Saturday, December 03, 2011
ROOFTOP RANT - HLOVATE

Dari Pena Carriekirana Hlovate adalah salah seorang penulis kegemaran saya. Penulisannya jujur dan banyak berkisar tentang falsafah hidup dan pencarian abadi. Dia menulis bukan untuk memuaskan hati sesiapa tetapi lebih kepada mengupas inti pati kehidupan itu sendiri. Lalu, karya-karyanya yang jujur menjadi best-seller dan permata hati Jemari Seni, penerbit yang mengasah bakat doktor penulis ini. Rooftop Rant adalah penjelajahan jiwa seorang Batrisya di atas bumbung Wisma Topaz. Di situ, dia bertemu dengan Jade alias Zaid yang masih memburu impian untuk menjadi seorang pelukis komik. Trisy datang daripada keluarga yang berantakan seperti retak menunggu belah. Sebagai anak bongsu yang masih dahagakan kasih sayang, Trisy mencari escapism di Wisma Topaz dan bertemu dengan Jade di atas bangunan itu. Sesi bicara bumbung Trisy dan Jade banyak berkisar tentang kekecewaan Trisy dengan hala tuju keluarganya. Keluarga berada yang masing-masing mencari haluan sendiri atas dasar kemewahan namun kontang dengan kasih sayang. Ketika Trisy dah Jade semakin rapat, Trisy mengalami trauma yang dashyat lantas dia memilih untuk hidup bersama datuk dan neneknya di Johor Bahru. Dan, mereka terpisah. Sebelum Trisy meninggalkan KL, dia membantu Jade mendapatkan pekerjaan di syarikat komik. Sejak itu, Jade mula membina nama dalam dunia komik. Membaca Rooftop Rant adalah seperti membaca diari peribadi penulis. Itu adalah apa yang saya rasakan. Penulisan Hlovate memang mencuit hati nurani saya dan gaya penulisannya berbicara tentang falsafah kehidupan membuka mata hati saya untuk menilai kehidupan dari sudut yang berbeza. Elemen ketuhanan diselitkan bagi menguatkan lagi falsafah hidup seorang Islam di atas muka bumi ini. Secara keseluruhan, Rooftop Rant meneroka setting baru di atas bumbung yang akhirnya membawa jalan cerita Trisy dan Jade melalui pelbagai fasa. Rating: ***1/2(Berbaloi untuk dijadikan koleksi peribadi)

Posted at 07:30 pm by carriekirana
Comment (1)  




Thursday, December 01, 2011
LANGSIR BIJI REMIA

Mana perginya tinta tujuh warna untuk dibalas sepucuk surat pada dia?

Sinopsis boleh klik di sini: Langsir Biji Remia


Dari Pena Carriekirana:

Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman membaca Langsir Biji Remia nukilan Noor Suraya. Langsir Biji Remia adalah salah satu novel yang diterbitkan dalam siri Si Manis 17 keluaran Jemari Seni. Tajuk-tajuk novel dalam siri ini sangat "catchy" menggamit Carrie untuk mencerna mesej yang cuba disampaikan melalui siri ini. Novel pendek dengan ketebalan muka surat 262 ini menyingkap kisah si Duha Hafa yang berjiran dengan Umair. Cinta monyet yang tersemat dari kecil semakin subur apabila mereka menginjak dewasa tetapi akibat tragedi yang berlaku dalam hidup Duha, mereka semakin menjauh.

Kisah ini adalah kisah ringan. Boleh dikatakan ini adalah karya paling ringan yang pernah dihasilkan oleh Noor Suraya yang berkisar tentang cinta sesama manusia berbanding novel-novel beliau terdahulu. Pun begitu, Noor Suraya tidak lupa untuk mengajak pembacanya menyelami erti cinta kepada Tuhan yang sepatutnya lebih agung dan tinggi peringkatnya berbanding cinta sesama manusia.

Saya sukakan novel ini kerana bahasa yang digunakan bersahaja. Bagi mereka yang sibuk tetapi dahagakan novel fiksyen untuk merehatkan minda, Langsir Biji Remia menepati citarasa. Cukup rencahnya - tidak terlalu berat hingga menyesak fikiran tetapi masih mampu menarik pembacanya mengikut Duha mengintai di sebalik Langsir Biji Remia.

Rating: ****(Boleh dijadikan koleksi peribadi)

Ralat: Langsir Biji Remia adalah terbitan JS Adiwarna, ahli keluarga Jemari Seni.

Posted at 07:09 am by carriekirana
Comments (2)  




Friday, May 06, 2011
CARRIE KEMBALI

Salam semua.

Rindunya Carrie dengan blog kesayangan Carrie ini. Harapan untuk kembali merancakkan dunia ulasan novel Melayu sebenarnya tidak pernah padam. Kembalinya saya ke sini untuk mengulas apatah lagi dengan deretan buku-buku yang dibeli sempena Pesta Buku 2011 yang baru lepas.

Kepada yang masih menanti nukilan Carrie di sini, terima kasih kerana sudi menunggu di sini.

Kepada yang baru hadir di sini, terima kasih kerana berkunjung ke rumah Carrie yang berhabuk ini.

Tunggu ulasan terbaru dalam sehari dua lagi....

Jangan lupa masukkan Carrie dalam ruang kenalan di Facebook. Carrie sudah membuka akaun di sana menggunakan nama Carrie Kirana.

Sehingga bertemu.

Salam rindu,
Carriekirana


Posted at 09:22 am by carriekirana
Make a comment  




Sunday, September 20, 2009
Salam Hari Lebaran

Salam buat semua pelayar laman web ini.

Memang sudah lama Carrie tidak mengintai ke rumah Carrie yang sangat Carrie hargai ini. Rindu rasanya untuk berkongsi rasa tentang novel mutakhir di dunia novel cinta Melayu. Tetapi, Carrie kini sedang berusaha untuk menyiapkan pengajian Carrie yang akan berakhir tidak lama lagi, Insya Allah. Kemudian, Carrie akan kembali ke rumah ini, memaparkan novel-novel yang menarik buat peminat novel khasnya.

Sempena hari yang mulia, Carrie ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua yang mengenali Carrie di sini.

Maaf Zahir Batin.

Salam rindu,

Carriekirana


Posted at 06:32 am by carriekirana
Comment (1)  




Tuesday, May 05, 2009
L.U.V.E. - Pingu Toha


Judul: L.U.V.E.
Penulis:
Pingu Toha
Penerbit: Jemari Seni
Genre: Cinta urban
Bintang: ****(Koleksi peribadi Carrie)


Sinopsis Novel:Dipetik dari laman web

The Love. The Other Girl. The Old Flame. The Other Guy 

Siapa yang harus dipilih?

Untuk sekian waktu, Uthman Huzir, si pekerja di kedai buku sukar menentukan pilihannya! Sama ada untuk memilih The Love atau The Other Girl ataupun The Old Flame. Semuanya membelit Uthman Huzir, dan memutarkan hidupnya 360° secara total. Apa yang berlaku, bukan pintanya!   

Dia hanya mendambakan The Love, sepenuh cinta. Namun keadaan semakin sulit, masih ada The Other Girl dan The Old Flame... dan dirinya sendiri. Dilemanya berterusan, The Other Girl mengejar dia; The Old Flame inginkan dia kembali; The Other Guy mahukan The Love. Lalu bagaimana?  

Namun untuk ‘I love you’? Jawapan yang pasti untuk The Love. Tapi.... 

                                                                      + + + + + + 

Benarkah penulis lelaki menyembunyikan rasa cinta dalam tulisan mereka? Pernyataan itu tentunya salah sekiranya anda membaca romantis-komedi L.U.V.E dari hati seorang Pingu Toha! 


Dari Meja Carriekirana:


Namanya menarik perhatian. Pingu Toha. Lalu, novelnya dengan tajuk yang "simple". Pingu mengingatkan saya kepada kartun popular Pingu di TV.

 

L.U.V.E. adalah karya urban yang segar tentang cinta. Plotnya mudah. Kisahnya adalah kisah cinta tiga segi biasa-biasa saja. Namun, kisah cinta tiga segi yang diangkat di atas platform L.U.V.E. ini memperlihatkan bakat semulajadi Pingu, satu permata terpendam yang digilap oleh Jemari Seni.

Saya terhibur bersama Uthman Huzir yang mencari erti cinta. Di antara  The Love, The Other Girl dan The Old Flame. Untuk dirinya. Bukankah kita semua begitu ? Masih lagi mencari erti cinta dalam acuan kita sendiri.

L.U.V.E. adalah bacaan santai yang menggamit perasaan cinta dalam diri pembaca. Saya rekomen L.U.V.E. untuk mereka yang mencari-cari kelainan. L.U.V.E. lain. Dan, ia amat berkesan di hati saya.

Syabas, Pingu Toha. Whoever you are.


"People can't just DECIDE to fall in love! Hearts can't be prompted like computers!"

"They should have a university course on the Science of Love..."

"Bercinta tak pakai otak, dude! Pakai hati..."

"Transisi daripada kawan kepada kekasih, kemudian putus - jadi kawan semula adalah proses terlalu kompleks. Macam evolusi patah balik."

"Uth, sebab itu cinta jatuh pada hati. Bukan pada otak. Otak untuk fikir dan semuanya nanti jadi terlalu philosophical. Tapi, hati untuk rasa yang jadi perasaan."

"When the heart is broken, it bleeds life out of you. Cinta yang hancur bererti hidup yang mati..."

"Uth, what is the ultimate purpose of living? To love..."

Uth, awal terlalu istimewa buat saya. Awak cinta pertama saya. Tak mungkin saya dapat lupakan cerita cinta kita. Walau penyudahnya tak seperti fairy tale...

Elina, ruang hati saya untuk awak hanya sebagai teman paling rapat. Yang paling memahami. Tak ada salahnya pada awak. It's just my feelings for you are no longer aflamed."

Cinta punya segala emosi.

...tapi kau tak mengerti tentang manusia. Dan, kami punya seribu satu emosi yang sebenar-benarnya kisah kehidupan. Bukan hikayat Scheherazade.

Cinta boleh dibawa ke mati....Bukan serta-merta. Tapi kau akan mati perlahan-lahan. Sakit, derita, kau sengsara, merana dan mati... Macam bunga yang direntap dari tangkainya, kemudian dicampak ke tanah, dibiarkan kering, lalu ianya mereput.

Our pages don't fit together. Fairy tale tak bercampur realiti. Realiti tak mengiakan cerita dongeng.Tak semua cerita dapat happy ending. Kesudahan cerita saya begitulah... You don't love me anymore.

Akhirnya, saya sedar, cinta bukannya mengikat. Cinta itu membebaskan. Awak tak lagi terikat dalam penjara cinta saya. Hati saya tak lagi sakit, dirobek dari dalam sebab awak nak lepaskan diri. Maafkan saya. I pray you all the love in the world.

"...veni, vidi, vici. Tapi, aku tak akan dapat takluk Lara, bukan hatinya atau cintanya atau sekadar tubuhnya. Aku cuma mahu cinta Lara..."

Cinta itu sama sahaja bahasanya.. di mana-mana sahaja di dunia ini untuk sesiapa sahaja. Cinta punya segala emosi. Saya dah rasa gembira, takut, marah, keliru, benci, cemburu, sedih, tersiksa. Saya rasa cinta. Cinta itu emosi yang satu.

Does anyone know what love really is?

Aku cintakan Lara, dengan yang sebenarnya cinta; Lara juga cintakan aku, dengan sebenarnya love.


Posted at 07:29 am by carriekirana
Comments (8)  




Friday, May 01, 2009
Kasut Biru Rubina - Sufian Abas


Judul: Kasut Biru Rubina
Penulis:
Sufian Abas
Penerbit: Sang Freud Press
Genre: Alternative
Tahap pembacaan : 18 tahun ke atas.


Saya memang suka baca novel-novel cinta. Sejak saya mengenal huruf. Namun, dalam lambakan novel-novel cinta yang saya baca, saya juga suka membaca karya-karya yang lain daripada yang lain. Saya mahu menjadi pembaca versatil yang membaca semua karya tanpa perasaan prejudis. Ia adalah satu amalan yang perlu digilap hari demi hari kerana bukan senang untuk mencerna karya yang bukan santapan minda seharian. Saya terjumpa karya Sufian Abas ini lewat tahun lepas. Membaca karya alternatif stail Sufian Abas sebenarnya memerlukan pembaca memiliki minda yang terbuka.

Kasut Biru Rubina adalah koleksi cerita-cerita pendek garapan Sufian yang meneropong ke dalam kehidupan urban. Gaya penulisan dan cerita yang terpapar adalah esentrik, menjangkaui ruang kehidupan normal tetapi, ia  adalah satu pembuka tirai kepada alam kreatif yang luar dari aliran perdana. Dari cerita Telefon, Sufian Abas berbicara tentang Malam Ini Malaikat Tidur, Grotesk, Wanita Paling Cantik Di Dunia Di Koc-3 Elarti ke Kelana Jaya hingga ke Kasut Biru Rubina.

Saya paparkan novel alternatif ini dalam ruangan saya kerana saya rasakan gaya penulisan Sufian Abas yang memiliki ciri-ciri tarikan tersendiri. Bagi, yang berani membaca karya-karya luar biasa,  karya Kasut Biru Rubina ini akan membawa anda meneroka alam yang lagi satu.


"Buat pertama kali dalam hidupnya, Husen Jatuh Cinta. Cinta dengan huruf besar C. Cinta yang didendang dalam lagu. Cinta yang dilafaz  dalam puisi. Cinta yang ditulis dalam buku."

"Ya, aku dan Melissa saling mencintai. hidupku yang dahulunya kosong, muram dan gersang seperti adam yang mabuk di syurga, diangkat sejurus melihat Melissa berdiri di hadapan aku, seperti satu garis cahaya yang menyinari segalanya."


Dari Meja Carriekirana : Kemilau Dunia Penulisan

Lima tahun berlalu. Itulah umur Novelcintamelayu. Melalui blog ulasan ini, banyak pengalaman berharga yang saya timba. Ada yang menarik manis seperti madu, ada juga yang pahit seperti Panadol. Saya harap saya dapat menyampaikan mesej di sini, berkongsi dengan pembaca yang masih sudi membaca tulisan saya di sini. Pada dasarnya, kelahiran blog ini adalah untuk mencari ruang bagi saya menjadi penulis. Biar pun sekadar penulis blog.  Pun begitu, pengulasan novel-novel yang saya baca membawa saya melangkah lebih jauh dalam dunia penulisan: berkenalan dengan penulis-penulis yang karya-karya mereka amat saya kenali.

Dalam dunia penulisan kreatif, tidak ada salah atau betul. Saya rasa kebanyakan penulis-penulis masih lagi tercari-cari identiti mereka dalam memantapkan lagi karya mereka. Dan, seseorang penulis tidak dapat lari daripada memiliki jiwa yang sensitif. Itu lumrah orang kreatif. Tetapi, berjuang untuk sebuah penulisan dalam lambakan novel-novel di pasaran adalah sama dengan berjuang dalam bidang yang lain. Penulis harus ada jiwa yang kental dan telinga kuali yang tebal, menahan setiap lontaran komen yang diajukan oleh peminat/pembaca karya mereka. Jiwa yang lemah akan lemas dihanyut terus ke lautan lepas. Tenggelam. Jiwa penulis yang gigih dan tidak mengenal erti kalah akan membuka pintu-pintu peluang keemasan.

Penulis-penulis yang lama berkecimpung dalam dunia penulisan yang masih kekal bertahan adalah mereka yang berjiwa kental dan tidak henti-henti menulis mengikut acuan mereka meski dilanda sepak terajang kata-kata tajam menghiris daripada persekitaran mereka. Lalu, mereka ini menjadi kebal dan terus menulis, mencari ruang untuk nama mereka bertapak. Dan, mereka mempunyai golongan pembaca yang masih setia. Inilah yang saya perhatikan di Pesta Buku. Ramlee Awang Murshid yang dihentam kerana penulisannya tetap mennghasilkan karya dan mempunyai kelab peminatnya; Norhayati Berahim yang sudah melalui penat jerih dalam bidang penulisan masih lagi menulis secara aktif dan membuka boothnya sendiri untuk peminat-peminatnya yang datang dari pelbagai lapisan; mungkin ada juga penulis-penulis lain yang masih lagi gigih berkarya walaupun dihenyak atau dilontar dengan pelbagai label.

Penulisan sebenarnya adalah satu bidang profesional yang dianaktirikan kerana kerajaan sendiri tidak memberi dana untuk mengembangkan industri penulisan, perbukuan dan penerbitan. Tetapi, masih ramai lagi yang berminat untuk menyumbang idea kreatif bagi menyemarakkan dunia penulisan di negara ini.

Wallahualam.

P.S. When you lose your cool, you die slowly.So, keep your emotion tank intact and brace the brewing storm.You will be just fine.


Posted at 08:48 am by carriekirana
Make a comment  




Thursday, April 23, 2009
Meniti Alaf 21

Deretan buku-buku baru di gerai Alaf 21:

 

 

 


Dari Meja Carriekirana:

Pada tahun ini, Karangkraf-Alaf 21- Buku Prima mendapat booth yang sangat strategik seperti tahun sebelumnya. Di mana-mana sahaja saya pergi di Pesta Buku, saya dapati pengunjung menjinjing beg plastik Karangkraf. Tahun ini, staf Karangkraf berbaju hijau muda - mesra alam. Dan, kakitangannya juga mesra alam tahun ini.Sejuk mata saya memandang warna baju yang dipakai juga senyuman ikhlas yang diberikan.

Deretan novel-novel baru memang ditunggu di Pesta Buku. Seperti kebiasaannya,  pengunjung akan mendapatkan novel-novel dari penulis-penulis Alaf21 yang prolifik. Penulis senior yang sudah mencipta nama dan melekat label mereka di hati peminat novel seperti  Ramlee Awang Murshid, Anis Ayuni, Aisya Sofea, Damya Hanna, Norzailina Nordin sekadar menyebut beberapa nama. Bagaimana pula dengan penulis baru Alaf 21?

Alaf 21 memang mempunyai kedudukan yang sangat kukuh dalam pasaran novel cinta tempatan. Brandingnya sudah kuat di hati pembaca. Deretan pengunjungnya tidak pernah susut. Setiap pengunjung yang datang ke Pesta Buku pastinya sekurang-kurangnya membeli sebuah buku terbitan Karangkraf-Alaf21-Buku Prima.

Tapi, tahun ini, seperti tahun terdahulu, tiada kelainan walaupun gerai nampak sesak dengan pengunjung. Pada tahun ini, Alaf 21 lebih bergantung kepada kekuatan labelnya untuk menarik pengunjung. Selain daripada buku terbaru Ramlee Awang Murshid dan Anis Ayuni, tiada aktiviti lain yang boleh menarik perhatian saya. Deretan novel-novel penulis baru kelihatan seakan-akan sama. Saya juga keliru tetapi saya pasti setiap pengunjung ada kegemarannya tersendiri.

Sudah sampai masanya Alaf 21 memikirkan promosi yang lebih innovatif untuk kekal bersaing dalam zaman ini.

Wallahualam.


Posted at 06:18 pm by carriekirana
Comment (1)  




Wednesday, April 22, 2009
Dunia Chick Lit dan KarnaDya

Dipetik dari website KarnaDya:

Produk Terbaharu KarnaDya, CHICK-LIT - moden, kontemporari, terkini!
Dengan kerjasama Harlequin Mills & Boon, Australia

logo rdi.jpg

 MAHKAMAH CINTA
-Brenda Janot-

mahkamah_cinta.jpg


Sinopsis:

Ikuti kisah Jack Solomon dan Brooke Miller yang merupakan sepasang kekasih yang sudah bertunang tetapi terpaksa bersaing untuk memenangi kes yang mereka terajui secara tidak sengaja (Jack tidak tahu yang tunangnya akan menjadi pihak lawannya dalam kamar mahkamah). Jack dan Brooke terperangkap dan terpaksa memilih antara kerjaya atau cinta.

SIAPA NAK KAHWIN NI?
-Melissa Senate-

siapa_nak_kahwin_ni.jpg


Sinopsis:

Eloise Manfred dan Philippa Wills begitu teruja apabila perkahwinan mereka akan ditaja. Sehinggalah sampai saat mereka sedar yang majlis itu dirancang sepenuhnya oleh pihak penaja dan mereka tidak punya hak langsung untuk merancang majlis perkahwinan mereka sendiri!

JANGAN PANDANG AKU
-Poonam Sharma-

jangan_pandang_aku.jpg


Sinopsis:

Pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi oleh Monica dalam menjalani kehidupan di L.A. Perpisahan dengan kekasih yang dicintai, pertelingkahan dalam syarikat guaman, skandal yang akhirnya membawa kepada kehancuran hubungan cintanya dan sebagainya.

BUKAN CINTA GLAMOR
-Laura Caldwell-

bukan_cinta_glamor.jpg


Sinopsis:

Selami kisah cinta Kyra Felis dan Declan McKenna yang penuh sensasi apabila Declan mulai meniti bibir-bibir peminat industri perfileman Hollywood. Bukan cinta glamor membawa anda mengikuti rentetan hidup Kyra yang penuh dengan bunga-bunga cinta tetapi pada masa yang sama terpaksa membiarkan kisah hidupnya menjadi tatapan umum.

ALAMAK KANTOI!
-Kelly Harte-

alamak_kantoi.jpg


Sinopsis:

Kisah cinta yang bersegi-segi antara Joanna, Dan Baster, Libby dan Aisling. Joanna yang salah sangka tentang keakraban kekasihnya, Dan dan sahabatnya Aisling membawa diri dan merasakan hubungannya dengan Dan sudah tidak mampu bertahan.  Segalanya terbongkar apabila Joanna akhirnya tersilap langkah ketika menyamar sebagai Sarah Daly. Sementara Libby pula cabut lari apabila muslihatnya untuk merosakkan hubungan Joanna, Dan dan Aisling dapat dihidu. Dapatkah Joanna merebut kembali cintanya? Bagaimana pula dengan Aisling yang mengharapkan balasan cinta daripada Dan? Mampukah Dan membuat keputusan?

CUTI-CUTI CINTA
-Laura Caldwell-

cuti_cuti_cinta.jpg


Sinopsis:

Ikuti kisah Casey yang merancang percutian ke Greece dan Italy bersama Kat dan Lindsey untuk memperbaiki hubungan mereka. Sepanjang percutian Casey telah berlaku curang dengan John. Akibat perbuatannya itu hubungan dengan Kat dan Lindsey menjadi renggang. Casey kesal dengan perbuatannya. Hubungannya dengan John juga putus, meskipun John tahu cerita sebenar dan menerima Casey seadanya. Apakah yang terjadi kepada Casey seterusnya? Berjayakah Casey menemui cinta sejatinya? Bagaimana pula dengan persahabatannya dengan Kat dan Lindsey?


Dari Meja Carriekirana:

Sepanjang hari-hari saya mengunjungi Pesta Buku, tidak ada banyak kelainan yang saya lihat melainkan penjual-penjual "brutal" yang menjual buku-buku untuk kanak-kanak yang mengamalkan teknik gerak-gempur untuk mendapatkan pelanggan. Mungkin juga mereka tidak ada pilihan atas sebab mereka dibayar komisen bagi setiap set yang dijual. Tetapi, bagi saya, mereka adalah umpama mimpi ngeri yang mampu mematahkan semangat atau mood pengunjung pesta buku yang lebih suka melihat-lihat buku-buku terpamer tanpa perlu ditekan, dikejar oleh penjual-penjual buku ini.

Walau bagaimana pun, ada satu perkembangan terbaru yang menarik hati saya. Pada tahun ini, Karna Dya telah menandatangani kontrak bersama Harlequin International di bawah label Red Dress Ink untuk menterjemah dan menerbitkan kembali karya-karya Chick Lit antarabangsa di dalam Bahasa Melayu.  Chick Lit adalah genre terbaru yang melanda dunia novel. Sejarah Chick Lit bermula di Britain dengan meletupnya Bridget Jones's Diary karya Helen Fielding. Sejak itu, novel-novel Chick Lit semakin menguasai pasaran. Chick Lit adalah novel-novel yang berkisar tentang wanita urban yang mencari identiti tersendiri dalam kemelut hutan metropolitan. Ia juga berkait rapat dengan perubahan sosiologi masyarakat di mana kebanyakan daripada warga luar bandar mula membanjiri kawasan bandar dan pada masa yang sama, kawasan pinggiran bandar atau suburb mula dibangunkan dan menyebabkan kawasan urban menjadi semakin luas.

Pada sidang media pelancaran Red Dress Ink ini, wakil dari Harlequin International yakin bahawa pasaran di Malaysia dapat menjana permintaan positif terhadap produk Chick Lit yang telah diterjemahkan.  Indonesia sudah bergerak jauh dalam bidang Chick Lit ini manakala Malaysia masih lagi kekurangan penulis yang mampu menulis cerita ala Chick Lit.

Saya memandang perkembangan terbaru ini sebagai salah satu peluang untuk penulis/novelis di Malaysia untuk mula berfikir jauh melepasi sempadan di Malaysia sahaja.

Wallahualam.


Posted at 01:39 pm by carriekirana
Comment (1)  




Friday, April 17, 2009
Aku Mahu Popular di Pesta Buku Antarabangsa 2009


Judul: Aku Mahu Popular ( Buku 1 Siri "Aku Mahu")
Penulis:
Ain Maisarah
Penerbit: PTS One
Genre: Remaja
Bintang: ****(Berbaloi dijadikan koleksi anak perempuan yang sedang membesar)


Sinopsis:

Mengisahkan dua orang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Sri Bangsar yang cemerlang dalam pelajaran tetapi tidak dikenali di sekolah itu. Bermula daripada rasa tidak puas hati dengan glamor dan populariti yang dikecapi oleh tujuh gadis lain yang menggelar diri mereka The Wannababes, Farah dan Ina bertekad merancang strategi untuk menjadi popular dan diminati.

Pelbagai insiden berlaku dalam proses untuk meletakkan diri mereka dalam kelompok pelajar glamor. Satu daripadanya bermusuhan dengan The Wannababes.
Akhirnya, Farah dan Ina sedar yang glomar dan popular tidak bererti tanpa pencapaian akademik yang baik. Farah dan Ina kembali menumpukan perhatian kepada pelajaran dan berjaya mengecap popular apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik sekolah mereka


Dalam buku pertama siri "Aku Mahu" - Aku Mahu Popular ini, Farah dan Ina adalah gadis "wallflower" di Sekolah Menengah Sri Bangsar yang mahu mengikut trend semasa supaya mereka diminati ramai seperti ahli The Wannababes. Plot yang santai dan gaya penulisan yang mantap ini tidak hairanlah menarik ramai remaja untuk memilik siri "Aku Mahu" Ain Maisarah,

Siri "Aku Mahu" tulisan penulis "teen" novel PTS yang dikenali, Ain Maisarah sebenarnya sudah lama berada di pasaran. Setakat ini, promosi novel-novel Ain Maisarah untuk Pesta Buku Antarabangsa kali ini yang saya kira paling menarik hati saya. Dekat di hati golongan peminat setianya, Ain Maisarah mencipta ikon pop "teen" melalui watak-watak yang digarap dalam Sekolah Menengah Sri Bangsar, Kuala Lumpur ala-ala versi Sweet Valley High.

Kewujudan kelab peminat Ain Maisarah, laman web interaktif, promosi-promosi menarik adalah inisiatif-inisiatif yang diusahakan untuk menjana permintaan terhadap novel-novel "Aku Mahu" dan ini patut dicontohi oleh penulis-penulis yang mahukan angka jualan bukunya meningkat. Dibantu oleh pengurusnya iaitu suami Ain Maisarah ini, pelbagai aktiviti dan acara semasa diatur untuk menarik lebih ramai peminat Ain Maisarah mengikuti perkembangan penulis kesayangan mereka.


Dari Pena Carriekirana:

Sempena pesta buku yang berlangsung hari ini, saya mengambil peluang untuk menghidupkan kembali laman saya dan berkongsi maklumat tentang novel-novel yang saya rasa menarik untuk dibeli bagi tahun ini. Saya sedar saya sudah lama tidak mengulas - saya rindukan rumah saya ini tetapi saya ada misi yang perlu diselesaikan sebelum hujung tahun ini. Insya Allah, selepas misi saya itu selesai, saya akan kembali mengulas seperti dahulu. Saya rindu untuk mengikuti kisah-kisah yang dibukukan... Pastinya saya akan sering ke pesta buku ini seperti sebelum ini, meninjau ribuan cerita yang dipasarkan untuk peminat buku.

Jumpa di sana!

Salam kasih sayang,
Carriekirana


Posted at 03:06 pm by carriekirana
Comments (9)  




Monday, March 30, 2009
Panggil Aku Dahlia - Noor Suraya


Judul: Panggil Aku Dahlia
Penulis:
Noor Suraya
Penerbit: Jemari Seni
Genre: Cinta Romantis
Bintang: ***(Ok-ok)


"Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!" puji ayah tiba-tiba.

Cuba-cuba bertanam mumbang,
Moga-moga tumbuh kelapa,
Cuba-cuba bertanam sayang,
Moga-moga tumbuh cinta.


Yang disayangi,
Matamu telah berbisik
dan..
tanpa perlu bersuara
kita sudah mengikat janji setia? -Yang menyayangi
 

Ada rasa yang membara
Ada cinta yang menyala
Tak perlu lagi Dahlia nyatakan
Tak perlu lagi Dahlia ucapkan
.


Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah? 

Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!  

Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.    

Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar?  Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?    


Panggil Aku Dahlia, novel kelapan Noor Suraya yang menyingkap permusuhan dua keluarga sejak turun-temurun- keluarga Puteri Dahlia Megat Qais dan Wadi Hanna Dato' Ma'arof. Syarikat teh milik keluarga mereka menjadi seteru sejak zaman kolonial di Cameron Highlands untuk merebut pasaran jualan teh dan pemilikan teh di tanah tinggi itu.

Kisah cinta dan benci ini disulam dengan insiden-insiden mencuit hati. Dalam Panggil Aku Dahlia, Noor Suraya menggunakan pendekatan berbeza daripada novel-novel lain dengan kata ganti diri pertama dan ketiga yang bertukar ganti. Oleh itu, pembaca yang sudah biasa dengan stail Noor Suraya pasti dapat mengikut kisah yang dilatari dengan haruman teh dari Cameron Highlands ini.

Syarikat Teh Timor milik keluarga Dahlia diancam kewujudannya dengan langkah agresif Teh Sutra milik Wadi yang mahu membalas dendam. Permusuhan bapa mereka, Megat Qais dan Dato Maarof diturunkan kepada Dahlia dan Wadi supaya mereka tidak berkawan seperti yang lain-lain.

Dalam kemelut penjualan tanah milik Teh Timor, Wadi Hannan sudah jatuh hati dengan Dahlia, gadis nakal yang tidak habis-habis mengenakan Wadi atas dasar permusuhan keluarga mereka.

Cinta tapi benci ini menggerakkan cerita ini dan mengingatkan saya tentang kisah Tanah Andriyana yang sangat saya minati. Pun, begitu, Tanah Andriyana memiliki kekuatan plot tersendiri berbanding dengan Panggil Aku Dahlia yang lebih santai dan membuai perasaan.


Posted at 12:52 pm by carriekirana
Comment (1)  




Next Page


CARRIE KIRANA

Kuala Lumpur
10 Julai/Cancer
Tulis, baca, masak, muzik, tonton wayang, melancong
Ungu, Maroon, Hijau Pucuk Pisang
Maggi goreng, nasi ayam, tiramisu, blueberry cheesecake
Ice lemon tea, green tea
Hubungi/sembang dengan saya di:carriekirana2@yahoo.com

Saya bukan siapa-siapa, hanya seorang hamba Allah yang mencari ruang di alam maya ini untuk melakukan satu perkara yang menjadi sebahagian daripada saya - menulis.


"BACAlah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia mencipta manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya." - Terjemahan Ayat 1-5, Surah Al Alaq.

"Books showed me there were possibilities in life, that there were actually people like me living in a world I could not only aspire to but attain. Reading gave me hope. For me, it was an open door."-Oprah Winfrey

"You know you have read a good book when you turn the last page and feel as if you have lost a friend"-Anonymous.

LATEST ADDITION TO MY TREASURE TROVE OF BOOKSTORES

Times Pavilion - This is a new bookstore in town for booklovers and of course my new favorite place to find books. Excellent promotion for members - get 3 books for 2 - on top of that 5% for each book on discount; a lounge for members to enjoy chilling out and free WiFi
Borders- If you are lucky, you can get three books for the price of two books - Worth going
Times KLCC - I like Times very much because of the 10% off if you are a member , new arrivals - you can enjoy up until 25%- worth going
Popular, Ampang Point - Even better, sometimes you can get 20% off selected titles or the new arrivals
Kinokuniya KLCC - Check out some good promotions they have - new arrivals 20% off if you purchase another book of the same value or less
Minerva, Jalan TAR - a haven for Malay novel enthusiasts, attractive 20% off the wide range of Malay novels of your choice
MPH, Midvalley Megamall- Paling kedekut - you can only get points and once in the blue moon, you will get the red carpet specials but being a member doesn't get you much discount like the rest.



Bacalah seribu buku jika anda mahu menulis sebuah buku.


aku menulis bukan kerna nama... di sini aku coretkan pengalamanku, menjadi Cinderella Cinta, mengembara ke alam-alam cinta yang dizahirkan oleh deretan novelis... adakalanya perjalananku dihiasi denganGurindam Jiwayang indah dan telus; Pada satu ketika, aku juga dilambungOmbak Rindu. Aku terasa betapa Manisnya Cinta Yang Terindah dan Hangatnya Asmara. Adakalanya, cinta itu menjadi tragis lalu ia menjadi Rahsia Si Perindu. Kadang-kadang, hatiku tercuit... terusik... mengenangkan Epilog Cinta. Bila sampai masanya, air mataku juga bisa mengalir... Sesekali, ayat-ayat cinta yang indah kusimpan, untukku menulis rasa hatiku dalam ... diari dan surat... emel ? barangkali. Sudah jauh pengembaraanku... Mencari erti Cinta di bawah Bulan Yang Berbisik... di sebalik Bayangan Rindu... kadangkala aku terasa Bagaikan sang Puteri... menelusuri Labyrinth kehidupan namun sejauh mana aku pergi...aku hanya tahu yang satu...bahawa Syurga cinta akhirnya letaknya Di hati. - Carriekirana



.



   





<< August 2016 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31














































Name :
Web URL :
Message :

















Counters




Layang-layang- Koleksi Sajak Carriekirana

Bookrack - Carriekirana's Reviews on English Novels

Carrie's Column

Kolum Bintang Carriekirana



****1/2
Setulus Setia Seindah Nama - Siti Hasneza Abdul Hamid
Moga Kau Mengerti - Lily Haslina Nasir
Epilog Cinta - Lily Haslina Nasir
Hatiku Di Harajuku - Ramlee Awang Murshid
Nyanyian Tanjung Sepi - Noorsuraya
Tunjukkan Aku Satu Bintang - John Norafizan
Cenderawasih - Fatinilam Sari Ahmad
Cemburu Seorang Perempuan - Siti Hasneza Abdul Hamid
Arjuna Hati - Norzailina Nordin

****
5 Tahun 5 Bulan - Hlovate
Andai Kumiliki Semalam- Syamimi Aminolah
Percayalah - Ruby Hazri
Buatmu Kekasih - Aisya Sofea
Secebis Kasihmu - Syamimi Aminolah
Hati Yang Terusik -Nia Azalea
Pergilah Lara - Nor Erny Othman
Belaian Jiwa-Nor Erny Othman
Takagi Sayang - Nor Erny Othman
Yang Terindah - Anis Ayuni
Angin Dingin Dari Utara - Siti Hasneza Abdul Hamid
Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Aku Cintai-Nor Erny Othman
Bagaikan Puteri-Ramlee Awang Murshid
Sempadan Tanpa Seri-John Norafizan
Rahsia Perindu-Ramlee Awang Murshid
Biru Ungu Cinta-Noorsuraya
Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim
Kesturi - Fatinilam Sari Ahmad
Mahligai-Salina Ibrahim
Rindunya Kian Membara-Noosuraya
Tiada Indah-Ras Adibah Radzi
Bisikan Kasih-Norhayati Abdul Malek
Rindu Yang Pergi-Fazie Hanna
Kasihku Abadi - Shanika Latisha
Selamat Tinggal Sayang - Ma Lee Chuswan

***1/2
Surat Ungu Untuk Nuha - Noorsuraya
Relevankah Aku Di Hatimu - Rnysa
Jangan Biarkan Aku Menangis - Norhayati Berahim
Syurga Di Hati - Salina Ibrahim
Lelaki Terakhir- Sabariah Araur
Kau Laksana Bulan- Aina Emir
Kasih Antara Kita - Aleya Aneesa
Tanpamu Di Sisi - Puteri Andalas
Getaran Rindu - Norzailina Nordin
...Dan Mimpipun Bersatu - Izza Aripin
Semalam Ku Bermimpi - Aina Emir
Sutera Biru - Nor Rafishah Md Hassan
Kau Kekasihku-Anis Ayuni
Satu Janji - Ramlee Awang Murshid
Suara Hati-Anis Ayuni
Bukan Cinta Biasa - Izzul Izzati
Megalomania - Fatinilam Sari Ahmad
Tanah Andriyana-Noorsuraya
Gemersik Kalbu - Anis Ayuni
Untukmu Hana-Salina Ibrahim
Cintamu Di Hati-Aida Adriani
Manisnya Cinta - Anis Ayuni
Sesuci Cinta-Aina Emir
Pesona Rindu-Sharifah Abu Salem
Tiga Wajah-Lamia Aimal
Kau Yang Satu-Nia Azalea
Bisikan Rindu-Mimie Afinie
Permata Hati-Ma Lee Chuswan
Suite 1908-Sri Diah
Selamat Malam Tan Sri - Sri Diah
Pergilah Sepi-Fauziah Ashari
Tak Seindah Mimpi-Sharifah Abu Salem
Air Mata Kasih-Norhayati Berahim
Ombak Rindu-Fauziah Ashari
Sehangat Asmara-Aisya Sofea
Cinta Pertama-Norhayati Berahim


***
Tiada Batasan Sayang - Norhayati Berahim
Rinduku di Angin Lalu -Norishah Abu Bakar
Lafazkan Cintamu - Aida Adriani
Janji Kasih - Sri Diah
Kembalikanlah Kasihku - Nazawati Abdul Manap
Adam & Hawa - Aisya Sofea
Demi Kasih Ini -Hasreeyati Ramli
Bahagia Itu Miliknya - Rozita Abdul Wahab
Cinta..Tiada Akhirnya - Fauziah Ashari
Emilya Zulaikha -Ariff Affandy
Dendam Yang Terindah-Fatinilam Sari Ahmad
Keranamu Ain-Noorsuraya
Harga Diri - CT Rohaya Abu
Mimpi Kita Serupa-Siti Hasneza Abdul Hamid
Dia Lebih Mengerti-Norhayati Berahim
Tak Seindah Impian-Haikal
Mencari Cinta-Leeya Meeyra
Asmara Yang Pertama-Nass Alina Noah
Pelabuhan Kasih-Lily Suriani
Nota Cinta Buatmu-Norhayati Berahim
Impian Kasih- Liza Zahira
Masih Ada Rindu-Mimie Afinie
Ria Qistina-Bikash Nur Idris
Jauh-Aisya Sofea
Setia Menanti-Fauziah Ashari

**1/2
Lagu Rindu-Ayu Emelda
Secebis Rindu- Alis Ashiqin
Rindu Berdetik Lagi - Zuraidah Othman
Nilai Cintamu-Eka Fahara
Saat Cinta Bersemi - Damya Hanna
Setulus Janji-Aina Emir
Seindah Memori - Ilani Mysara
Seharum Kasih-Aina Emir
Badai Di Hati-Fazie Hanna
Kabus Kasih - Eka Fahara
Seindah Derita-Norhayati Berahim

**
Sutera Kasih-Sirhan Ansari






Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed