Monday, October 16, 2006
Percayalah - Ruby Hazri


Sinopsis Novel

Perjalanan hidupnya tidak seindah yang diharapkan. Dia hilang kasih dan terpinggir dari sayang seorang ayah. Dia lupa akan jati dirinya sebagai Danial Wolfgang.  Dia rasa terpenjara dalam kehidupan ciptaannya. Sehinggalah dia bertemu… Nurnya.

Nur Atiqah, gadis Melayu yang hadir di tengah-tengah kelompok budaya yang berbeza. Datang dengan harapan untuk melunaskan satu cita-cita . Namun tanpa disedari dia juga tidak boleh menolak sebuah perasaan yang hadir dalam diam.

Stuttgart... di situ mereka ditemukan;  pada saat putih salji yang jatuh menjadi saksi dan rasa yang bertunas tersimpan dalam-dalam.  Benarkah daun-daun mapel belum berhenti berguguran? Masihkah ada waktu untuk mereka merasai hadirnya musim bunga? Sedangkan mereka masih jua menyendiri dan membawa jauh-jauh satu rasa itu.  Duka lara tiba lebih dahulu sebelum segalanya terjadi.  Mampukah badai meleraikan pautan hati yang seteguh gunung salju itu? Mungkinkah, kisah mereka bagaikan sungai- sungai yang pasti bersatu di muara?

Mana mungkin lagi untuk ombak perasaanku ini mampu menghempas pantai hati mu, Atiqah...  kalau sudah ada benteng di situ? ~Danial Wolfgang

Mengapa Danial, kau tetap tidak pernah jemu-jemu memerhati kamar hatiku ini dalam remang-remang cahaya lampu oren itu? ~Nur Atiqah


Percayalah, anak sulung Jemari Seni Publishing ini, membuatkan saya sangat teruja. Asalnya, Percayalah diterbitkan dalam bentuk e-novel dan mempunyai pengikut-pengikut setianya tersendiri sebelum edisi cetaknya keluar di pasaran awal Oktober lalu. Syabas saya ucapkan kepada Ruby Hazri, walau ini adalah novel sulung beliau, tapi kematangannya, gaya bahasa dan plot ceritanya sudah sedia kukuh.  Penulisannya dalam Percayalah menggambarkan bahawa dia sudah lama melibatkan diri dalam penulisan. Bahasa yang digunakan indah dan puitis. Saya sukakan penulisan Ruby yang begitu deskriptif kerana Ruby berjaya mengajak saya menyelami kehidupan Danial dan Atiqah di Stuttgart, Germany.

Percayalah ialah sebuah novel berkisar tentang Danial yang hampir-hampir kehilangan identiti dirinya sendiri di celah-celah kehidupan masyarakat Jerman. Kedatangan Atiqah untuk menyambungkan pengajian di Germany dan pertemuan Atiqah dan Danial di University of Stuttgart membuatkan Danial teruja untuk mendekati seorang gadis timur yang masih mengekalkan ciri-ciri ketimurannya. Kisah cintanya manis tapi saya rasa akhir cerita ini agak tergantung. Saya tidak pasti jika Ruby ada hasrat untuk mengembangkan cerita ini dalam novel seterusnya.

Saya rasa Ruby boleh melangkah jauh dalam penulisan novel ini kerana bakatnya sememang terserlah. Bagi pembaca yang mahu mencari gaya penulisan yang berlainan dari kebanyakan kisah cinta klise di pasaran, boleh dapatkan Percayalah.

Rating: **** ( Best , ada kelainan - Berbaloi dibuat koleksi )


Bicara Carrie:
Kemunculan satu lagi penerbit "indie" ini saya lihat sebagai satu persaingan yang sihat dalam pasaran novel cinta Melayu tempatan. Pembaca banyak disogokkan dengan acuan gaya penulisan yang "serupa" lantas kemunculan novel-novel terbitan penerbit-penerbit "indie" ini sebenarnya mempunyai tarikan tersendiri dan menawarkan kepuasan membaca yang berlainan untuk mereka yang inginkan satu pembaharuan dalam pembacaan "mainstream".

Posted at 11:48 am by carriekirana

mizziey
April 11, 2008   11:03 AM PDT
 
saya beli novel ini sesudah baca kopi susu sepatu biru. gaya bahasa yg lain daripada kopi susu. mungkin kerana ini buku pertama penulis. apa-apa pun cerita ini tetap menarik dalam acuannya yang tersendiri.
Name
November 16, 2006   02:25 PM PST
 
buku ni kat bookstore ade kan...
takut susah nak cari..
yusnita_csting
October 19, 2006   05:05 PM PDT
 
Wah...naskah nie baru yus terima pagi tadi dari pengedar Yus...Syariakt fajar..tak pe lepas nie yus print out review carrie utk pemiant di bintulu...semoga JEMARI SENI dan Carrie terus aktif menghasil/me'review' buku/novel...bukan apa mudah utk peminat membeli dan menilai sesuatu novel di pasaran...latsly good luck ok...
jemari seni com
October 19, 2006   01:06 PM PDT
 
Salam Carrie,

Terima kasih kerana sudi 'review' novel sulung Jemari Seni di blog resensi buku ini. Sebuah 'review' yang manis, untuk sebuah syarikat yang baru sahaja bertatih dalam dunia ini. Kebetulan pula, kami mendapat naskhah yang manis untuk diterbitkan... Alhamdulillah.

Sekali lagi, terima kasih untuk Carrie dan pembaca yang sudi menatap PERCAYALAH...

Editor
carriekirana
October 17, 2006   02:19 PM PDT
 
Ya, Jaja. Jemari Seni ialah syarikat penerbitan Kak Su dan rakan kongsinya.
Jaja
October 17, 2006   01:51 PM PDT
 
Kalau tak salah jaja, penerbit dia Kak Su NTS.
arirada
October 17, 2006   10:05 AM PDT
 
teringin sangat nak beli n baca, tp kena tunggu abis exam dulu :(

tak sangka kak carrie dah buat review
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry


CARRIE KIRANA

Kuala Lumpur
10 Julai/Cancer
Tulis, baca, masak, muzik, tonton wayang, melancong
Ungu, Maroon, Hijau Pucuk Pisang
Maggi goreng, nasi ayam, tiramisu, blueberry cheesecake
Ice lemon tea, green tea
Hubungi/sembang dengan saya di:carriekirana2@yahoo.com

Saya bukan siapa-siapa, hanya seorang hamba Allah yang mencari ruang di alam maya ini untuk melakukan satu perkara yang menjadi sebahagian daripada saya - menulis.


"BACAlah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia mencipta manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya." - Terjemahan Ayat 1-5, Surah Al Alaq.

"Books showed me there were possibilities in life, that there were actually people like me living in a world I could not only aspire to but attain. Reading gave me hope. For me, it was an open door."-Oprah Winfrey

"You know you have read a good book when you turn the last page and feel as if you have lost a friend"-Anonymous.

LATEST ADDITION TO MY TREASURE TROVE OF BOOKSTORES

Times Pavilion - This is a new bookstore in town for booklovers and of course my new favorite place to find books. Excellent promotion for members - get 3 books for 2 - on top of that 5% for each book on discount; a lounge for members to enjoy chilling out and free WiFi
Borders- If you are lucky, you can get three books for the price of two books - Worth going
Times KLCC - I like Times very much because of the 10% off if you are a member , new arrivals - you can enjoy up until 25%- worth going
Popular, Ampang Point - Even better, sometimes you can get 20% off selected titles or the new arrivals
Kinokuniya KLCC - Check out some good promotions they have - new arrivals 20% off if you purchase another book of the same value or less
Minerva, Jalan TAR - a haven for Malay novel enthusiasts, attractive 20% off the wide range of Malay novels of your choice
MPH, Midvalley Megamall- Paling kedekut - you can only get points and once in the blue moon, you will get the red carpet specials but being a member doesn't get you much discount like the rest.



Bacalah seribu buku jika anda mahu menulis sebuah buku.


aku menulis bukan kerna nama... di sini aku coretkan pengalamanku, menjadi Cinderella Cinta, mengembara ke alam-alam cinta yang dizahirkan oleh deretan novelis... adakalanya perjalananku dihiasi denganGurindam Jiwayang indah dan telus; Pada satu ketika, aku juga dilambungOmbak Rindu. Aku terasa betapa Manisnya Cinta Yang Terindah dan Hangatnya Asmara. Adakalanya, cinta itu menjadi tragis lalu ia menjadi Rahsia Si Perindu. Kadang-kadang, hatiku tercuit... terusik... mengenangkan Epilog Cinta. Bila sampai masanya, air mataku juga bisa mengalir... Sesekali, ayat-ayat cinta yang indah kusimpan, untukku menulis rasa hatiku dalam ... diari dan surat... emel ? barangkali. Sudah jauh pengembaraanku... Mencari erti Cinta di bawah Bulan Yang Berbisik... di sebalik Bayangan Rindu... kadangkala aku terasa Bagaikan sang Puteri... menelusuri Labyrinth kehidupan namun sejauh mana aku pergi...aku hanya tahu yang satu...bahawa Syurga cinta akhirnya letaknya Di hati. - Carriekirana



.



   





<< October 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31














































Name :
Web URL :
Message :

















Counters




Layang-layang- Koleksi Sajak Carriekirana

Bookrack - Carriekirana's Reviews on English Novels

Carrie's Column

Kolum Bintang Carriekirana



****1/2
Setulus Setia Seindah Nama - Siti Hasneza Abdul Hamid
Moga Kau Mengerti - Lily Haslina Nasir
Epilog Cinta - Lily Haslina Nasir
Hatiku Di Harajuku - Ramlee Awang Murshid
Nyanyian Tanjung Sepi - Noorsuraya
Tunjukkan Aku Satu Bintang - John Norafizan
Cenderawasih - Fatinilam Sari Ahmad
Cemburu Seorang Perempuan - Siti Hasneza Abdul Hamid
Arjuna Hati - Norzailina Nordin

****
5 Tahun 5 Bulan - Hlovate
Andai Kumiliki Semalam- Syamimi Aminolah
Percayalah - Ruby Hazri
Buatmu Kekasih - Aisya Sofea
Secebis Kasihmu - Syamimi Aminolah
Hati Yang Terusik -Nia Azalea
Pergilah Lara - Nor Erny Othman
Belaian Jiwa-Nor Erny Othman
Takagi Sayang - Nor Erny Othman
Yang Terindah - Anis Ayuni
Angin Dingin Dari Utara - Siti Hasneza Abdul Hamid
Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Aku Cintai-Nor Erny Othman
Bagaikan Puteri-Ramlee Awang Murshid
Sempadan Tanpa Seri-John Norafizan
Rahsia Perindu-Ramlee Awang Murshid
Biru Ungu Cinta-Noorsuraya
Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim
Kesturi - Fatinilam Sari Ahmad
Mahligai-Salina Ibrahim
Rindunya Kian Membara-Noosuraya
Tiada Indah-Ras Adibah Radzi
Bisikan Kasih-Norhayati Abdul Malek
Rindu Yang Pergi-Fazie Hanna
Kasihku Abadi - Shanika Latisha
Selamat Tinggal Sayang - Ma Lee Chuswan

***1/2
Surat Ungu Untuk Nuha - Noorsuraya
Relevankah Aku Di Hatimu - Rnysa
Jangan Biarkan Aku Menangis - Norhayati Berahim
Syurga Di Hati - Salina Ibrahim
Lelaki Terakhir- Sabariah Araur
Kau Laksana Bulan- Aina Emir
Kasih Antara Kita - Aleya Aneesa
Tanpamu Di Sisi - Puteri Andalas
Getaran Rindu - Norzailina Nordin
...Dan Mimpipun Bersatu - Izza Aripin
Semalam Ku Bermimpi - Aina Emir
Sutera Biru - Nor Rafishah Md Hassan
Kau Kekasihku-Anis Ayuni
Satu Janji - Ramlee Awang Murshid
Suara Hati-Anis Ayuni
Bukan Cinta Biasa - Izzul Izzati
Megalomania - Fatinilam Sari Ahmad
Tanah Andriyana-Noorsuraya
Gemersik Kalbu - Anis Ayuni
Untukmu Hana-Salina Ibrahim
Cintamu Di Hati-Aida Adriani
Manisnya Cinta - Anis Ayuni
Sesuci Cinta-Aina Emir
Pesona Rindu-Sharifah Abu Salem
Tiga Wajah-Lamia Aimal
Kau Yang Satu-Nia Azalea
Bisikan Rindu-Mimie Afinie
Permata Hati-Ma Lee Chuswan
Suite 1908-Sri Diah
Selamat Malam Tan Sri - Sri Diah
Pergilah Sepi-Fauziah Ashari
Tak Seindah Mimpi-Sharifah Abu Salem
Air Mata Kasih-Norhayati Berahim
Ombak Rindu-Fauziah Ashari
Sehangat Asmara-Aisya Sofea
Cinta Pertama-Norhayati Berahim


***
Tiada Batasan Sayang - Norhayati Berahim
Rinduku di Angin Lalu -Norishah Abu Bakar
Lafazkan Cintamu - Aida Adriani
Janji Kasih - Sri Diah
Kembalikanlah Kasihku - Nazawati Abdul Manap
Adam & Hawa - Aisya Sofea
Demi Kasih Ini -Hasreeyati Ramli
Bahagia Itu Miliknya - Rozita Abdul Wahab
Cinta..Tiada Akhirnya - Fauziah Ashari
Emilya Zulaikha -Ariff Affandy
Dendam Yang Terindah-Fatinilam Sari Ahmad
Keranamu Ain-Noorsuraya
Harga Diri - CT Rohaya Abu
Mimpi Kita Serupa-Siti Hasneza Abdul Hamid
Dia Lebih Mengerti-Norhayati Berahim
Tak Seindah Impian-Haikal
Mencari Cinta-Leeya Meeyra
Asmara Yang Pertama-Nass Alina Noah
Pelabuhan Kasih-Lily Suriani
Nota Cinta Buatmu-Norhayati Berahim
Impian Kasih- Liza Zahira
Masih Ada Rindu-Mimie Afinie
Ria Qistina-Bikash Nur Idris
Jauh-Aisya Sofea
Setia Menanti-Fauziah Ashari

**1/2
Lagu Rindu-Ayu Emelda
Secebis Rindu- Alis Ashiqin
Rindu Berdetik Lagi - Zuraidah Othman
Nilai Cintamu-Eka Fahara
Saat Cinta Bersemi - Damya Hanna
Setulus Janji-Aina Emir
Seindah Memori - Ilani Mysara
Seharum Kasih-Aina Emir
Badai Di Hati-Fazie Hanna
Kabus Kasih - Eka Fahara
Seindah Derita-Norhayati Berahim

**
Sutera Kasih-Sirhan Ansari






Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed