Hatinya jadi celaru, langit jiwanya berubah biru.

Di persimpangan, Khadijah dan Aima bertemu. Kedua-duanya mengusung makna cinta yang ketara berbeza.

Ujar Khadijah.... Jangan kau menangis perempuan...kerana lara itu. Menangislah kerana Dia yang telah menciptamu.

Akur Aima... Aku menangis kerana lanjurku. Yang kucari cinta bermata tapi sayangnya bertemu cinta nan buta.


Samsiah Mohd Nor adalah novelis yang dikenali pencinta novel dengan novel Tangisan Bulan Madu. Novel klasik yang seharusnya menjadi antara simpanan koleksi peribadi ini menjadi sebutan hingga kini tetapi saya masih belum berpeluang membacanya lagi. Kali ini, kehadiran "Bulan Berbisik" karya terbaru Samsiah Mohd Nor terbitan Alaf 21 bagaikan satu magnet yang menarik saya untuk menghayati tulisan Samsiah Mohd Nor buat pertama kalinya.

Keunggulan Samsiah Mohd Nor dari segi penggunaan bahasa kreatif yang dimilikinya tidak perlu saya rungkaikan di sini. Kehalusan bahasa beserta bunga-bunga bahasa yang indah menjadikan karya "Bulan Berbisik" sebuah novel yang tidak rugi dimiliki.

Samsiah memilih untuk membangunkan cerita dari sudut penghayatan watak utama, Khadijah, seorang isteri yang patuh kepada tuntutan keluarga. Monolog dalaman watak Khadijah banyak menggerakkan plot cerita yang menjurus kepada pergolakan perasaan seorang wanita yang diuji oleh Allah. Dalam Bulan Berbisik, Khadijah lebih banyak berdiskusi dengan dirinya sendiri tentang pergelutan emosinya dan kesan perubahan kelakuannya dengan keadaan sekelilingnya. Samsiah menjadikan Khadijah matang dalam Bulan Berbisik - daripada seorang isteri yang leka dibuai dengan mimpi siang hari hingga menjadi seorang isteri yang tersentak dari mimpi lalu cuba mencari jalan penyelesaian dengan mencari ketenangan di bawah lindungan Kaabah. Saya kagum dengan garapan mantap Samsiah dalam membina perwatakan Khadijah - mengharungi lautan ujian yang ditentukan-Nya.

Begitu bermakna sekali novel Bulan Berbisik yang penuh dengan pengisian jiwa seorang insan yang cuba membersihkan diri daripada penyakit hati yang sering menyerang kita sebagai insan biasa. Isu yang cuba diutarakan di sini ialah sanggupkah seorang isteri mengetepikan perasaan tamak untuk kasih seorang suami dan membenarkan seorang wanita lain berkongsi kasih yang asalnya juga datang dari Allah ?

Saya suka pembaharuan terkini yang dilakukan oleh Alaf 21 dalam menerbitkan novel-novelnya yang terkini iaitu cuba keluar dari "acuan biskut" kisah-kisah cinta yang berleluasa di pasaran. Selera pembaca sukar diduga. Pilihan semakin banyak. Mata menjadi rambang untuk memilih kisah yang terbaik. Akhirnya pembeli lebih akur membeli kisah yang mempunyai cover paling cantik antara kebanyakan pakej-pakej novel di atas rak. Walaupun, kisahnya tidaklah sehebat mana.

Saya sukakan Bulan Berbisik. Penulis yang gemar melakar cerita dengan penumpuan kepada pembangunan watak utama sebuah kisah harus mendapatkan Bulan Berbisik kerana ianya adalah contoh yang ideal bagaimana pembangunan watak utama boleh memberi kesan kepada gaya penceritaan yang akhirnya mampu menarik perasaan pembaca untuk terus mengikuti ceritanya. Novel ini lebih kepada sebuah realiti kehidupan. Sesuai untuk golongan pembaca matang yang lebih gemar memilih kisah-kisah yang lebih berpijak di atas bumi nyata. Tahniah, Samsiah kerana sebuah karya yang "berbisa".

Rating: ****1/2( Memang best!!!!)


Posted at 08:21 am by carriekirana

dahlia
October 23, 2012   03:20 PM PDT
 
saya pon nk cari novel cikgu rania & cikgu rania 2..dh d bukukn ke? x puas baca dlm harian metro
dahlia
October 23, 2012   03:19 PM PDT
 
saya pon nk cari novel cikgu rania n cikgu rania 2,,dh d bukukn ke? x puas baca dlm harian metro
oakley sunglasses for sale
September 17, 2012   05:11 AM PDT
 
Hey ! am I glad to vist your blog ! from this I can get some information and facts that I didnít know prior to. You made my day. Thank you rather much!,448054,http://novelcintamelayu.blogdrive.com/archive/132.html
Louis Vuitton Sale
April 25, 2012   01:31 PM PDT
 
It's so nice to have you do all of the research for us. It makes our decision making so much easier!! Thanks.,969335,http://novelcintamelayu.blogdrive.com/archive/132.html
discount mulberry store
April 13, 2012   12:28 AM PDT
 
I like you on facebook and follow through google reader!,977046,http://novelcintamelayu.blogdrive.com/archive/132.html
Designer Louis Vuitton
April 13, 2012   12:27 AM PDT
 
I'm going home tonight to take a pick, i'm very excited about this (clearly you see how sad and crazy i am about shoes.) Will post the picture,529920,http://novelcintamelayu.blogdrive.com/archive/132.html
Sale Pandora Jewellery
April 11, 2012   03:32 AM PDT
 
thanks for your article,like your blog very much,well done,297589,http://novelcintamelayu.blogdrive.com/archive/132.html
syuhairah
January 18, 2011   04:00 PM PST
 
salam. saya juga mencari novel cikgu rania... sekiranya sudah dibukukan nak beli.. minta information pada yg tahu
azie
December 31, 2010   01:05 PM PST
 
say nak cari novel "cikgu rania" yg harian metro buat novel bersiri tu tapi tak tau nama penerbit nya..tolong la bagitau nama penerbit nya..T.Q
samsiah mohd nor
January 25, 2009   01:30 AM PST
 
salam saya di sini http://samsiahmohdnor.blogspot.com/
Maizura Mohd Ederis
December 28, 2007   05:16 PM PST
 
kepada peminat Samsiah Mohd Nor, novel pertamanya, Tangisan Bulan Madu akan disiarkan di RTM2 secara bersiri mulai awal tahun depan. (2008) tarikh belum pasti. Sila ambil perhatian ya. Lawati blognya, www.tangisanbulanmadu.blogspot.com

yanie
November 6, 2007   09:48 AM PST
 
novel ni pun yanie beli lepas baca ulasan dari carrie..yanie baru baca dalam minggu lepas..tahniah buat kak shamsiah..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry


CARRIE KIRANA

Kuala Lumpur
10 Julai/Cancer
Tulis, baca, masak, muzik, tonton wayang, melancong
Ungu, Maroon, Hijau Pucuk Pisang
Maggi goreng, nasi ayam, tiramisu, blueberry cheesecake
Ice lemon tea, green tea
Hubungi/sembang dengan saya di:carriekirana2@yahoo.com

Saya bukan siapa-siapa, hanya seorang hamba Allah yang mencari ruang di alam maya ini untuk melakukan satu perkara yang menjadi sebahagian daripada saya - menulis.


"BACAlah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia mencipta manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya." - Terjemahan Ayat 1-5, Surah Al Alaq.

"Books showed me there were possibilities in life, that there were actually people like me living in a world I could not only aspire to but attain. Reading gave me hope. For me, it was an open door."-Oprah Winfrey

"You know you have read a good book when you turn the last page and feel as if you have lost a friend"-Anonymous.

LATEST ADDITION TO MY TREASURE TROVE OF BOOKSTORES

Times Pavilion - This is a new bookstore in town for booklovers and of course my new favorite place to find books. Excellent promotion for members - get 3 books for 2 - on top of that 5% for each book on discount; a lounge for members to enjoy chilling out and free WiFi
Borders- If you are lucky, you can get three books for the price of two books - Worth going
Times KLCC - I like Times very much because of the 10% off if you are a member , new arrivals - you can enjoy up until 25%- worth going
Popular, Ampang Point - Even better, sometimes you can get 20% off selected titles or the new arrivals
Kinokuniya KLCC - Check out some good promotions they have - new arrivals 20% off if you purchase another book of the same value or less
Minerva, Jalan TAR - a haven for Malay novel enthusiasts, attractive 20% off the wide range of Malay novels of your choice
MPH, Midvalley Megamall- Paling kedekut - you can only get points and once in the blue moon, you will get the red carpet specials but being a member doesn't get you much discount like the rest.



Bacalah seribu buku jika anda mahu menulis sebuah buku.


aku menulis bukan kerna nama... di sini aku coretkan pengalamanku, menjadi Cinderella Cinta, mengembara ke alam-alam cinta yang dizahirkan oleh deretan novelis... adakalanya perjalananku dihiasi denganGurindam Jiwayang indah dan telus; Pada satu ketika, aku juga dilambungOmbak Rindu. Aku terasa betapa Manisnya Cinta Yang Terindah dan Hangatnya Asmara. Adakalanya, cinta itu menjadi tragis lalu ia menjadi Rahsia Si Perindu. Kadang-kadang, hatiku tercuit... terusik... mengenangkan Epilog Cinta. Bila sampai masanya, air mataku juga bisa mengalir... Sesekali, ayat-ayat cinta yang indah kusimpan, untukku menulis rasa hatiku dalam ... diari dan surat... emel ? barangkali. Sudah jauh pengembaraanku... Mencari erti Cinta di bawah Bulan Yang Berbisik... di sebalik Bayangan Rindu... kadangkala aku terasa Bagaikan sang Puteri... menelusuri Labyrinth kehidupan namun sejauh mana aku pergi...aku hanya tahu yang satu...bahawa Syurga cinta akhirnya letaknya Di hati. - Carriekirana



.



   





<< October 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31














































Name :
Web URL :
Message :

















Counters




Layang-layang- Koleksi Sajak Carriekirana

Bookrack - Carriekirana's Reviews on English Novels

Carrie's Column

Kolum Bintang Carriekirana



****1/2
Setulus Setia Seindah Nama - Siti Hasneza Abdul Hamid
Moga Kau Mengerti - Lily Haslina Nasir
Epilog Cinta - Lily Haslina Nasir
Hatiku Di Harajuku - Ramlee Awang Murshid
Nyanyian Tanjung Sepi - Noorsuraya
Tunjukkan Aku Satu Bintang - John Norafizan
Cenderawasih - Fatinilam Sari Ahmad
Cemburu Seorang Perempuan - Siti Hasneza Abdul Hamid
Arjuna Hati - Norzailina Nordin

****
5 Tahun 5 Bulan - Hlovate
Andai Kumiliki Semalam- Syamimi Aminolah
Percayalah - Ruby Hazri
Buatmu Kekasih - Aisya Sofea
Secebis Kasihmu - Syamimi Aminolah
Hati Yang Terusik -Nia Azalea
Pergilah Lara - Nor Erny Othman
Belaian Jiwa-Nor Erny Othman
Takagi Sayang - Nor Erny Othman
Yang Terindah - Anis Ayuni
Angin Dingin Dari Utara - Siti Hasneza Abdul Hamid
Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Aku Cintai-Nor Erny Othman
Bagaikan Puteri-Ramlee Awang Murshid
Sempadan Tanpa Seri-John Norafizan
Rahsia Perindu-Ramlee Awang Murshid
Biru Ungu Cinta-Noorsuraya
Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim
Kesturi - Fatinilam Sari Ahmad
Mahligai-Salina Ibrahim
Rindunya Kian Membara-Noosuraya
Tiada Indah-Ras Adibah Radzi
Bisikan Kasih-Norhayati Abdul Malek
Rindu Yang Pergi-Fazie Hanna
Kasihku Abadi - Shanika Latisha
Selamat Tinggal Sayang - Ma Lee Chuswan

***1/2
Surat Ungu Untuk Nuha - Noorsuraya
Relevankah Aku Di Hatimu - Rnysa
Jangan Biarkan Aku Menangis - Norhayati Berahim
Syurga Di Hati - Salina Ibrahim
Lelaki Terakhir- Sabariah Araur
Kau Laksana Bulan- Aina Emir
Kasih Antara Kita - Aleya Aneesa
Tanpamu Di Sisi - Puteri Andalas
Getaran Rindu - Norzailina Nordin
...Dan Mimpipun Bersatu - Izza Aripin
Semalam Ku Bermimpi - Aina Emir
Sutera Biru - Nor Rafishah Md Hassan
Kau Kekasihku-Anis Ayuni
Satu Janji - Ramlee Awang Murshid
Suara Hati-Anis Ayuni
Bukan Cinta Biasa - Izzul Izzati
Megalomania - Fatinilam Sari Ahmad
Tanah Andriyana-Noorsuraya
Gemersik Kalbu - Anis Ayuni
Untukmu Hana-Salina Ibrahim
Cintamu Di Hati-Aida Adriani
Manisnya Cinta - Anis Ayuni
Sesuci Cinta-Aina Emir
Pesona Rindu-Sharifah Abu Salem
Tiga Wajah-Lamia Aimal
Kau Yang Satu-Nia Azalea
Bisikan Rindu-Mimie Afinie
Permata Hati-Ma Lee Chuswan
Suite 1908-Sri Diah
Selamat Malam Tan Sri - Sri Diah
Pergilah Sepi-Fauziah Ashari
Tak Seindah Mimpi-Sharifah Abu Salem
Air Mata Kasih-Norhayati Berahim
Ombak Rindu-Fauziah Ashari
Sehangat Asmara-Aisya Sofea
Cinta Pertama-Norhayati Berahim


***
Tiada Batasan Sayang - Norhayati Berahim
Rinduku di Angin Lalu -Norishah Abu Bakar
Lafazkan Cintamu - Aida Adriani
Janji Kasih - Sri Diah
Kembalikanlah Kasihku - Nazawati Abdul Manap
Adam & Hawa - Aisya Sofea
Demi Kasih Ini -Hasreeyati Ramli
Bahagia Itu Miliknya - Rozita Abdul Wahab
Cinta..Tiada Akhirnya - Fauziah Ashari
Emilya Zulaikha -Ariff Affandy
Dendam Yang Terindah-Fatinilam Sari Ahmad
Keranamu Ain-Noorsuraya
Harga Diri - CT Rohaya Abu
Mimpi Kita Serupa-Siti Hasneza Abdul Hamid
Dia Lebih Mengerti-Norhayati Berahim
Tak Seindah Impian-Haikal
Mencari Cinta-Leeya Meeyra
Asmara Yang Pertama-Nass Alina Noah
Pelabuhan Kasih-Lily Suriani
Nota Cinta Buatmu-Norhayati Berahim
Impian Kasih- Liza Zahira
Masih Ada Rindu-Mimie Afinie
Ria Qistina-Bikash Nur Idris
Jauh-Aisya Sofea
Setia Menanti-Fauziah Ashari

**1/2
Lagu Rindu-Ayu Emelda
Secebis Rindu- Alis Ashiqin
Rindu Berdetik Lagi - Zuraidah Othman
Nilai Cintamu-Eka Fahara
Saat Cinta Bersemi - Damya Hanna
Setulus Janji-Aina Emir
Seindah Memori - Ilani Mysara
Seharum Kasih-Aina Emir
Badai Di Hati-Fazie Hanna
Kabus Kasih - Eka Fahara
Seindah Derita-Norhayati Berahim

**
Sutera Kasih-Sirhan Ansari






Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed